Wednesday 2 December 2009

Bangsawan Inggeris






Jeremy Northam ni saya suka dia sebagai Mr.Knightly dalam cerita "Emma"by Jane Austin

Ahad yang lepas saya ajak hubby pergi Seri Kembangan sebab nak cari DVD. Saya selalu beli Dvd di kedai Sure Win namanya.Memang kedai tu sentiasa menang(Sure Win)sebab tak pernahlah setakat ni kena ambush dengan penguatkuasa.Dari kedai inilah saya membeli koleksi cerita-cerita bersiri saya contohnya gossip girl,lipstic jungle,grey anatomy dan lain-lain.Saya tak pandai nak upload-upload dari computer macam orang lain so kena belilah dvd.Kadang-kadang bila saya tengok berita di TV ada kedai di Seri Kembangan kena attack dengan penguatkuasa hati mesti berdetik takut kedai yang saya selalu pergi tu yang kena (tak senonoh betulkan saya)he he.Nak buat camana kadang-kadang tengok DVD yang jual kat Alamanda contohnya Ezee Video.DVD-DVD cerita bersiri yang dijual sebijik serupa macam kat kedai "Pasti menang saya" malahan harganya murah separuh harga dari kedai di Alamanda.Jadi sebagai pengguna kita haruslah bijak memilihkan.Baru-baru ini saya beli cerita "The Tudor" complete season 1 until season 3. Setakat ini saya baru habis season 1,cerita ini tak boleh main kat TV kita even astro pun tak tayang cerita ini tak tau sebab apa,tapi cerita ini best saya suka gambarnya cantik ceritanya hebat mengenai raja England King Henry VIII kalau tak silap sayalah.Saya memang suka tengok cerita raja-raja Inggeris sejak dari kecil lagi.Suka tengok perempuannya yang pakai baju kembang -kembang. Ingat lagi masa-masa saya kecik aruah abah saya bila saya tengok cerita macam ni,dia selalu cakap "cerita apa kau tengok ni,asyik bercakap je" cerita raja-raja memanglah banyak bercakap je,abah saya rimas, sebab dia suka tengok cerita action maka terpaksalah saya tukar channel lain mengikut kehendak aruah abah saya masa tu.Ya lah dulu-dulukan satu rumah mampu satu TV je. Harga TV dulu-dulu kan mahal bukan macam sekarang ni,sekarang rumah saya je ada 4 TV(jauh dah saya melalut ni ).Eh sebenarnya saya nak cakap pasal apa sebenarnya tadi ya. Haa ya! sebenarnya saya nak cakap betapa obsesnya saya dengan cerita bangsawan Inggeris,kalau pergi kedai DVD nampak cerita-cerita macam ini saya pasti beli dan melayan Dvd ini dengan gumbiranya.Sekian Terimaksih

2 comments:

  1. seri kembangan kat area2 mna ek??nak gak survey coz slalu bli kat muo ja..2 yg leceh 2.every month nk kena trun kg.

    ReplyDelete
  2. zaki dekat dengan jusco equine lah,nanti kak jana suruh hubby buat map scan and email to you ya,bagi email you,tapi kalau dah tau,rahsia tutup
    tau,takut kedai kena ambush he he

    ReplyDelete