Monday, 21 December 2009

Malaysia Menang Selepas 20 Tahun









Bahang kemenangan perlawanan Bolasepak antara Malaysia dengan Vietnam yang mana kemenangannya berpehak pada Malaysia dengan mata 1 Malaysia dan Vietnam 0 masih terasa lagikan. Saya lambat buat entry mengenainya kerana kurang sihat.

Pada hari berlangsungnya perlawanan bolasepak itu merupakan malam Awal Muharam,jadi apa yang saya nampak orang lebih ramai berada dikedai-kedai mamak daripada di Surau atau Masjid. Saya pun sampai kerumah setelah pulang dari office pada pukul 7.30 petang ,saya nampak anak bujang saya yang berdua tu tengah duduk berlonggok depan T.V. Anak saya yang bongsu tengah layan Mr.Bean dalam bilik.Saya dan hubby yang berebut nak sembahyang maghrib sempat lagi tegur anak-anak dah sembahyang ke belum masa itu. Mereka kata mereka dah solat.Masa pasukan Malaysia menjaringkan gol saya boleh dengar gema suara menjeritkan perkataan gol sangat kuat disekitar blog rumah saya.Masa itu jugalah kedengaran doa awal tahun dari surau yang sangat berdekatan dengan rumah kami,tapi yang pasti jeritan gol tadi telah menenggelamkan suara doa dari surau kami.

Anak bujang saya bersemangat dengan memakai jersey pasukan Malaysia masa melihat perlawanan bolasepak ini. Suami saya lepas saja solat dia pun join sama dengan anak-anak bujangnya.Anak saya yang no.2 merungut tidak suka dengan Zaquan Adha dia kata" Zaquan itu takda pun takpa mak,katanya kembarnya Aidil Zafuan lebih baik permainannya".Saya yang tak tahu apa-apa ini dengarnya je lah .Yang saya tahu Aidil Zafuan tu kahwin dengan Rita Rudaini dan anak mereka sebijik muka Aidil he he.Itu saje.........

Cuba tengok ini betul tak cakap saya sama kan muka anaknya dengan Aidil

Boleh tengok gambar lagi disini

No comments:

Post a Comment