Tuesday 28 December 2010

Episod Pertama(Jana dan Gallstonesnya)

Inilah dia Gallstonesnya macam Ferraro Rocher kan





Dengan yang bongsu Naufal, masa ini belum Laproskopik lagi



Lamanya tak update blog ini,ambil masa yang lama juga la nak vacuum sawang-sawang yang ada kat blog ini he he.Banyak cerita sebenarnya tapi feel tak ada susah jugakan.Ini digagahi jugalah untuk mengupdatenya.Saya baru sahaja menjalani pembedahan Laproskopik untuk membuang batu karang didalam hempedu saya.Terperanjat melihat agak besar juga batu karang yang keluar itu,anak-anak dan Encik.Hubby kata bentuk batu karang saya itu seperti chocolate Ferraro Rocher .

Saya masuk ward pada 20/12/2010 dan pembedahan dijalankan pada 21/12/2010 pukul 12.00tengahari.Dotor yang menjalankan pembedahan untuk saya namanya Mr.Hussin.Pembedahan mengambil masa 3 jam.Saya diberi penerangan mereka akan membuat 3 tebukan diperut saya,tetapi bila saya sedar En.hubby cakap diperut saya ada 4 tebukan.Saya memang telah diberitahu diperingkat awal jika mereka menghadapi masalah untuk membuat pembedahan secara laproskopik terhadap saya mereka akan terus potong sahaja ditempat yang mereka hendak keluarkan batu karang itu.

Memang persetujuan dan tandatangan telah diambil oleh pakar bius masa penerangan diberikan kepada saya tentang risikonya.Saya pernah menjalani 3 kali pembedahan secara tak sedar(full bius) and satu kali secara half bius(dari pinggang kebawah sahaja).Masa kali pertama dulu yang saya buat pembedahan secara tak sedar itu saya rasa saya berada dibilik mesyuarat dan tengah mesyuarat,yang kali kedua pula saya dirumah menguruskan dan memerhati anak-anak dan yang kali ketiga ini saya dioffice juga busy buat kerja .Mimpi ke apa ke tak tahulah,tapi mungkin juga bila kita tidak sedar roh kita berjalan-jalan and kali ini di pergi ke office (cewah boleh pakai ke teori ini he he) almaklumlah sejak 3 bulan terakhir ini saya asyik kerja,kerja,kerja termasuk weekends. Boleh tak bayangkan berapa banyak parut disebabkan pembedahan yang ada pada badan saya ini kan.

Saya sedar kembali lebih selepas dibedah lebih kurang kurang pukul 3.30 petang dan dihantar dari bilik bedah ke ward 3B semula pada pukul 4 petang. Saya terpaksa minta jasa baik baik cousin saya Amirah untuk jaga saya malam itu.Ialah dengan keadaan yang tak berapa nak kuat lagi,nak bangun duduk memang kena ada orang tolong,lagipun tangan ada drip lagi lah susah nak bergerak kan.Masa ini barulah sedar betapa susahnya kalau tak ada anak perempuan yang boleh tolong jaga kalau kena duduk ward.Anak perempuan boleh jaga emak dan ayah kalau duduk dalam ward,anak lelaki boleh jaga ayah sahaja kalau kena duduk dalam ward,kalau mak kena masuk ward jawabnya(maknya jagalah diri sendiri ya hwaaa sedihnya.



En.hubby and anak-anak(yang sulung tak ikut kena jaga nenek kat rumah)



To Be Continued in next Episod






Tuesday 30 November 2010

Patik Pun Sedih Tuanku


Hari minggu yang lepas selepas buat sarapan pagi dan terasa nak berehat dalam setengah jam sebelum pergi buat OT dioffice,sempatlah saya selak-selak helain suratkhabar khabar sekejap. Terperanjat saya bila lihat di mukasurat hadapan sekali ada tercatat dengan besarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah pemimpin parti politik iaitu "Hapuskan Ketuanan Melayu".

Tergamaknya dia mengeluarkan kenyataan seperti ini.Tapi apa nak hairan,orang kalau dah desperate nak memerintah sebuah negara boleh keluarkan kenyataan apa sahaja untuk beli hati dan jiwa penyokongnya.

Cuma takut nanti apa yang dikatakan itu akan makan diri sendiri je.Agaknya masa tu siapa nak tolong ya,kalau tak tuan-tuan dan puan-puan dan juga-juga anak melayu ini.Tapi mungkin masa itu Melayu-melayu ini pun dah tak boleh nak buat apa sebab Ketuannannya telah hilang dan tidak diiktiraf lagi.


Jadi memang betul lah seperti yang dirasa dan diperkatakan oleh Paduka Sultan Selangor itu tentang sedihannya terhadap kemelutan Bangsa Melayu yang dicetuskan sekarang ini.Sepatutnya bukan baginda sahaja yang rasa bersedih tapi kesedihan ini patut dirasakan oleh bangsa melayu di tanah air kita yang tercinta ini.Dengan luluhnya hati ini, Patik Pacal Yang Hina ini pun turut merasakan kesedihan Tuanku itu :(


Rasanya tak boleh nak komen panjang-panjang walaupun banyak yang nak diperkatakan,bukan apa nanti tersilap cakap susah pulak,Cuma kalau boleh biarlah Bangsa Melayu kita ini akan terus kekal dengan Ketuanan Melayunya dan Raja-Raja Yang Berdaulat.

