Sebelum masuk charge kuasa "Kiah Ranger"
Ketua Rombongan merancang perjalanan mengikut peta
Ahli rombongan 25 tahun kebawah
Ahli rombongan Pemuda Harapan Bangsa
Kelaparan dan menjamu selera di Macdonalds
Maafkan kan saya jika entry mengenai Cik Kiah Sunway Lagoon sangat lambat saya masukkan sebab keadaan saya yang amat-amat tidak sehat,seperti yang diketahui oleh pengunjung-pengunjung blog ini saya telah mendapat penyakit hypertension.Sebenarnya saya telah membuat draft mengenai lawatan Cik Kiah ke Sunway Lagoon sebelum ini,tapi tah macamana entry itu hilang dengan tanpa sengajanya saya terdelete
Syukur perancangan untuk rombongan Cik Kiah ini akhirnya terlaksana juga.Walaupun banyak rintangan dari segi untuk mencukupkan corum dan halangan dari segi cuaca(sekarangkan musim hujan cuaca susah hendak dijangka).Alhamdullilah sangat hari yang kami pilih itu cuacanya redup sahaja tak panas dan tak hujan.Saya sebagai ketua rombongan tiba ditempat berkumpul iaitu dientrance Sunway Lagoon tepat pada masanya iaitu pada pukul 9.30 pagi,yang kedua tiba ialah kumpulan dari Gombak iaitu Cik Lawyer,cik wani and cik yah,yang ketiga tiba ialah Nadiah and the Sibling's dan yang terakhir tiba tentunya tuan yang sponsor tiket kami pada hari itu iaitu Encik Rafi, Puan Cho Zila dan the girls.
Walaupun kami ada tiket free kami perlu juga membayar RM10 setiap seorang untuk wrist band yang berbentuk seperti jam. Wrist band inilah yang menentukan taman tema mana yang kami dibenarkan masuk.Untuk kami ,kami dibenarkan masuk di Dry Park and Wet Park.Bila kami semua dah pakai wrist band itu kami pun telah mengecaskan dulu kuasa kami as "Kiah Ranger" seperti gambar yang tertera diatas sekali.Sebagai ketua rombongan saya telah menetapkan agar ahli rombongan Kiah untuk pergi ke Dry Park dulu.Saya juga telah menyarankan agar semua permainan yang disediakan di Dry Park dicuba oleh semua ahli rombongan yang 25 tahun kebawah.Alasannya selepas ini permainan-permainan ini sudah tidak sesuai untuk mereka jika mereka berkunjung kesini lagi.Permainan yang agak extreme sikit saya hanya benarkan kepada kumpulan "Pemuda Harapan Bangsa sahaja".Setelah selesai setiap permainan ,pembantu saya Puan Cho Zila akan menandakan di Peta panduan perjalanan kami agar kami tidak termiss satu pun permainan yang ada. Walau bagaimanapun ada dua permainan yang Kumpulan Pemuda Harapan Bangsa tak main. Tidak dibenarkan oleh saya setelah melihat kepada tahap kepucatan muka mereka he he.Saya juga telah memastikan Cik Lawyer(Haryati)turut bermain dengan permainan yang sesuai dengan saiz badan orang seperti kami.Saya berusaha untuk mengumbirakan Cik Lawyer supaya beliau berpuashati dan tidak akan ada dakwa-dakwi selepas ini he he(kecuali dakwaan sakit kaki,banyak jalan jelah).Seriously kaki dan lutut yang tersedia sakit ini,ok pula dalam taman tema itu,Mungkin berkat kuasa Kiah Ranger kami.Bila Pemuda harapan bangsa naik kapal yang ditunggang terbalikkan itu(saya lupalah nama gamenya)kami yang dibawah lebih kuat menjerit dari mereka yang diatas hingga menarik perhatian orang-ramai yang ketawa melihat gelagat kami.
Selepas selesai di Dry Park kami masuk pula ke Wet Park dalam pukul 12.00 tengahari.Saya seperti biasalah menjaga beg-beg ahli rombongan dan mencari tempat berteduh untuk ahli rombongan.Kami menghabiskan masa di Wet Park selama 2.30 jam.Saya juga menasihatkan agar ahli rombongan menahan lapar sebab saya bercadang nak belanja mereka makan diSunway Pyramid Shooping Complex nanti,bukan apa makanan didalam Taman Tema itu mahal tahap gaban.Nasi gorengnya saje sebungkus RM10 ,air mineral 1 botol RM3 tak tertampung Cik Kiah nak belanjanya.Hanya yang 5 tahun kebawah je dibenarkan beli makanan,ialah budak besar tu kalau tak dilayan akan meragam pulakan.Cik Laywer setiap satu jam hilang,musykil juga kami rupanya beliau pergi membeli air coke kesukaannya, yang bagusnya beliau beli lebih untuk dikongsi bersama-sama kami.Thank you Cik Lawyer.
Kami keluar dari taman tema itu pada pukul 3.00 petang dan terus menuju ke bangunan sebelah Sunway Pyramid untuk makan.Cik kiah yang gumbira kerana ahli rombongan sangat baik dan mendengar kata telah bersetuju untuk belanja semua ahli rombongan makan diMcdonalds dan mengumbirakan Cik Kiah pula ,Cik Lawyer juga yang mungkin tergumbira juga dengan rombongan kali ini setuju pula membayar separuh dari harga makanan yang kami makan.Kesimpulannya rombongan ini telah terlaksana dengan jayanya.Dan untuk pengetahuan semua orang-orang kampung, kami akan mengadakan perlawanan Futsal pada 25Disember ini di Sport Planet Ampang nanti.Perlawanan ini adalah antara cousin-cousin sekalian.So saya akan melaporkan lagi nanti ya.Roger and Out.
nak tengok lagi gambar rombongan Cik Kiah klik sini
tahniah ye cik kiah sebab telah berjaya mengendalikan rombongan tempoh hari.... sangat best... tq to all sponsors~~
ReplyDeleteand diharapkan perancangan utk 25hb nanti akan berjalan lancar...