Thursday 19 August 2010

Alahai Naufal


Dengan sabun pun boleh buat rambut pacak

Pagi tadi lepas sembahyang subuh tiba-tiba saya terpandang satu tulisan yang sangat besar didinding ruang tamu rumah saya,terperanjat lah juga,ialah kami baru sahaja mengecat ruang tamu rumah kami. Nampaknya kenalah touch up balik dinding ruang tamu itu.Nasib baiklah Cuma tulis namanya sahaja kalau siap lukis rumah,orang,pokok dan kereta lagilah haru dibuatnya.

Nak marah pun buat apa,tegur secara baik je lah.Dulu-dulu abangnya pun begitu juga. Saya masih ingat lagi dulu yang sulung Naqiuddin conteng dinding lagilah siap dengan gambar robot lagi.Masa tu saya nak marah sangat dengan dia,tapi bila teringatkan balik kebetulan paginya itu ada satu rancangan Di TV3,rancangan itu di hostkan oleh Dr.fadzilah Kamsah.Dalam rancangan itu Dr.Fadzilah ada menyebutkan jika anak menconteng dinding janganlah dimarah kerana itu adalah salah satu proses ingin tahu dan mencuba dalam pembesaran kanak-kanak.Selamatlah Si Naqiuddin dari kena marah hari itu.Dengan naufal ini lagilah kalau kita tegur ada sahaja nanti jawapannya.

Pagi tadi pun masa dia nak mandi sebelum nak pergi sekolah terjerit-jerit dia panggil saya,bila saya tanya kenapa ni.Dia menjawab “mak tengoklah rambut adik ini dengan sabun pun boleh buat rambut pacak”.Emaknya pula yang kebetulan tengah delete gambar dalam kamera masa itu pun tidak melepaskan peluang mengambil gambarnya.Pengaruh buat rambut pacak-pacak ini datangnya dari 2 abangnya yang besar itu.Anak-anak kan ragam yang macam ini lah yang akan menjadikan kenangan yang abadi bila mereka dah besar nanti.Hmmmmm:)


Inilah yang diconteng Naufal di dinding ruang tamu rumah.

Monday 16 August 2010

Dugaan Puasa Kali Ini

Semalam balik ke Gombak sebab ada buat tahlil untuk arwah mak teh sebelum waktu berbuka.Tahlil ini dihadiri oleh family ynag terdekat je.Sebelum itu pukul 4.00 petang saya bawa anak saya Naufal pergi menziarahi kubur Nek tehnya,sebab dia tak berpuashati tak tengok lagi kubur nek tehnya ialah masa pengebumian hari tu dia tak ikut sekali.

Anak saya yang bongsu itu waktu nak balik dari kubur siap cakap"bye-bye Nek Teh Air Teh" ayat yang dia selalu gunakan waktu nek teh masih hidup dan selalunya Nek Teh akan menjawab"Nanti dia" huuu sedihnya.

Nenek pula setiap kali saya bersalam sewaktu nak balik akan menangis sambil bercakap "Raya ni Ateh tak ada Na".Ya lah baru-baru lagi,harap-harap pelan-pelan nenek akan beransur-ansur pulih dari kesedihannya.Yang pergi tetap pergi kan.Bulan puasa ini pula saya tak berapa sehat lepas sahur je mesti muntah,kadang-kadang pikir tak payah sahur pun tak apa,tapi mengenangkan sunat untuk bersahur makan jugalah sikit.Saya menghidapi penyakit Hiatus Hernia and Diveticular diseas bila bulan puasa ini memang teruklah sikit.Lagi satu yang buat saya tak selesa ialah saya kerap tersedak kalau tak puasa bolehlah minum,sebab sekarang bulan puasa kena tahan lah sikit.Anggap je lah semua itu ujian dari Allah Subhanawataala untuk hambanya ini.Bila kadang-kadang tersedak itu agak teruk sikit berselawat je lah saya banyak-banyak.(sampai keluar-keluar air matalah)

Apa-apa pun selamat jugalah saya berpuasa setakat ini.Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan puasa saya disepanjang bulan Ramadan yang mubaraq ini.Amin

Kali ini entry with no picture tak de mood lah,buat entry ini pun asyik nak tersedak je.(rasa penat)

Wednesday 11 August 2010

Mak Teh Dalam Kenangan


Pada hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 9 Ogos 2010,Mak teh tersayang telah kembali ke rahmatullah.Berita yang diterima daripada emak pada pagi Isnin itu amatlah meluluhkan hati saya.Tapi bila mengingatkan kesengsaraan yang Mak Teh alami demi menahan kesakitannya melawan Kanser.Kami redha,pergilah Mak Teh dengan tenang.