Tak Melayu Hilang Didunia,Tak Juga Melayu Hilang Ketuanannya Di Tanah Melayu Bumi Bertuah Ini.Boleh baca Artikel tentang Kesedihan Paduka Sultan Selangor Disini


Wednesday 24 November 2010

Personel Taste





Semenjak dua menjak ini(janganlah ikut bahasa merapu saya ni ya) saya sangat sibuk. Sibukkan apa?. Well hari-hari saya balik lambat sebab buat overtime,saya hanya akan sampai di rumah pukul 8.00 malam.Begitu juga dengan hari Sabtu and Ahad saya akan bekerja,pendek kata asyik kerja-kerja kerja.Dalam sibuk-sibuk bekerja tu,sempat juga saya layan DVD cerita Korea yang bertajuk "Personel Taste".Saya kirim beli DVD ini dengan Chief Clerk di office saya iaitu Puan Misiah.Puan Misiah ini ialah peminat tegar drama-drama Korea. Kalau dia cerita pasal cerita-cerita yang dia tengok tu,orang yang tak biasa boleh jadi hairan menengok betapa excitednya dia bercerita.

Ada satu hari tu dia datang office dengan mata yang bengkak macam orang baru lepas menangis,mula-mula takutlah nak tegur,ialah manalah tahu malam tadi ada masalah rumahtangga ke kan.Rupa-rupanya matanya yang bengkak itu adalah disebabkan oleh kesedihannya menonton cerita korea malam tadi,ialah lepas menangis terus tidur surelah mata bengkak kan.


Saya pernah bergurau dengannya dengan berkata kalau ada pusat pemulihan cerita Korea saya akan daftarkan dia masuk sebab fanaticnya dia terhadap cerita Korea macam telah berada di tahap kritikal he he. Saya pun minat juga,tapi boleh dikatakan masih dibawah kawalan lah.

So berbalik kepada kesibukkan saya tadi,lepas sembahyang Isyak sahaja,walaupun penat, setiap hari saya akan layan cerita Drama Korea "Personel Taste "ini. Encik hubby pun dah bising. Dah start balik dah katanya dengan Demam korea ini.Bukan apa saya minatkan heronya tu iaitu Lee Min Hoo,saya minat dia semenjak tengok drama Korea "BOY OVER FLOWER" .Masa cerita ini tengah hot dulu saya dan Encik hubby dan cousin saya Ochu(Su Hashim) adalah pengikutnya setia drama ini.

Jangan tak tahu pasal cerita inilah Encik Hubby dan anak bujang saya berdua yang besar tu dah pandai berenang tau,hasil pengaruh dari cerita itu dan ditaja pula oleh saya atas segala pembiayaan kelas renangnya. Bukan nak katalah Drama Korea ini kan dia punya emosi kalau kita tengok lain sikit tau,kadang-kadang babak sedihnya pelakon tu menangis sikit je,tapi kita yang menonton ni kan yang akan lebih jadi lebih-lebih sedihya,cuma hero cerita Korea memang handsome-handsome tapi tengok dari atas lah kalau full fizikal kebanyakkan mereka cekeding sangat(I mean kurus lah).And mereka terlalu fashionable silap-silap tengok dah macam gaya perempuan je. Satu lagi orang Korea inikan hidung memang mancung-mancung tak percaya cuba tengok ye.

Walau apa-apun pendek kata "Sayaaaa Sukaaaa Sukiiiii Dramaaa Korea".(tapi belum boleh dikategori untuk dimasukkan pusat pemulihan Drama Korea Ya)

Ini Drama Korea "Boy Over Flower" (mulanya saya berkenalan dengan heronya Lee Min Hoo)







Friday 19 November 2010

Ah Chai Tetap Menjadi Pujaan Hati Ku


Anak-anak bujang bergambar dengan Ah Chai(Ah Chai cakap anak-anak saya Leng Chai(handsome) terutama yang kecil sekali)
Dah lama sebenarnya saya nak buat entry pasal ini,tapi tak da gambar yang sesuai nak diselitkan bersama-sama cerita nanti tak best pulak kan.So bila dah ada gambar yang sesuai ini memang haruslah dicerita tentang orang yang paling disukai oleh kanak-kanak disekitar Gombak malahan kanak-kanak yang mengemarinya itu kebanyakkan sekarang dah menjadi mak budak dah.

Orang yang saya maksudkan itu ialah "Ah Chai" penjual ice-cream yang memang terkenal disekitar Gombak.Dia memang dah lama sangat menjual ice-cream di area Gombak,bayangkan masa saya 4 tahun saya dah kenal dia.Saya masa ingat lagi saya bersandar dikaki Atok saya,sambil atok saya panggil Ah Chai,masa tu Ah Chai jual ice-cream naik basikal je,sampailah sekarang Ah Chai masih menjual ice-cream tapi dah semakin majulah dari basikal,kepada motorsikal dan kepada motorsikal roda tiga.


Ah Chai ini menjadi pujaan kami di No.19 jalan Melati,Gombak Setia kerana boleh dikatakan keturunan cucu and cicit nenek Timah and atuk Ahmat telah dapat merasakan keenakkan ice-cream Ah Chai ini.Ia bermula dari abang saya dan saya je cucu nenek timah beli ice-cream dengannya hinggalah anak saya yang 6 tahun tu pun dah kenal Ah Chai,maknanya dah lebih hampir 40 tahun Ah chai ini dah menjual ice-cream disekitar Gombak.

Kalau nak tahu bermacam-macam ragam dan cara yang telah kami cucu cicit Nenek Timah lakukan untuk minta ice-cream dengan ibu-bapa kami dari dulu hingga sekarang ini. Contoh antaranya:

Jika masa itu ada diantara kami yang batuk tetapi Ah Chai ada lalu pada masa itu maka akan adalah diantara kami yang akan berkata kepada Ah Chai sambil lambai tangan"tak mau Ah Chai batuk",sedangkan ada ke Ah Chai tu tanya batuk ke demam ke kami ketika itu kah kah kah.

