Thursday 22 November 2012

Cik Chu's Wedding (Ex Girlfriend Naufal)

Ini gambar Pelamin

Gambar sebelum Majlis Pernikahan


Pengiring Pengantin Naufal Dan Sepupunya Atikah

Gambar Pasangan Pengantin

Ini kad yang diberi Naufal untuk Cik Chu nya

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 10/11/2012 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan sepupu yang paling rapat dengan saya.Malah dia sangat rapat dengan anak saya yang bongsu Naufal hinggakan dalam status facebook Naufal diletakkan status in relationship denga Su Hashim,anak saya rapat dengan cousin saya ini sebab dia pernah tinggal dirumah saya selama 2 tahun,sebab rumah saya di Putrajaya ini berhampiran dengan tempat kerjanya .

Bila dia dah duduk sendiri dia masih akan tidur dirumah saya bila En.Hubby saya outstation untuk menemankan saya.Majlis perkahwinan berlangsung dengan dengan meriahnya.Orang yang paling gembira tentu sahaja Mak Lang Dan Pak Lang,kerana sampai juga giliran anaknya mendirikan rumahtangga,selama ini asyik tengok anak saudara yang lain je berumahtangga.

Anak saya Muhammad Naufal telah diminta untuk menjadi pengiring pengantin,seronok sangat dia sampai minta nak pakai Tanjak juga macam pengantin lelaki,memang selalu seronok terlebih anak saya tu,tapi akhirnya dapat dia juga pakai Tanjak apabila selesai majlis bersanding,si pengantin lelaki telah pinjamkan sekejap Tanjak.Nak lihat macamana rupa Naufal pakai tanjak tengoklah gambar kat bawah ini he he


Akhirnya kepada Cousin saya Suhana dan suaminya Zainor Selamat Pengantin Baru semoga Bahagia Hingga ke Hujung Nyawa.

Wednesday 14 November 2012

"Kolam"


Deepavali telah pun berlalu semalam,masa saya kecil-kecil dahulu dalam darjah 4 hingga 6,dan masa Tingkatan 1 hingga 5,pada hari perayaan Deepavali saya pun akan sibuk juga,almaklumlah ramai kawan dikalangan bangsa India,memang meriah lah kami ini pelbagai bangsa beraya.Dari pagi sampai lah membawa kepetang jugalah kami pergi beraya.Kawan baik saya dari darjah satu hingga tingkatan 5 pula beragama Sikh namanya Rajinder Kaur,maka rumah dia adalah satu kemestian di setiap Perayaan Deepavali.Hmmmm kalau ingatkan cerita lama memang seronok.

Tapi hari ini saya nak cerita pula pasal "KOLAM",sebelum-sebelum ini saya pernah tengok "KOLAM"  ini dipamerkan dilantai-lantai pusat membeli-belah pada sambutan perayaan Deepavali,tapi saya  buat endah tak endah sahaja,tapi kebetulan pada tahun ini saya terserempak dengan orang yang sedang membuat "KOLAM" ini,memang terpegun saya melihatnya.Saya dan Encik Hubby sanggup tunggu orang yang membuat KOLAM itu dari mula hinggalah selesai.Memang halus buatannya.Sempatlah juga bertanya pada adik ipar lelaki itu dimanakah dia belajar cara membuat "Kolam " ini,adik iparnya memaklumkan tiada siapa yang mengajarnya dan dia dah mula membuat "KOLAM" dari umurnya 15 tahun,sekarang umurnya sudahpun 33 tahun.Didalam keluarga pemuda itu pun hanya dia seorang sahaja yang pandai membuat "KOLAM" .Bila saya tanya dia ada kerja lain tak selain dari membuat "KOLAM",adik iparnya berkata kerjanya pemuda itu hanya lah membuat "KOLAM" sahaja, dan pendapatan dari membuat "KOLAM" di Perayaan Deepavali boleh menampung kehidupannya untuk satu tahun,bayangkan lah upah yang pemuda itu dapat untuk membuat satu "KOLAM" ini.Mesti upahnya lumayankan.

Sayang saya tak bawa kamera masa itu,kalau tidak mesti saya akan rakamkan proses pemuda itu membuat "KOLAM".Memandangkan pemuda itu tidak pernah belajar dari mana-mana guru pun,tapi hasiltangannya yang halus dalam membuat "KOLAM",betul lah kata abang ipar Pemuda itu,kemahirannya yang dia dapat itu adalah anugerah dari Tuhan.

Yang Pasti selepas ini jika saya ternampak "KOLAM" dimana-mana pada musim Perayaan Deepavali,saya dan Encik Hubby akan lebih menghayatikan keindahan sesuatu "KOLAM" sebab kami dah tengok cara "KOLAM " ini dibuat.Tak ada lah seperti sebelum ini,kami melihatnya sambil lewa sahaja.




Wednesday 24 October 2012

Happy Birthday Naufal


Ini Gambar Naufal dari kecil sehingga sekarang

Hari ini hari Ulangtahun Kelahiran anak bongsu saya Muhammad Naufal Bin Mohd Yazid yang ke 8 tahun,saya selalu panggil dia "My Teddy bear".Dalam kesemua anak saya Naufal merupakan anak yang peramah dan tak takut orang.Kadang-kadang takut juga saya bila dia berinteraksi dengan yang orang yang lebih tua,almaklumlah budak-budak kan takut tarsalah tutur kata.Tapi so far dia memang pandai mengambil hati orang-orang tua terutama sekali Nyang,Tok Lang dan Tok Long. Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 8 sayang.Semoga menjadi anak yang cerdik,cemerlang dan soleh.Emak dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk adik.Muhammad Naufal akan sentiasa menjadi "My Teddy Bear".