Neneklah yang amat sedih kami tengok,nampak sangat nenek merasakan kehilangan anak perempuannya yang seorang ini.Dalam banyak-banyak makcik saya,Mak Tehlah yang paling soft spoken sekali dan penyayang orangnya.Seperti apa yang saya ceritakan dulu dengan Mak Teh saya boleh bercerita apa sahaja. Saya betul-betul rapat dengannya.

Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tanpa Mak Teh,tentu rasa lain sekali.Walau apa pun kehidupan mesti diteruskan.Hanya doa sahaja yang dapat dihadiah bila terasa merinduinya.Masih tergiang-ngiang suaranya,masih terpandang-pandang senyumannya.Yang pasti disetiap doa yang ku pohon tentunya ada ruang yang khas untuk Mak Teh.Alfatihah buatnya.

Sunday 8 August 2010

Doa Untuk Mak Teh


Mak Teh dan anak Bongsunya Amirah

Saya sangat sibuk minggu ini,dah dua hari berturut menjengok Ateh yang sakit tenat.Keadaan kesihatannya semakin merosot sampaikan hanya morphin saja yang dapat membantu mengurangkan kesakitan,itu pun dalam keadaan mamai dia masih mengerang kesakitan.Pada hari Sabtu saya melawatnya diHospital Selayang,Mak Teh telah dipindahkan dari Hospital Besar Kuala Lumpur untuk ke hospital Selayang.Sebab menurut doktor dari HKL pakar-pakar yang khusus mengenai kanser yang dihidapi oleh Mak Teh saya ada disana.

Terperanjat saya melihatnya seminggu sahaja saya tak melihatnya,badannya menjadi lebih kurus.Melihatkan keadaanya luluh hati saya,saya cuba untuk menjadi kuat dan tidak menitiskan air mata,tapi saya tewas juga ,saya terpaksa melarikan diri saya disuatu sudut dihospital itu buat seketika untuk mententeram diri saya.

Dia asyik mengerang kesakitan dan minta nak balik,doktor juga setuju untuk membenarkan dia balik.Mungkin dalam masa satu atau dua hari lagi dia akan dibenarkan pulang.Sebelum saya pulang hari itu saya mencium pipi dan dahinya berkali-kali seakan tidak puas untuk melepaskannya,saya juga berbisik ditelinganya supaya sabar dan selalu berzikir didalam hati(dalam suara yang sebak).Dia sedar saya menangis walaupun matanya terpejam dia sempat suruh saya jangan susah hati dan jangan bersedih,dia juga menyatakan terima kasih kerana sentiasa berdoa untuknya.(lagilah saya tak dapat menahan tangis).

Saya menyuruh anak-anak saya bersalam dan cium kepala Nek Tehnya.Mak Teh saya menyebut setiap nama anak saya walaupun matanya terpejam.Dengan hubby saya pun dia mengucapkan terima kasih dan meminta mendoakannya cepat sembuh.

Hari ini pula saya diberitahu oleh emak saya Mek Teh saya telah dibenarkan balik kerumah,nampaknya Doktor lebih cepat membenarkannya pulang bukan lagi sehari dua seperti yang dikatakan sebelum ini.Saya berjanji dengan emak akan pergi kerumah nenek saya di Gombak untuk menziarahnya lagi.Tapi saya pergi disebelah petang sikit sebab perlu menyelesaikan baju-baju sekolah anak-anak dan baju kerja yang perlu digosok.

Bila saya sampai dirumah nenek pada petangnya,ramai kaum keluarga telah berada disitu.Kali ini Mak Teh dah tak bercakap langsung,cuma sekali-sekali mengerang kesakitan,saya rasa kali ini morphin yang diberi lebih kuat dari biasa. Bayangkan dah tak makan 3 hari,glukose pun tak boleh masuk lagi sebab urat-urat dan tak boleh nak masukkan glukose,tangan pun lebam-lebam.Kami sekeluarga(cousin-cousin,makcik and pakcik)mengadakan bacaan yassin untuk Ateh memohon kepada Allah untuk mengurangkan kesengsaraan yang dialami.Saya pulang kerumah dalam pukul 10.15 malam,sekali lagi saya mencium dipipi dan dahinya berkali-kali(berat hati sungguh nak balik)saya berbisik ditelinganya saya terdengar dia menjawabnya dengan suaranya yang amat perlahan.Saya rasa dia mendengar cuma dia tak berdaya nak buka mata.