Dulu ada cousin kami yang bernama Ahmad Radzalee(dah meninggal dunia pada tahun 1992).kalau dia jalan-jalan dan terjumpa Ah Chai,dia akan ambil ice-cream dulu dan suruh Ah Chai minta duit ice-cream kat Nenek Timah.Ah Chai bagi aje,selepas tu dia akan pergi rumah nenek dan minta duit ice-cream dengan mengatakan "kakak tadi Combat ambik ice-cream"(Combat ialah gelaran untuk arwah Ali,masa tu kan popular cerita Askar Combat).


Tactic terbaru dari anak bongsu saya Naufal pula ialah bila Ah Chai lalu dia akan lambai Ah Chai sambil cakap"bye-bye Ah Chai,bye-bye ice-cream".Mak dia yang tak sampai hati ini mestilah lepas tu akan suruh panggil Ah Chai untuk beli ice-cream untuknya. Masalahnya kalau takda RM100 kebawah dalam purse janganlah coba-coba nak panggil Ah Chai ni ya, sebabnya kalau dah panggil dia bukan-bukan kanak-kanak je yang nak ice-creamnya dari nenek,pakcik and makcik sampailah ke cucu-cicit akan turut makan ice-cream.

Paling koman yang mereka pilih pulak tu ialah Cornetto and Magnum (sila lah darab sendiri harganya kalau dah lebih dari 20)tu belum lagi yang nak sorang 2(yang jenis ice-cream lepas makan akan terasa haus dan yang jenis lepas makan boleh menghilangkan haus).

Ah Chai selalu cakap rumah nenek kami ada Ong (Untung) sebabnya dia telah dapat tengok transformasi kehidupan kami di No.19, Jalan Melati dari rumah nenek kami tu diperbuat daripada papan sahaja kepada separuh batu dan separuh papan hinggalah kesekarang keseluruhan rumah nenek diperbuat daripada batu,daripada saya dan abang saya sahaja cucu yang ada hinggalah kesekarang cucu and cicit yang dah semakin ramai.

Kami begitu setia dengan Ah Chai hinggakan kalau penjual ice-cream lain yang lalu kat rumah nenek kami,kami tak akan panggil dan beli,tiada yang lain melainkan hanya dengan Ah Chai sahaja pilihan kami,and Ah Chai juga dari dulu hingga sekarang menjual ice-cream dari keluaran yang sama iaitu Wall's. Akhirnya yang pasti jika tanya kepada seluruh cucu dan cicit Nenek Timah siapa Ah Chai,kami boleh jawab dengan satu suara dan suatu jawapan "AH CHAI ICE-CREAM".

Seronoknya sebab kami mempunyai kenangan yang sama dari kecil hingga besar dan hinggalah dah nak masuk umur proses penuaan ini iaitu "Ah Chai".


Masa ini Tok Long(Pak Long Saya)kena belanja cucu-cucu ice-cream(selepas Naufal buat-buat bye-bye Ah Chai(taktic menjadi lah tu :)


Kesimpulannya "Walaupun rupamu Ah Chai dah bertukar dari muda kepada tua,dari rambutmu hitam kepada kemerahan(tersilap dye kot) kau tetap menjadi PUJAAN hati kami :) "


Monday 8 November 2010

Fazura And Me

sama merah sama manis senyuman kami kan ngeeeeee
Ini cerita yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas,saya semenjak sebulan yang lepas akan mula bekerja semula pada hari Sabtu.Dan biasanya saya akan bekerja sehingga pukul 4.00 petang,tapi minggu lepas saya pulang awal sikit kerana badan terasa letih.

Selepas En.hubby mengambil saya dipejabat terus dia mengajak saya ke Alamanda untuk makan tengahari.Anak saya yang no.2 dan yang bongsu pun ikut bersama,kami makan di kafeteria di Arl Bowl Alamanda.Kami selalu makan disitu kerana makanannya yang sedap dan berpatutan sangat dari segi harganya.Siapa yang duduk di area Putrajaya cubalah makan disana.Memang berbaloi:)

Lepas makan kami jalan-jalan sekejap didalam Alamanda.Diruang tengah dalam Alamanda ada diadakan promosi produk kecantikan Nutox Oxyfusion,dan dutanya pelakon Nur Fazura ada hadir untuk sessi Autograph sambil mempromosi produk kecantikkan yang dia menjadi duta itu,Saya pada mulanya hanya mengambil gambarn beliau sahaja(maklumlah blogger kan) tetapi tidak pula teringin pun dimasa itu untuk turut bergambar denganya, sebabnya segan pula terasa nak naik ke atas pentas,ialah tiba-tiba terasa tua pula bila dibandingkan dengan yang lain-lain naik ke atas pentas itu boleh dikatakan muda belia je nampaknya he he.

Tetapi, saya ulangi lagi sekali TETAPI,tiba-tiba sahaja fikiran saya telah berubah kepada sebaliknya dalam beberapa saat sahaja,apa salahnya kan kalau saya juga ambil gambar dengan Fazura dah alang-alang dia didepan mata,redah je lah. Saya pun bertanya kepada yang jadi M.C diacara itu.Dimana saya nak dapatkan poster untuk mendapatkan tandatangan nanti.Beliau dan pengurus acara hari itu memaklumkan naik je keatas pentas nanti akan diberi poster,mereka bergurau suruh saya cepat sambil menyanyi-nyanyi lagi(cepat kak,cepat kak )menggalakan saya.

Bila saya beratur sahaja,guard yang jaga barisan untuk orang-orang yang berbaris nak minta tandatangan telah menahan saya,katanya masa untuk sessi tandatangan dah tamat.Saya pun terpinga-pingalah juga,tak ada rezeki aku ni dalam hati saya berkata.TETAPI he he dengan tak disangka-sangka Pengurus acara itu dari jauh telah mengarahkan kepada guard yang menahan saya untuk melepaskan saya sahaja(siap dia kejip sebelah mata dengan saya) untuk berjumpa Fazura,sedangkan dibelakang saya ramai lagi yang beratur dengan wajah kehampaan.

