Hari ini dah masuk hari yang ketiga saya berulang-alik ke klinik Putrajaya untuk monitor BP saya.Hari Isnin yang lepas paginya saya pergi kerja seperti biasa walaupun kepala saya sakit,malangnya kepala saya makin sakit bila dioffice,sayapun menelefon hubby yang kebetulan kerja disekitar Putrajaya untuk membawa saya pergi ke Klinik kesihatan Putrajaya.Sesampainya saja diKlinik kesihatan saya mendapat nombor 2038 bersamaan saya kena menunggu seratus lagi orang baru dapat jumpa doktor,dengan tiada tempat untuk duduk(kerusi semua penuh)my hubby mencadangkan supaya kami pergi je ke klinik Swasta panel husband saya,saya yang memang tengah sakit kepala tahap gaban pun ikut saje cadangan husband saya itu.Sampai diklinik panel bila check BP saya ialah 140/100 ,memandangkan doktor tersebut pernah chek B/P saya minggu sebelumnya masa saya demam dia pun mencadangkan supaya mengambil ubat darah tinggi.Saya setuju je masa itu sebab memang sakit kepala saya ini tak hilang semenjak hari raya Aidiladha lagi saya ingat disebabkan PMS(mungkin juga salah satu sebab masa itu).Diklinik Panel saya diberi M.C 2 hari.Keluar je dari kilinik panel husband,husband saya mengajak pula pergi balik ke klinik Kesihatan Putrajaya tadi sebab dia pun rasa nombor giliran yang kami dapat tadi mesti belum dipanggil lagi.Memang betul pun nombor yang kami ambil itu sepatutnya disambung panggil semula di waktu sessi petang,tapi kami bernasib baik terjumpa anak saudara kami yang bekerja sebagai Pegawai Farmasi disitu dan beliau telah mendapatkan angka giliran yang akan dipanggil tengahari itu juga bukannya petang nanti.Nasib baiklah jumpa dia(sebenarnya boleh saje kalau kami nak suruh dia tolong setiap kali pergi keklinik kesihatan Putrajaya)tapi saya tak suka menyusahkannya saya tahu sesiapa pun yang kerja diklinik kesihatan Putrajaya pastinya sangat sibuk jadi saya kalau boleh tak mahu menganggu kerjanya. Kesudahannya no giliran saya dipanggil pada pukul 1.30 petang and bila doktor chek BP saya dah naik kepada 160/100 pula.Doktor arahkan saya ambil BP lagi pada keesokan harinya dan berjumpa doktor pula pada hari Rabu nanti untuk decide kena makan ubat atau tidak.Saya dapat M.C pula dari Klinik kerajaan hari tu tapi untuk satu hari saje.Saya decide nak pakai M.C swasta tadi sebab dia bagi 2 hari and I really-really need rest.So today (Rabu) keputusannya saya kena makan ubat darah tinggi jenis Perindopril 4mg setengah biji sebelum makan setiap hari.Maka bermulalah dari hari ini jika saya ditanya oleh doktor "puan ada hypertension" saya akan menjawap "Ya doktor" jawapan yang bukan membanggakan saya malah yang cuba saya elak sebenarnya sebelum ini.Aruah abah saya,emak saya malahan abang saya dah lama kena penyakit ini.Even cousin saya yang muda dari saya dah lama kena penyakit ini.Memanglah senang cakap penyakit keturunan,tapi boleh ke kita nak salahkan keturunan saje.bagi saya sayalah yang salah kerana tak menjaga makan sebelum ini. Nasib saya baik, husband saya sangat menyokong orangnya dengan cara yang paling halus dia mengajak saya, "kita tak payahlah makan nasi malam lagi dan mulai sekarang jom lah kita bersenam at least 2 kali seminggu ya".Yalah Ecik yazid I will follow whatever you do or ask sebab kalau saya sakit siapa yang akan susah "mereka dan keluarga mereka jugalah kan' terutama sekali my hubby Encik Yazid.
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
kak jana,
ReplyDeleteBP kita sama...140/100...huhuhu...tension kerja...bila tah nak selesai...