Ya Allah kau kurangkanlah kesakitan yang dialaminya,berikanlah kepada keluarganya kekuatan dan ketabahan kepada dalam menghadapi dugaan ini.Amiin.

Apa-apa pun saya kagum dengan ketabahan suaminya yang saya panggil Achik menghadapi dugaan ini dengan begitu tenang sekali.Saya tahu Ateh dalam keadaan yang begitu pun dapat merasakan kasih sayang yang dicurahkan oleh suaminya Achik.Dari perbuatannya sahaja sudah tergambar besarnya kasih Achik untuk Ateh.Seperti yang saya pernah kata dulu mereka umpama "Badan Dan Nyawa" :(

Boleh lihat kisah Ateh disini ATEH 1 dan Ateh 2



Wednesday 4 August 2010

Botak Dan Piala President


Anak saya yang sulung Naqiuddin sibuk dengan bola Piala President Putrajaya tahun ini,kadang-kadang kalau ada apa-apa perancangan nak pergi mana-mana on weekends kena pastikan tak bertembung dengan perlawanan bola sepaknya.Tahun ini saya tidak lah menyekat sangat minatnya bermain bola ini.Tapi untuk tahun depan kena sekat sikit(sekat banyak kot) minatnya ini,kerana tahun depan merupakan tahun peperiksaan SPM untuknya.

Dia ini memang minat main bola sejak kecil lagi.Bukan bola sahaja kalau boleh semua dia nak masuk drama lah,nasyidlah,musabaqah pun kalau boleh dia nak masuk,sebiji macam perangai abahnya kecik-kecik dulu kot(kalau tengok gambar abah dia di album lama masa kecik-kecik dulu macam tu lah).Naqiuddin ni kalau pasal bola boleh aje dia bangun pagi-pagi sendiri,kalau tidak dua tiga kali kita kejutkan dia pun belum tentu dia akan bangun.Lepas tu kalau nak minta kebenaran main bola,suruhlah buat apa sahaja kerja cepat je dia buat,kalau tidak dia buat juga kalau disuruh tapi ambil masa sikit lah kalau nak siapnya hmmm.

Baru-baru ini dia cakap kalau dia menang Piala President ini,dia nak botakkan kepala,tapi bukan botak licin lah,pendek dari biasa aje.Since dia sudahnya dapat masuk final and akan lawan dengan team A dari pasukannya sendiri juga saya kata kena botak jugalah.Sebab Sekolah dia tetap jadi Juara Piala President ini nanti.Cuma team A atau B je yang membezakannya.Dia menerima pakai pandangan saya ini,maka dia telah membotakkan kepalanya pada hari Ahad malam Isnin yang lepas.Nak tengok rupanya macamana.....Jeng-Jeng-Jeng



Ok je Apa, tara pa pa pun

Saya memang selalu suruh dia botakkan rambutnya masa cuti sekolah untuk betulkan bentuk rambut dia yang saya rasa kadang-kadang dah macam ala-ala hero filem Tamil je. Tapi dia tak hendak.Akhirnya pasal bola, kepalanya boleh jadi botak juga,walaupun bukannya botak licin tapi kira botaklah juga tu kan.Kami selalu usik dia Pertandingan Bola yang dia masuk tu Piala President Mana(Piala President MIC ke)ngeh-ngeh-ngeh.

Finalnya nanti hari Sabtu ini mak insyaallah akan pergi tengok ya abang,mak akan ajak Cik Chu sekali.Sesiapa nak ikut sekali jomlah Perlawanan ini akan diadakan Di Pancarona Presint 18,Putrajaya.Sila bawa alat-alat tiupan untuk memeriahkan suasana kalau tak ada alat tiupan Vuvuzela macam kat Afrika Selatan World cup hari itu,alat tiupan bunyi pret-preet macam yang selalu ada masa birthday party tu pun boleh aja.Jom Kita pergi perlawanan bolasepak Piala President ya.JOOOOOM

Tuesday 3 August 2010

Sukan dan Shopping.....PENATnya


Acara Perasmian


Big boss Naza Dato S.M Faizal and Family


Kumpulan merah (kumpulan Encik Yazid my hubby)


Juara Karom(tiba-tiba siNaufal menyelit disitu)

Inilah Acara yang my hubby masuk memang sangat mencabar kan wa ka ka




Supporter Encik Hubby


Naufal yang agak over sikit dalam gambar ini.