Maka tercapailah juga hasrat saya yang secara tak sengaja itu untuk mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengan Fazura.Dia memang jelita,Saya yang perempuan ini pun terpesona melihatnya inikan pula lah kalau orang lelaki yang tengok,and very the peramah juga.Saya suka cara dia bercakap bila dia berlakon di dalam drama atau filem. Cara dia berpakaian juga selalunya menawan.He he kalau dah suka tu macam-macamlah ya kak Jana oooi.



Nak tengok gambar fazura lagi tengoklah kat sini ya FAZURA AND ME

Monday 1 November 2010

Diamond Ada Manis-Manisnya?


"Air Amat Penting, mestilah minum yang terbaik! Diamondlah yang terbaik", Dato' Sheila Majid


Rumah saya tak pernah ada filter untuk air,saya rasa yang satu floor dengan apartment saya semuanya ada filter air di paip dapur rumah mereka kecuali rumah saya. Saya kan diehard fans Sheila Majid dari dulu hingga sekarang,so bila iklan penapis Diamond ini keluar di TV je,saya selalu cakap dengan En.hubby saya nak penapis air ini dipasang dekat rumah.


Kami sekeluarga selalu tergelak-gelak bila Sheila Majid cakap dialognya dalam iklan ini "air yang ditapis oleh penapis Diamond ini ada manis-manisnya".Bila Sheila cakap je ayat tu dalam iklan, saya spontan cakap pula dengan En hubby" hah abah air akan jadi manis laa".Jawapan balik dari En.hubby pula "ermm ya lah tu" he he.Tapi akhirnya En.hubby terpengaruh juga untuk bersetuju nak pasang penapis air Diamond tu dirumah.


Hari Sabtu 30hb yang lepas wakil pengedar penapis Diamond tu telah datang kerumah saya untuk pemasangannya.Lelaki berbangsa Cina yang pasang penapis tu tanya saya "kenapa kakak memilih Diamond".Jawapan dari saya ialah sebab Sheila Majid Wa ka ka.Dia memaklumkan bahawa Shiela Majid memanglah pengguna Diamond sejak sekian lama,sebab itulah dia dilantik sebagai Duta Diamond.Bukannya Sheila Majid pakai penapis Diamond setelah sahaja dia dilantik sebagai Duta Diamond.Itu kata dialah.


Bila dia dah siap memasangnya saya pun cuba minum airnya itu untuk mencari manis-manisnya seperti yang Sheila cakap dalam iklan Diamond tu ha ha(whatever lah kak jana).Pada keesokan harinya saya buat cucur bawang campur udang untuk sarapan pagi.Saya pun tanya En.Hubby hari ini cucur bawang saya mesti lebih sedap lagi daripada biasa kan, sebabnya saya menggunakan air yang ditapis oleh penapis air Diamond untuk membacuh tepungnya wink-wink.


P/s :Cik Chu And Ida nanti kak jana buat nasi goreng yang berasnya dibasuh dengan air yang ditapis oleh penapis Diamond ya.Sure korang pengsan dengan kesedapannya ngeee.


Wednesday 27 October 2010

Aida's Wedding Dan Tragedi Oktober


Aida Dan Khairul

Pelamin yang saya sangat suka
Minah Kipas

Minggu lepas iaitu 22 and 23 oktober telah berlansungnya perkahwinan yang dinanti-nanti oleh kami iaitu perkahwinan sepupu tersayang Aida Yurani dan pasangannya Khairul Adlan.Seawal pagi pada hari Jumaat saya dah sampai kerumah nenek saya di Gombak setia.


Boleh dikatakan semua cucu-cucu nenek saya melangsungkan perkahwinan dirumah nenek saya diGombak Setia kecuali saya dan Azwan abang Aida. Majlis perkahwinan Aida berlangsung dengan penuh gilang-gemilangnya he he,hari persandingan yang berkonsep warna merah itu memang sungguh ceria,mula-mula bila Aida kata "Kak Jana tema persandingannya nanti warna Merah" dalam hati saya berkata biar betul,terangnya colour tu,tapi akhirnya ok juga lah memang cantik dan ceria,bayang kan mak saya yang dah lama tak berbaju merah pun pakai juga colour merah bagi menghormati tema :).

My cousin Aida ini telah menempuh ranjau yang berliku-liku(chewah),sebelum berjumpa dengan suaminya ini.Tak apa lah janji yang Aida dapat menjadi pasangan hidup ini Insya Allah adalah yang terbaik sekali buat Aida.Kalau nak tahu macamana Aida jumpa suaminya ini bolehlah baca kisahnya disini ( Cinta Aida)


Saya ditugaskan untuk menjaga beg yang berisi duit hasil dari salaman tetamu kepada mama dan babah Aida,begitu setianya saya sentiasa bersama beg, berada berdekatan dengan babah dan mama Aida .Hinggakan nak ke toilet pun saya bawa beg itu dan tak benarkan sesiapa tolong pegangkan sekejap untuk saya.Dalam saya sibuk-sibuk kehulu kehilir dengan beg itu rupanya beg saya sendiri telah dicuri orang:(.

Mula-mula lebih kurang pukul 3.30 cousin saya Nadiah bising-bising begnya hilang,saya masa tu relax je dengan En.hubby bersembang-sembang,tiba-tiba tergerak pula dihati saya nak pergi chek handbag saya ,saya cari-cari handbag saya,tapi tak ada,saya terdiam dan cuba tenangkan hati kot-kot saya tersalah letak,tapi setelah habis saya geledah satu bilik tu tak jumpa juga,maka sahlah handbag saya dan cousin saya Nadiah dah kena curi.

