Thursday, 10 December 2009

Toyota Service Centre













Semalam saya dapat M.C dari Klinik kesihatan sebab ada appointment dengan doctor mengenai hypertension saya yang belum stabil lagi.Saya duduk dirumah dan cuba nak upload gambar rombongan Cik Kiah Di Facebook saya dan blog,tapi kesudahannya saya fade up kerana broadband saya sangat slow semalam macam Siput.Malas saya nak upload boleh buat sakit kepala,bagi M.C untuk redakan BP nanti jadi makin naik pula dengan broadband yang slow ini.Lepas makan tengahari saya bercadang nak pergi Alamanda nak cari blender untuk buat jus buah.Orang kata kalau nak turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat minum jus Epal hijau atau Belimbing Besi(Star Fruit).Maka hubby saya pun ajak pergi Alamanda nak cari Blender baru takkan nak pakai yang buat blender cili tu kan.Saya suruh anak saya bawa Laptop dan broadband kononya nak minum di Star Buck sambil guna wifi free untuk upload gambar di facebook dan blog.

Tapi bila masuk je dalam kereta program dah bertukar pula,husband saya teringat nak pergi service kereta kerana dah sampai tempohnya untuk diservice. Bila telefon pusat service Toyota di Balakong mereka free dah suruh kami datang pukul 3.30. Saya pun ikut sahajalah,anak-anak seronok sakan.Selama ini saya tak pernah ikut husband pergi service kereta,anak-anak je selalu pergi.Sampai ditempat service kereta itu barulah saya tahu rupa-rupanya tempatnya sangat cantik macam lobby hotel atau boleh dikatakan macam showroomlah .Disitu ada disediakan komputer dan internet(Free wifii lagi).Apalagi saya pun keluarkan Lap Top Merah Saga saya dan update facebook dan blog. Seronok sakan saya kerana internetnya laju gila.Patutlah anak-anak suka ikut abahnya pergi Service kereta keran tempatnya hebat.Anak yang bongsu asyik makan biskut sambil cicah air teh tarik.Kalau datang service kereta waktu pagi nasi lemak bungkus disediakan. Ada TV LCD yang besar ,tempat duduk yang selesa,macam-macam majalah,surau yang cantik dan tempat untuk kanak-kanak bermain. 3 jam kami disitu tapi tak terasa masa yang berlalu sebabnya dari emak,abah dan abang-abangnya sibuk dengan internet manakala sikecik tu sibuk dengan TV yang canggih dan lari kehulu-hilir berangan dikawasannya yang sangat luas dan cantik. Bila dah penat bermain minta air susu cicah pula dengan biskut lagi he he.Maka selepas ini bila pergi service kereta selalunya anak-anak je yang ikutkan,sekarang tidak lagi kerana maknya pula akan ikut sama dengan laptop Merah Saganya CIK DELL:-D

Nak Tau apa dia Piaggam Pelaggam Pusat Service Toyota tengok gambar dibawah ini


(We listen whatever our customer complaint,we give the best service,after that you pay good money LOL )

No comments:

Post a Comment