Thursday 24 December 2009

Mimpi Gigi Patah



Baru-baru ini saya mimpi gigi bahagian atas saya patah dan saya mula tak sedap hati,saya tidak suka mimpi gigi patah.Yes,I know tak baik percaya yang bukan-bukan tapi biasanya bila saya mimpi gigi patah mesti selepas itu akan ada kematian.Yes I know,mungkin juga kebetulan saje kan,tapi kebetulan itu pun berlaku selepas saya mimpi gigi patahlah juga.Saya pernah bermimpi nak cabut gigi bahagian atas tapi doktor itu kata kita cabut lagi sebulan ya.Bila siangnya saya tanya pada arwah abah saya, "Abah jana mimpi nak cabut gigi belah atas tapi doktor suruh tunggu lagi sebulan kenapa ya". Arwah abah saya diam sahaja ketika itu, biasanya dia yang akan cakap "ada orang nak meninggallah tu".Gigi atas ke ,gigi bawah ,gigi atas untuk orang yang lebih tua dari kita dan bawah pula biasanya orang yang lagi muda. Tapi ketika saya tanya dia waktu itu,dia hanya diam sahaja.Beberapa hari selepas saya mimpi gigi saya itu abah pun jatuh sakit and genap sebulan selepas itu abah meninggal dunia.Really memang genap sebulan selepas itu.Mungkin kebetulan jugakan.So bila saya mimpi gigi atas saya patah lagi,mula rasa tak sedap hati lagi.Ya allah minta dijauhkan perkara yang tak baik.Apa-apa kita harus redha kerana mati itu adalah pasti.Wallahualam

9 comments:

  1. Tibe-tibe saya pun sedih..
    Ya Allah Ya Tuhan Ku Panjangkanlah
    Umur Kedua Org Tuaku, Kakakku, Nenekku, Saudara Mara dan sahabat handai.. Amin

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah mengalami.. kawan baik saya meninggal selepas 3 hari saya mimpi gigi patah.. meninggal yang sangat tragis.. tak sangka :'(

    ReplyDelete
  3. saya pun bermimpi gigi saya tercabut. 3 batang pulak tu. harap2 itu semua mainan tidur.amin...

    ReplyDelete
  4. ya Allah , tkutnyer sbb mlm tdi sye mmpi bnde yg same.
    2 gigi atas trcabut . arap2 ta de ape yg jdi sbb sblum nie pon penah mmpi bnde yg same lps 2 nnek sdare sye mnggal.
    Ya Allah , pnjangkan lar umo keluarga dan kwn2 ku , amin.

    ReplyDelete
  5. Saya pun baru tadi bermimpi patah gg.. dalam 2 batang gg kot. Saya risau sgt. Semoga tiada benda buruk berlaku buat keluarga saya.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  6. saya pn ade mimpi sbtg gg ats trcabut..takut sgt bila pikir yg nenek sy tgh dmam skrg ni..Ya Allah.. Kau pnjgknlah umurnya dn lindungilah kluargaku dari perkara2 yg x baik..Amin..

    ReplyDelete
  7. td sy mimpi patah gigi atas. adoii..nauzubillah >.<

    ReplyDelete
  8. sy mimpi gigi patah (tercabut) 6batang dibahagian atas. scary nya. Ya Allah, panjangkan lah usia saudara-maraku Ya Allah...

    ReplyDelete
  9. Emmm.. saya bermimpi mcm ni. Gigi bawah tercabut 3 . Lpas tu saya nk try gum balik.

    ReplyDelete