Bergenang lah air mata saya ini mengenangkan siapalah yang sampai hati mencuri beg saya itu,yang ada dalam beg saya ialah IC saya,mykid Naufal,kad ATM emak dan saya,pass pekerja,kad klinik,kad hospital, handphone BB,Cincin white gold dengan batu sapphire dan wang berjumlah RM500.


Ini pertama kali kehilangan dan kecurian yang begitu besar berlaku semasa Wedding diadakan dirumah nenek.Sebelum ini adalah juga berlaku kecurian seperti handphone BB seperti yang berlaku masa wedding Erwani,Oh ya pengantin lelaki(Khairul) pun hilang handphone juga.Tapi kenapa ada terasa dalam hati kehilangan handphone Pengantin lelaki dan kehilangan handphone kakak erwani masa perkahwinannya dulu dilakukan oleh orang yang sama.Hmmm entahlah,untuk mengubat hati saya maka saya kena redhalah,mungkin rezeki saya untuk memiliki barang-barang tersebut sampai setakat 23/10/2010 sahaja.Bagi yang sipencuri handbag saya dan cousin saya hanyalah Allah saja yang mengetahui siapa yang ambil.

Wahai Sipencuri yang ambil handbag saya dan cousin saya(manalah tahu digooglenya nama saya dan terjumpa blog saya ini)ialah dia kan kebas semua sekalikan termasuk IC sure dia tahu nama penuh saya.Bergumbiralah kau dengan hasil curian kamu itu,takkan selamatnya hidup kamu selepas ini didunia dan diakhirat nanti.



Buat Nadiah cousin saya yang sama-sama dirompak handbagnya.IsyaAllah ada hikmahnya itu,mungkin kita akan dapat rezeki yang lebih besar lagi selepas ini.Lupakan kisah yang boleh kita gelar sebagai "Tragedi Dibulan Oktober"(lepas ini kalau dengar lagu Awie Tragedi Oktober) boleh lah ingat kita kisah tragedi kita ini,walaupun sebenarnya tak kena-mengena langsung pun kah kah kah.(saja nak hiburkan hati yang lara ini).


Kesimpulannya kehidupan perlu diteruskan,untuk Aida dan Khairul kak Jana doakan Semoga berbahagia hingga kehujung nyawa.Buat si pencuri Handbag and handphone cepat-cepatlah bertaubat sebelum kamu dihujung nyawa.

nak tengok gambar wedding Aida lagi bolehlah tengok di SINI


Wednesday 20 October 2010

Gallstone In Me

Ini contohnya je ye

Hari ini pagi tadi saya pergi Hospital Putrajaya untuk buat Ultrasound dihempedu,buah pinggang and pundi kencing. Ultrasound ini dibuat kerana lanjutan dari sakit yang saya alami waktu hari Raya yang lepas dan kerap juga menyerang sejak akhir-akhir ini.

So keputusan yang didapati tadi memang ada dua ketul batu dihempedu saya dan agak besar jugalah.Lepas ini pada 8/11/2010 barulah saya akan jumpa pakar bedah bagi menentukan perlu dibuang melalui laser atau pembedahan untuk membuang terus hempedu saya yang ada batu itu.Saya akan menurut nasihat doktor kepada apa yang terbaik buat saya.Dan saya kalau boleh apa-apa pun samaada dilaser atau dibedah perlulah dibuat pada cuti sekolah hujung tahun ini.

Senang sikit nanti En.hubby nak uruskan anak-anak kalau waktu cuti sekolah,takut nak menghadapi memanglah ada rasa takut tu,tapi bila mengenangkan kesakitannya masa diserang sakit itu,baiklah batu itu dibuang secepat yang boleh.Bila sakit menyerang walaupun kena jab ,5 jam selepas itu baru sakitnya akan hilang. Cuma bila kena warded nanti duduklah sorang-sorang ye,kalau nak suruh anak lelaki bujang saya jaga dan teman maknya ni waktu siang je bolehlah,waktu malam pandai-pandailah emaknya ini membawa diri. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.Doa-doakan ya.

Apa dia Gallstones boleh lah tengok kat sini Gallstones

Wednesday 13 October 2010

Cicak-Cicak Di Dinding



Seperti yang semua orang tahu isi rumah saya didiami dengan 4 orang lelaki dan seorang perempuan(perempuan yang seorang tu saya lah ya).Sejak akhir-akhir ini rumah saya especially dibilik air suka ada cicak.Anak-anak saya yang 3 lelaki tu pula tersangatlah takutnya dengan cicak ini,kalau ada cicak dalam bilik air mereka siap lari keluar dan nak tumpang bilik air dibilik emaknya.Masalahnya kalau kejadian macam ni berlaku pada waktu pagi memang boleh buat my blood go upstair. Dah lah kita nak cepat pagi-pagi ditambah dengan pula kecohnya anak bujang takut cicak pula,Hissh memanglah tak sesuai betul.Cicak ini kan banyak pula lah sekarang ini,lepas tu suka duduk kat bilik air(mungkin rumah apartment ni,tingkap yang kat bilik air tu sentiasa terbuka sikit untuk laluan udara) so senanglah cicak ni masuk.

Kadang-kadang emaknya ini lah kena siram air atau ketuk-ketuk dinding nak halau cicak tu suruh pergi tempat lain.So How he he.Sepatutnya situasi yang sebenar ialah emak yang geli suruh anak lelaki halau cicak tapi keadaannya sudah bertukar ha ha.

