Entry saya kali banyak gambar ya memandangkan banyak tempat yang kami telah pergi. Semalam merupakan hari yang paling memenatkan bagi kami sekeluarga,boleh dkatakan hampir satu hari kami berjalan.Dimulakan dari pagi kami keluar rumah pukul 10.30 pagi dan destinasi kami yang pertama ialah Pusat Perubatan An Nur Bangi,kami kesana ialah kerana nak melawat anak saudara kami yang baru selamat melahirkan anaknya yang sulung dan ia merupakan seorang puteri.Dia diberi nama Qaireena Khalisya yang membawa maksud "Kebaikkan Keikhlasan".Qaireena merupakan cucu saudara kami yang ke 8.Tahniah kami ucapkan kepada Noi dan Jumi ,selamat menempuh alam baru menjadi ayah dan ibu.Oh ya kami jumpa Dr.khamsiah Muda doktor yang sambut Naufal lahir pada 5 tahun yang lalu.Dia masih ingat kami dan menegur kami dulu sebelum sempat kami menegurmya.Dapat juga kami mengambil gambar dengan doktor yang menyambut kelahiran Naufal.
Latest Edition Cicit Atok Haji Yahya And Nenek Hajjah Siti Rawiyah "Qaireena Khalisya"
kami dan Dr.Khamsiah Bt Muda Doktor yang sambut Naufal lahir.
Dari An Nur bangi destinasi kami yang kedua ialah KLCC sebab dah janji dengan Naufal nak bawa tengok pokok krismas.Selepas lebih kurang 1 jam setengah kami disitu ambil gambar Naufal yang lebih sebenarnya.Kami singgah sekejap diIsetan sebab nak beli baju tidur Naufal.Dapatlah kami beli baju tidur Naufal dalam 3 pasang ,lepas tu terjebak pula beli sandal BEN 10 untuk Naufal.Naufal sekarang tengah gila barang-barang Ben 10,kami layan le juga sebab "KESIAN"(ikut dailog cerita P.Ramlee).Selepas solat zohor di KLCC kami pergi pula ke destinasi ke 3 iaitu Restoran Haslam untuk makan tengahari.Waktu itu hujan sangat lebat maka berseleralah kami menikmati juadah makan tengahari.
Dari restoran Haslam kami pergi pula ke destinasi kami yang ke 4 iaitu kerumah PIL di Batu Caves sebab dah lama tak pergi menziarahnya.Kami duduk dalam 2 jam setengah disitu,bapa mertua saya yang buat Teh O untuk kami dan dimakan bersama lempeng pisang yang kami beli diRestoran Haslam.Selepas Sembahyang Asar kami pun bertolak pula ke destinasi kami yang ke 5 iaitu Alpha Angle Wangsa Maju sebab nak beli track biru dan T.shirt putih untuk Naufal pakai masa orientasi pra sekolah pada 31/12/2009 nanti.Sepatutnya selepas itu kami harus terus pulang kerumah kerana anak kami yang no.2 Nabil sibuk nak tengok cerita Dark Night(Batman).Dia bising mesti sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam.Dalam perjalanan balik kami lalu Jalan Keramat maka kami tersinggahlah pula diGreat Estern Mall destinasi ke 6 kami.Sebenarnya kami nak pergi sini minggu depan tapi dah alang-alang lalu situ hubby kata singgah jelah terus.Disini saya nak tempah bantal untuk latest cucu kami Qaireena.Bantal yang ada emboidery tu nanti dah siap saya tunjuk ya.Kami tempah di kedai Cotton Picking.Disini juga saya banyak ambil gambar Naufal dengan hiasan sempena hari Krismas.Di Great Estern Mall anak-anak sibuk nampak Wardina,memang kat sini boleh jumpa ramai selebriti.Selalunya bila kami datang sini mesti ada jumpa selebriti. Saya kata kau orang jumpa Wardina.emak 2 kali terserempak dengan boss abah.Suami saya terperanjat siapa katanya.Saya jawab "SM faizal lah "(CEO Naza Motor) ,memang saya terserempak 2 kali dengan dia dan isterinya tapi dia tak kenal sayalah,saya yang kenal dia he he.Selepas sembahyang maghrib disitu kami pun terus pulang kerumah,tulah dia betapa sibuknya kami sekeluarga semalam.Tapi sempat juga kami sampai rumah sebelum pukul 9.00 sebelum cerita Dark Night bermula.Bila mengenangkan aktiviti kami semalam memang boleh lelah dibuatnya.Walaubagaimana pun kami enjoy.
Dapat juga Naufal jam Ben 10 semalam
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
i like naufal wrist watch very the greeny..
ReplyDeletemasalah dia tak berapa suka,dia nak yang mahal sebab dia percaya boleh tukarkan dia jadi ada kuasa hmmmmm.pening lalat di buatnya
ReplyDelete