Thursday 13 June 2013

Marathon Menjejak Pemimpin


Naufal yang Excited sampai berlari-lari

Dalam Istana tak boleh ambil gambar diluar sahaja lah ya


Balai Rong Seri tak boleh masuk,action dengan gambar Balai Rong Seri  kanvas he he 

Cuti sekolah baru-baru ini merancang macam-macam nak pergi jalan,tapi semuanya tak jadi sebab banyak hal yang diluar jangkaan.Mak mertua sakit jadi Encik hubby bercuti menjaga maknya bergilir-gilir di hospital. Kesian anak saya yang bongsu ,booring katanya duduk rumah je,ialah tengok facebook kawan-kawan dan cousinya pergi berjalan,dia pula duduk rumah tengok tv dan main komputer sahaja.

Saya pun mengajak Encik hubby cuti satu hari dan bawa  anak saya pergi ke tempat yang saya dah planning lama nak pergi,nasib cuti cuti Encik Hubby diluluskan maka akan terlaksanalah  rancangan kami ini.Tempat yang saya nak bawa anak saya pergi ialah Istana Negara,Galeria Perdana(Rumah Tun Dr.Mahathir),Memorial Tun Abdul 
Razak,Memorial Tun Hussien Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman. 5 tempat yang lokasinya berlainan memang penat sungguh,banyak berjalan terutama di Istana Negara dan Galeria Perdana yang banyak tangga.Rasanya lebih dari 10,000 langkahlah kami berjalan anak-beranak hari itu.Tapi kami enjoy sangat ,banyak pengetahuan yang kami dapat.Saya ini bukan apa masa saya bersekolah rendah dan menengah sekolah saya ada sahaja buat rombongan ke tempat-tempat seperti ini,tapi so far dari anak bujang saya yang sulung hingga yang bongsu tak ada pula sekolah mereka bawa mereka ketempat-tempat macam ini.Asyik-asyik rombongan pergi Petrosains.

Anak saya macam confuse juga bila saya cakap kita nak pergi rumah Bapa Perdana Menteri(Tun Abdul Razak) dan Pakcik Perdana Menteri(Tun Hussien On)."Boleh ke masuk ke rumah mereka emak" dia hairan. Istana Negara yang lama yang telah dijadikan Muzium itu pun seronok untuk dilawati,saya selalu tengok Istana Negara tu bila keluar di TV  macam besar sangat,bila dah masuk didalamnya   ternyata ia tak lah besar mana pun dan dah agak nampak uzur,memang patut pun ia dibuat baru .Cuma Balai Rong Seri saya tak dapat tengok sebab dalam proses pengubahsuaian. Naufal tanya  soalan kenapa banyak beradu-beradu ini. Dia confuse bilik tidur jadi bilik beradu kat Istana,kena lah  maknya menerangkan beradu tu apa he he.Sampai kat rumah dia pula pandai-pandai cakap bilik emak dia kat rumah "Ini Bilik Beradu Permaisuri Jana" ha ha ha maknanya tu dia dah fahamlah kan.

SRI TAMAN (MEMORIAL TUN RAZAK) 



BERGAMBAR DENGAN BAPA PM

BERGAMBAR DENGAN UNCLE PM 









BUDAK INI DAH MERENGEK PENAT SAKIT KAKI


Seriously penat gila kami berjalan hari itu,sebab itulah saya panggil marathon dari  pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Sampai merengek kepenatan Naufal (hah nak jalan sangatkan).Anak saya yang sulung tak ada,belum balik bercuti dari kolej,kalau tidak mesti lagi bermakna jalan-jalan menjejak pemimpin yang saya dan Encik Hubby saya buat ini .InsyaAllah akan jadi kenangan untuk mereka bila mereka dah ada keluarga sendiri nanti.

Naufal hari pertama setelah sessi  persekolahan bermula semula dia cakap kawan-kawan adik kan emak dia orang bawa pergi bercuti ke London dan Australia  bestnya lah emak.Saya pun jawab"adik pun best apa pergi rumah Yang Dipertuan Agong dan rumah semua Perdana Menteri,dia pun mengganguk dan dengan muka bangga bercakap "tu lah adik dah cerita dah dekat kawan-kawan adik,yang adik  pergi rumah Agong,bapa Perdana Menteri dengan pakcik Perdana Menteri,dia orang banyak tanya kat adik " he he he. So Ok lah kan tu  Naufal.

Kadang-kadang kita kena:_

ENJOY THE LITTLE THINGS,FOR ONE DAY YOU MAY LOOK BACK AND REALIZE THEY WERE THE BIG THINGS







That Winter,The Winds Blows




Saya dah lama tak layan cerita Korea,sebabnya saya banyak lagi DVD cerita bersiri tv seperti The Good Wife Season 3,The Vampires Dairies and banyak lagilah yang belum saya tengok,Tetapi baru-baru ini saya telah terjebak dengan menonton drama Korea ini "That Winter,The Winds Blows" di internet, dah lama tak menangis meleleh-leleh air mata tengok cerita korea ,tapi cerita ini buat saya menangis balik ha ha ha.

Cerita ini best,pemandangan dalam cerita pun cantik juga,sejuk mata memandang sebab ceritanya dalam musim sejuk.Cerita ini juga ada wind chime,membuatkan hasrat nak pasang wind chime dirumah bersemi semula,walau pun Encik Hubby saya tak berapa berkenaan dengan wind chime,macam cerita saya dalam entry ini  "Angin Menderu Wind Chimes Berbunyi"

So siapa peminat cerita Korea yang tegar silalah layan cerita ini bersama sekotak tissues,tapi cerita ini happy ending,and kalau layan dengan penuh perasaan sedihlah,kalau layan ala-ala sahaja tak keluarnya airmata he he.