Agaknya dulu masa tiga-tiga anak kecik lagi kalau nampak cicak saya suka nyanyi sambil dukung mereka.lepas tu mereka mesti menggekek ketawa.Lagunya liriknya seperti ini:-

Cicak-cicak didinding
diam-diam melompat
Hop dapat ditangkap(Sambil angkat mereka)


Akibatnya sampai laaa ni maknya kena tangkap dan halau cicak wa ka ka


(moral of the story kalau nak nyanyi lagu untuk anak-anak cari lagu yang tak kena-mengena dengan binatang)

Selamat Hari Jadi Emak

Me and Mak

Hari ini hari jadi emak saya yang ke 64 tahun,Emak saya yang bernama Asnah Binti Ahmat.Emak saya ialah anak yang kedua dalam adik-beradiknya.Emak juga adalah sorang pendengar yang baik,mak mertua yang baik,nenek yang baik dan yang paling pasti emak yang baik. Bagi mak menantu-menantunya adalah yang terbaik,mak tidak pernah menceritakan yang tak baik mengenai menantunya melainkan yang baik belaka.Masa mak saya mengeluarkan duit kwspnya dulu mak memberi menantu-menantu sejumlah wang sama rata dengan apa yang anaknya dapat.Begitulah pemurahnya emak saya.Saya rasa kadang-kadang menantu kalau dapat wang EPF pun belum tentu boleh bagi mak mertuakan.Agaknya kalaulah mak ini seorang yang berada mesti lagi mak suka membantu orang.Emak sekarang tak nampak sebelah matanya
itu yang membuatkan dia tak boleh buat kerja sangat.

Emak saya seorang yang pandai memasak,masa dia muda-muda dan sihat dulu dia memang terkenal dikalangan penduduk-penduduk diTaman perumahannya untuk jadi ketua bahagian masak-memasak di kenduri-kendara.Kalau dia diamanahkan memasak untuk kenduri kahwin seawal selepas sembahyang subuh dia dah pergi ke rumah kenduri itu dan waktu pulang pula mungkin dia adalah salah seorang yang terakhir.Malangnya saya ini sikit pun tak ikut kepandaian mak saya itu dalam bidang masak-memasak ini.

Anak saya yang sulung dijaga oleh mak saya dari umur 1 hari hinggalah 6 tahun.Sebab itulah anak saya yang sulung sangat manja dengan neneknya.Semenjak abah meninggal emak saya duduk dengan abang saya.Ada ramai orang yang bertanya kenapa emak saya tak hendak duduk dengan saya dan duduk dengan abang dan menantu perempuan pula ,sebab biasanya emak-emak suka duduk dengan anak perempuan.Tapi pada saya mana yang emak saya rasa selesa itulah yang terbaik untuknya.Walau apa pun yang orang akan kata yang penting buat saya ialah kegembiraan dan keselesaan emak.Lagi pun kakak ipar saya seorang yang baik(kalau tidak takkan emak boleh duduk lama dengannya kan).Seperti yang saya katakan tadi emak tak pernah membezakan ana-anak dan menantu,baginya semuanya adalah yang terbaik.

Emak sempena hari jadi emak ini,jana,yazid dan anak-anak mengucapkan selamat hari jadi,semoga emak panjang umur,sehat selalu sehinggalah dapat tengok cucu-cucu kahwin dan InsyaAllah dapat tengok cicit-cicit pula nanti .
Naqiuddin Dan Emak


Wednesday 6 October 2010

SINAR FM (I FOLLOW)


Salih yaacob(Abg Jem@Mak Neng@Wak)
Kyril
Kak Engku


Baru-baru ini saya saya sibuk cakap dengan En.Hubby nak beli WALKMAN,En.hubby cakap orang sekarang dengar MP3 atau Ipod,saya tanya ada radio tak,dia jawab adalah. Sebab apa saya tiba-tiba nak MP3 sebab nak dengar celoteh 3 orang ini pagi-pagi.Macam dah addicted nak dengar celoteh mereka pagi-pagi.Kalau jalan jammed pun boleh hilanglah stressnya bila mendengar celotehnya. (Jangan tak tau PUTRAJAYA jammed pagi-pagi walaupun rumah dekat je)


Kak Engku dan Salih yaacob memang mengharukan suasana diwaktu pagi and Kyril pula mennutrealisedkan (ayat baru he he) mereka.Minggu ini tajuk yang diperbincangkan pagi-pagi diambil dari tajuk-tajuk filem P.Ramlee, lagilah macam-macam telatah mereka,Saya lebih suka dengar Sinar Pagi daripada dengar lagi satu siaran radio yang mendakwa no satu tu(sebab saya rasa penyampai-penyampainya dah macam terover sikit,kadang-kadang bila saya cuti on weekdays adalah tertekan channel yang menyiarkan secara langsung semasa mereka berada dikonti tempat mereka bersiaran itu.Melihatkan gelagat mereka didalam T.V tu,kadang-kadang merasa lemas pula,perlukah mereka menunjukkan aksi-aksi mereka seperti yang dibuat-buat itu.


Berbalik pada Sinar Pagi Salih Yaacoblah yang paling memeriahkan suasana,dialah Abang Jem. Mak Neng dan dia jugalah Wak.Kalau tak ada salah seorang dari mereka bertiga memang terasa janggal lah sikit.Pagi tadi Kak Engku cuti dan digantikan dengan Didie Alias,Ok juga didie ni,menjadi juga gandingan dia dengan Salih dan Kyril.Saya dioffice sebelah telinga pakai headphone sebelah lagi boleh jawab telefon tau,headphone pula dalam tudung,so orang tak perasan lah,mesti mereka hairan bila kadang-kadang saya boleh tersenyum sorang-sorang bila buat kerja.


