Monday, 28 December 2009

Futsal with Cousin and Friends


Kasut pemain-pemain Futsal Putrajaya








Pada malam 25 Disember yang lepas telah diadakan perlawanan Futsal antara cousin and friends,perlawanan Futsal ini diadakan diSport Planet Ampang. Sebenarnya telah lama dirancangkan perlawanan ini ,akhirnya berjaya juga ia dilaksanakan. Perlawanan berlangsung selama 2 jam .Walaupun ramai juga yang cancel last minit tak dapat hadir,tapi ia tidak sedikit pun mencacatkan keadaan.Selepas Maghrib saja kami telah bertolak dari rumah nenek di Gombak dan menuju ke Sport Planet Ampang secara konvoi.Perlawanan bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 dan berhenti selama 15 minit sahaja tak ke gila tu. Perlawanan yang secara suka-suka itu memang meriah,dengan budak kecik yang bebas keluar masuk kedalam padang, cuba je lah bayangkan keadaannya.Permainan memang tak ikut peraturan sangat.Jika ada anak-anak kecik yang terkena bola,ibubapa tak boleh marah kerana ibu-bapa yang membenarkan anak-anak main didalam padang dengan orang dewasa,even anak saya yang bongsu keluar masuk padang dengan botol susu.Ayahnya jaga gol dia pun ikut sama jaga gol sambil pegang botol susu cuma dia bernasib baik tak terkena bola.

Segala perbelanjaan sewa padang dan minuman ditaja oleh sepupu saya Ellyza and Iqbal.Memang seronok gila,yang tak main sibuk ambil gambar disana-sini.Bila habis permainan kami bersurai untuk pulang,walaupun sepupu kami Cik Lawyer nak belanja makan di kedai mamak NZ selepas itu,dengan berat hati kami terpaksa menolaknya kerana lokasi kedai itu berlawanan arus dengan rumah kami,nanti kena patah balik.Keluarga saya semuanya dah tak larat ,kami terus balik kerumah dan hanya singgah di Drive Thru MacDonalds Sungai Besi untu beli makan malam.Keesokan hari my hubby and anak bujang semua mengadu sakit kakilah ,sakit badanlah .Janganlah berangan nak suruh buat kerja rumah semuanya tak larat,even nak pakai seluar kecik masing-masing pun mengadu sakit kaki nak tunduk he he(sepatutnya censored ni)tapi apa nak buatkan memang itulah kenyataaan, semuanya adodoi sini adodoi sana. Selepas ini saya mengharapkan agar perlawanan bowling pula lah ya,sesuailah bagi cousin-cousin yang size seperti biggest loser Asia ni join sama.Kalau futsal ni memang Ampun Tuanku memang tak layak kami pacal yang hina nak joint sama.Tak terlarat nak bawa badan. So ingat ya penganjur upacara sukan untuk cousin-cousin lepas ini Bowling pula ya.Akhir kata dari saya selaku orang yang membuat liputan pada malam itu "Majulah Sukan Untuk Negara"!!??;-D.

1 comment:

  1. sukar pakai suar tecik?? same-same...
    until today tu...penangan sekali exercise of the year (sekali sthun ni la padahnye)

    ReplyDelete