Weekends yang lepas memanglah sangat memenatkan hari Sabtu seawal 7.15 pagi kami sekeluarga dah keluar dari rumah untuk pergi ke ILSAS kerana ada sukan tahunan office hubby.Nasib baik ada disediakan sarapan pagi yang meyelerakan disitu iaitu nasi lemak,mee hoon goreng dan 2 jenis kuih. Majlis perbarisan pasukan-pasukan yang menyertai agak meriah and colourful.Ini merupakan pertama kali sukan seperti ini diadakan semenjak Dato S.M Faizal menerajui syarikat Naza ini.Saya percaya acara ini akan berkekalan dimasa-masa kan datang.


Semua kakitangan yang menyertai sukan dapat baju t.shirt,topi,track suit and kasut sukan.Pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan biru,kumpulan kuning,hijau dan merah. My hubby adalah didalam kumpulan merah.Hubby masuk sukan apa? Sukan yang paling mencabar dan memerlukan banyak tenaga.Tapi pasukanya menang tempat pertama dalam acara ini.Semua acara Sukan itu selesai kesuluruhannya dalam pukul 2.00 petang and sebelum balik kami ambil KFC yang diberikan sebagai makan tengahari.

Percaya tak selepas itu kami berhenti makan di medan selera dekat Uniten,makan KFC yang dapat tadi cuma disitu kami tambah beli air sahaja. Bila dah kenyang kami singgah kat Masjid di UNITEN untuk hubby bersihkan badan and sembahyang Zohor.Selepas solat kami meneruskan perjalanan ke Midvalley pula untuk shopping baju raya 2 anak bujang dan satu little boy.Memang saya dah berniat tahun ini saya hendak shopping baju anak-anak di Metro Jaya(huish berniat ke,sebab apa saya taip ayat begitu)Almaklumlah anak-anak saya semuanya lelaki kan.Tahu tak betapa jemunya saya memilih baju anak-anak,tahu jelah baju budak lelaki balik-balik belang-belang,jalur-jalur,petak-petak and plain.Kalau dah untuk 3 orang tak pening kepala.

Masa nak pilih baju mereka mesti ada satu perasaan dalam hati,macam dah pernah ada je and tahun-tahun lepas macam pernah beli je.Nak buat macam mana macam tulah setiap tahun.Tapi kira OK lah juga dalam masa 2 jam setengah dapat beli baju my little boys Naufal sebanyak 5 pasang,untuk yang nombor dua Nabil pula 5 helai T.shirt and sehelai jeans.Nabil selama ini tak suka pakai jeans ,dia suka pakai slack walaupun masa kecil-kecil dia boleh je pakai jeans.Dah bujang ini,baru tahun ini lah dia nak pakai Jeans semula.So for the retun back ini beli sehelai dulu lah,yang lain beli slack sahaja.Sisulung Naqiuddin is the most cerewet one,untuk dia hanya dapat beli satu kemeja and 2 helai jeans,T.shirt nak pergi beli dengan kawan-kawan nanti(ye lah dah taste orang bujangkan mana sesuai maknya yang pilih).Nabil senang sangat dia ikut sahaja apa yang saya pilih.Naufal pun ok juga cuma masa kita pilih baju matanya kat tempat toys.Dia minta baju yang ada gambar karektor Toys Story tapi tak ada pula.Kalau ada pun brand Adidas yang ada gambar karektor Toys Story tapi harganya pula mak aaii mahal woooi bukan perlu fikir 2 kali tapi kalau nak beli kena fikir berkali-kali pun belum tentu akan beli he he.Dah Shopping perut pun lapar semula maka kami sekeluarga pun makan pula di Noodle's Station.

Kami tak terus pulang ke Putrajaya selepas itu,tetapi terus menuju ke Gombak Setia untuk tengok Nenek dan Emak saya yang berada disitu.Lepak dirumah nenek sampai pukul 11.00 malam barulah pulang ke Putrajaya.Sebelum itu sempat singgah beli Durian lagi di Danau Kota berhadapan dengan kawasan jualan Uptown.Kami sampai dirumah pukul 11.45malam,dalam penat-penat tu sempat juga makan durian dulu.

Kesimpulannya memang penat yang amat sangat,badan penat,perut penat(asyik makan je),mulut penat(asyik bercakap je)yang paling parah poket hubby pun penat(duit keluar macam air)masa beli baju anak-anak he he.

Di Noodles Stations

Nabil menyakat Naufal


Naufal menikmati Banana Split