Teringat pula,zaman saya mula-mula kerja dulu iaitu pada tahun 90an,saya cukup suka dengar Zainal Din Zainal di Siaran radio RMIK(Radio Malaysia ibuKota),dia ialah seorang DJ radio yang paling saya kagum hinggalah ke saat ini,sampaikan bila dia bersara dari kerjanya,saya merasakan sungguh lain rasanya bila waktu pagi,ialah dulu pergi kerja naik bas mini yang penuh sesak bila dengar celoteh Zainal din Zainal letih berdiri pun boleh tak terasa.DJ radio dulu-dulu dan sekarang lain,sekarang ini kebanyakaan lebih kepada glamour sahaja.Nak buat macamana itulah dinamakan peredaran zaman kan,kenalah terima kalau tidak orang kata tak mengikut trend pula.


Ini je gambar Zainal Din Zainal yang saya dapat dari Google

Walau bagaimanapun Sinar FM tetap pujaaan hatiku buat masa ini.Seperti mana yang selalu dikatakan oleh penyampai bertiga tu" I FOLLOW" :)



Tuesday 5 October 2010

Jamuan Hari Raya Dan Cik Dayang




Hari Ahad baru-baru ini saya menghadiri Jamuan Hari Raya untuk Anak-anak syarikat dibawah Kumpulan Syarikat Naza,ia diadakan di Saloma Bistro,seawal 10.30 pagi saya dah keluar rumah,kerana untuk bahagian En.Hubby ditetapkan dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari.So kena cepatlah pergi nanti senang nak dapat parking, mula-mula anak-anak semuanya nak pergi dan dah bersiap pun sebenarnya,tapi last minit yang bujang besar berdua tu tak jadi pergi sebab nak joint kelas Adobe photoshop yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan,sepatutnya sempat pergi jamuan hari raya dulu tapi kelas itu telah dipercepatkan untuk bermula kepada pukul 12.00 tengahari,takut tak sempat pula nanti.Bila ditanya kepada anak-anak bujang nak ikut mak ke atau nak pergi kelas,mereka lebih suka pergi kelas,so hanya saya,Encik Hubby dan sibongsu je lah yang pergi kesudahannya.

Kami sampai di Saloma Bistro pada pukul 11.15.Ini adalah kali pertama kami sampai ke tempat itu.Sebenarnya ada tema jamuan hari raya kali ini iaitu tema 60an.Tapi saya dan suami tak ikut langsung tema tersebut. Kami Disambut sendiri oleh Datuk S.M Faizal dan Isterinya Datin Emilia Hanafi.Seronok pula rasanya kerana disambut sendiri oleh mereka terasa lebih mesra,sebelum-sebelum ini masa dengan aruah Tan Sri dulu tak pernah kami jumpa sedekat seperti ini.Kami dapat tempat duduk disebelah meja VIP so dekatlah sangat dengan pentas.Pengacara untuk hari itu ialah Sharifah Shahirah,memang tak kering gusi dibuatnya dengan telatahnya.Dia asyik datang kemeja kami dan mengusik kami,bila tengok dia secara berhadapan,cantik sungguhlah dia ini.Naufal tanya ayahnya "ayah macam pernah tengoklah kakak ini dalam TV he he.

Makanan tak payah cakaplah memang enak-enak belaka,cuma kita je yang kena kawal sikit nafsu makan kita tu.Artis jemputannya ialah Dayang Nurfaizah.Merdunya suara Dayang ini.Sharifah Shahira pun cakap boleh meremang bulu roma dibuatnya bila dengar dia menyanyi. Saya dan Encik hubby memang minat dengan Dayang,sebab kami rasa bila dengar Dayang nyanyi lagu orang lain pun kita akan rasa Dayang macam nyanyi lagunya sendiri sebab lagu itu akan automatic jadi style Dayang.Kira kita boleh berbangga dengan bakat artis kita yang seorang ini dimata dunia.And once again Dayang juga lebih banyak datang kat meja kami,sebab dah dekat sangat meja kami dengan pentas kan.Sayalah yang paling seronok sekali asyik ambil gambar je.Cuma kamera saya ini macam dah nak kena campak kat lombong je,sebab gambar selalu sangat jadi bluur.Ishh ada pulak yang beli DSLR karang ini.(tiba-tiba he he)

Saya dan En.hubby balik pada pukul 12.15 tengahari.Sambil tu dalam hati adalah berkata ramai orang dapat ambil gambar dengan Dayang tadi, masa Dayang datang dekat meja kami,tapi saya tak sempat, lepas tu kamera kan buat hal pulak.Tapi bak kata orang kalau dah rezeki tak kemana sedang kami 3 beranak jalan kaki nak pergi ke parking kereta terserempak lah pulak dengan Dayang dan pengurusnya,apa lagi teruslah ajak Cik Dayang ini ambil gambar dengan saya,Encik hubby tukang ambil gambarnya walaupun dalam hati dia sebenarnya nak joint juga sekali wa ka ka,so jangan jealous ya sila lihat sini he he

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dayang peluk Mak Jana ya bukan mak jana yang peluk Dayang kui kui kui

Tahun lepas dapat ambil gambar dengan Bob Af2 tahun ini dengan Dayang pula:)


Nak tengok gambar lagi boleh tengok SINI

Sila lah video clip Dayang dibawah ini ya:

