Friday, 11 December 2009

SATU MALAYSIA



Sejak akhir-akhir ini kami sekeluarga suka dengan satu lagu yang tajuknya Malaysia satu dinyanyikan oleh Faizal Tahir dicipta oleh Audi Mok and lirik by Nur Fatimah. Lagu ini walaupun patriotik musicnya very catchy bersemangat bila mendengarnya. Kalau lagu ini keluar diradio masa kami sekeluarga duduk dalam kereta memanglah huru-hara dan bingit ,semua nak ikut menyanyi and radio pun kalau dah kuat masa tu disuruh kuatkan lagi. Yang si Bongsu Naufal tu pula main hentam je nyanyi lirik lagu ini,bukan betul sangat masa dia nyanyi tapi sekali dengar macam betul je(tapi kalau dengar sebenarnya tak berapa betul). Actually saya memang setuju bila Perdana Menteri kita melancarkan Satu Malaysia. Memang tepat pada masanya kita memang perlu semangat satu Malaysia pada masa sekarang kerana bila tengok keadaan politik sekarang saya rasa macamanalah nasib anak bangsa kita pada masa akan datang,apa yang saya lihat memang anak-anak muda sekarang kurang perasaan cintakan negara dan bangsa. Asyik nak berseronok saja and apa yang saya tengok dioffice saya pun ramai yang tak ambil berat nak daftar untuk menjadi pengundi pun. Bila tanya dah daftar mengundi ke terlupalah,malaslah.Besok bila negara dah tak aman baru nak tersedar tapi sayangnya dah terlambat.Sekarang pun melayu dengan melayu pun tak boleh nak berbaik habih tu camno.Semoga dengan semangat satu Malaysia ini bukan kita sebangsa kembali bersatu padu malahan seluruh masyarakat berbilang bangsa yang ada di Malaysia ini akan bersatu padu.Ya nampak memang macam membebel je kan saya ni,tapi cubalah renung-renungkan sekejap ya.SEMOGA TERJAGA AND TERSEDAR DARI LENA.

No comments:

Post a Comment