Kami pun sayang kamu Dayang kui kui kui


We always maafkan Kamu Dayang wa ka ka

Friday 1 October 2010

Cerita Makan-Makan Rumah Terbuka




Ini sepatutnya entry untuk hari Isnin yang lepas tapi mood kemalasan yang melanda telah membuat ia tertunda hingga hari ini.Sebenarnya saya nak cerita pasal jalan-jalan open house untuk minggu lepas.Minggu lepas hari Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan menghadiri jemputan open House.Pada hari Sabtu mama Naufal(orang yang jaga Naufal bila saya bekerja)buat open house so rumah yang pertama kami pergi hari Sabtu itu rumah mamalah.Makanan utamanya untuk hari itu dimasak oleh Papa Naufal iaitu laksa and Kuey Tiaw goreng.Memang enak dan lazat sungguh.Saya tahu memang Papa Yus (gelaran untuk suami mama)Naufal pandai buat laksa tapi tak sangka pula dia goreng kuey Tiaw pun sedap juga.Beruntunglah mama Norizan dapat suami yang pandai masak.Selepas je makan dirumah mama kami balik rumah sekejap(sebelah pintu je pun) sembahyang zohor dan lepas terus bertolak pula kerumah kawan sekolah Encik hubby di Puncak Setiawangsa.Percaya tak punyalah jammednya jalanraya dari Putrajaya ke Puncak Setiawangsa mengambil masa 3 jam untuk sampai.

Nasib baiklah makanannya enak-enak belaka terubat jugalah kebengangan kami yang terperangkap dalam jammed tadi.Rumah kawan encik hubby ini pernah saya ceritakan dalam entry saya sebelum ini(DISINI).Kalau dulu saya makan dikhemah diluar rumah,kali ini saya makan dalam rumah pula sebab dia ajak Encik hubby makan dekat dalam rumah pula.Seriously dalam rumahnya memanglah tersangat cantiknya.Even sudu and garfunya pun lain dari yang lain.Saya yang cuba tidak menunjukkan kekaguman saya(lebih tepat boleh dikatakan Peghak)still boleh nampak peghak kot.Sambil makan sambil membelek dengan kagum keindahan sudu dan garfu tu belum termasuk pinggan mangkuknya lagi.Kebetulan polis yang diminta jaga dirumah itu masa open house classmate En.hubby ini kawan kepada staff En.hubby dioffice so dia adalah menerangkan sikit-sikit tentang rumah itu.Katanya rumah itu ada digunakan dalam filem "Syurga Cinta" yang Awal Ashaari and Heliza AF5 berlakon tu.Ada satu bilik khas untuk simpan kasut lagi,kebetulan ada pula yang buka bilik tu masa kami meninjau-nijau dalam rumahnya itu(so sempatlah jeling-jeling).Bilik yang dikhaskan untuk menyimpan kasut itu lebih kurang macam bilik kasut Carrie Bradshaw dalam series "Sex And the City" pergh hebat-hebat.Kami balik dari situ pada pukul 4.00 petang.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan pula ke Shah Alam sebab anak saudara belah Encik hubby pula buat Open House,kami sampai disitu pukul 6.10 petang.Dari Puncak Setiawangsa ke Shah Alam ambil masa 2 jam,memanglah memenatkan tapi bila ingatkan kalau tak macam ni nak pergi rumah anak saudara sekali-sekala pun payah kami gagahi jualah.Sampai je rumah anak saudara En.hubby perut pun dah lapar balik,dia pula masak Nasi Ayam dan Mee sup,maka banyak jugalah kami makan,Naufal siap cakap "marvelousnya nasi ni" he he.Kami pulang dan sampai dirumah pada pukul 8.00 malam,dengan keadaan yang keletihan dan kekenyangan.

Keesokannya pula kami pergi kenduri rumah anak saudara En.hubby yang menyambut kelahiran anak dia yang pertama di Kampong Nakhoda Selayang.(dia ni adik kepada rumah yang kami pergi di Shah Alam semalam).Disini pun makananya sedap,khabarnya mereka masak sendiri anak beranak.Parents In Law anak saudara saya ini pernah kerja sebagai tukang masak Di London dulu,jadi saya rasa setakat masak untuk 200 orang makan tak menjadi hal kepada mereka ini.Dari situ kami singgah sekejap dirumah mak mertua untuk Sembahyang Zuhur dan meneruskan perjalanan pula kerumah Kak Noor Suraya dan Team jemari Seni punya Open House.Seronok dapat jumpa Kak Su And Rynsa.Sambil makan-makan lepas tu beli Novel pula.baguslah Kak Su open house sambil ada jualan buku he he.

Seronok dapat jumpa Rynsa, selain Kak Su novel-novel Rynsa juga turut mendapat tempat dihati saya contohnya novel RADHA,sekarang ini tertungu-tunggu pula novel "Home Made Sweet" darinya.Happy rasanya sebab En.hubby melayan kehendak saya untuk pergi ke open House Jemari Seni ini.Ialah kalau dia tak layan alamatnya tengok jelah gambar dalam facebook Jemari Seni nanti orang-orang pergi open housenya.Minggu ini jugalah saya beraya kembali sebab minggu sebelumnya tak berapa sihat,tapi walaubagaimanapun memang kena berhati-hati memilih makanan takut sakit perut tu menyerang semula sebelum tarikh temujanji nak jumpa doktor kembali.

Hari Isnin keesokan harinya En.hubby bagi tahu lepas kami balik je dari rumah kawannya di Puncak Setiawangsa itu Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K pun sampai.Weeei tercepat beberapa minit je kami balik,kalau tidak makcik Jana ini mesti sibuk jadi camerawoman tambahan hari tu,and sure Datuk Siti makan kat dalam rumah juga kan bukan dikhemah.Dah tak ada rezeki nak buat macamana mana, maybe tahun depan boleh jumpa pula.Ialah pergi beraya Open House rumah kawan En.hubby yang sorang ini dah jadi macam acara tahunan pula setiap Raya.Ialah kalau tak pergi dia asyik SMS En.hubby berkali-kali,hinggalah En.hubby jawap balik SMSnya:)

Boleh lihat gambar-gambar pergi open house lagi di SINI