Alaaaa Macam Kena Gigit Semut Je!

Saya dah simpan video ni dah nak dekat setahun dah,asyik duduk dalam draft je.Video ini sangat tinggi nilai Sentimentalnya,ia akan menjadi kenangan yang sangat berharga untuk anak saya yang bongsu Naufal.Saya selalu panggil dia My Teddy Bear.Kawan-kawan saya cakap dia terlalu kecil masa itu untuk disunatkan.tapi sebenarnya masa dia baru lahir lagi doktor dah tanya nak sunatkan sekali tak.Memandangkan abang-abangnya sendiri belum sunat ketika itu,rasanya tak molek lah kalau adiknya bersunat dulu.

Ini pun dia yang minta sendiri untuk disunatkan sebab dia tengok cerita Upin dan Upin dah bersunat dan tidak sakit,dia rasa berani untuk bersunat,so untuk mengetahui keadaan sebenarnya dia pada hari tersebut,layan je lah video ini.Kedua-dua video ini rasanya cukup untuk menceritakan keadaannya sebenarnya :)

Happy Sungguh Masa Nak Pergi Klinik









Dia kata sebelum itu "macam kena gigit semut je mak",tapi selepas itu,rasanya macam kena gigit nyamuk kot,sebab siapa yang tanya sakit ke tak.Tangan Naufal pantas je nak melepuk orang yang bertanya tu macam kena gigit nyamuk ha ha ha.

Wednesday 17 October 2012

Nama Yang Bermusim


Semalam anak saya yang bongsu dengan happynya bagitahu saya,disekolahnya ada salah seorang peserta Imam Muda musim ketiga ada datang kesekolahnya dan memberi ceramah. Saya pun bertanya Imam Muda yang mana satu,beliau menjawab sambil tersenyum "Imam Muda Naufal".

Ini dialog saya seterus dengan anak saya.

Mak jana: Wah Imam Muda Naufal ke,Handsome kan dia adik?

Naufal : Ah aah Handsome sambil tersengih.

Mak Jana: Adik tak cakap ke kat Imam Muda Naufal tu,nama adik pun Naufal juga.

Naufal :Hmm Tak payah,Imam tu yang tanya siapa kat sini namanya Naufal macam nama saya.

Mak Jana: So ramai ke adik?

Naufal : (sambil buat mata)Ramaiiii  sangat,adik rasa macam semualah  nama budak lelaki kat sekolah adik namanya  Naufal juga.

Mak Jana :Ha ha ye ke,tak apa lah yang penting adik bukan sahaja nama sama tapi handsome pun macam Imam Muda Naufal juga.(statement tak boleh belah mak si Naufal tu,sila muntah ha ha)


Saya rasa lah ramai yang nama sama macam anak saya itu,kebanyakkannya umur lebih kurang sama juga dengan anak saya,sebab nama ini kan ada musimnya.Masa saya melahirkan anak saya Naufal,memang masa itu musim orang menamakan anak lelaki mereka Naufal.He he macam sekarang lah ramai juga yang anak lelaki diletakkan namanya Aaron,perempuan pula ramai yang suka ada Sofea dipermulaan atau hujung namanya. Jangan terperanjat pula lepas ini ada juga yang letak nama anak lelaki Adam Mukhriz yang perempuannya Ain Hawani gara-gara minat sangat Drama Adam Dan Hawa. Tak Mustahil tu kan?,mesti ada tengoklah nanti ngeh ngeh.


Inilah Imam Kenit Saya Yang Handsome tu "Imam Kenit Naufal"

Wednesday 3 October 2012

Jana Jiwa Kacau



Sedih sangat saya, tak tau lah apa yang ditekan  entry dari bulan Mei hingga September saya dah hilang ,saya tak suka lah  style yang baru ini belum mahir lagi,tekan tah apa tah terus hilang,macam mana nak pergi balik macam style yang dulu ahhhh.Sedihnya,dah lah tahun ini  kemalasan yang tahap gaban  saya ini untuk mengupdate blog.Bayangkan untuk tahun ini entry saya sampai bulan September ada 13 sahaja,lepas tu tangan saya yang gebu's  ini dah lah tak paham sangat style yang baru ini dok suka-suka hati je delete ,konon-konon delete draft yang tersimpan dah lama sangat,rupa-rupanya terdelete sekali  entry yang dah published . Meraung dibuatnya.Apa nak buat redho je laaaaah.Bak kata Adam dalam cerita Adam Dan Hawa,perasaan saya tersangatlah JIWA KACAU.


Entry yang tinggal kenangan

Punca-Punca Bedak Talkum Cepat Habis Dirumah
Nadiya Nisa Seiras Angelina Jolie
Pandora lagi
Syawal 2012

Friday 27 April 2012

Saya Rasa Saya Sebenarnya Stressed


Ini baru satu hari cuti yang saya ambil,timbunan fail dan dokumen dah macam ini :(

Saya sangat sibuk sekarang kerja sangat banyak dioffice,lepas tu sejak akhir-akhir ini saya selalu tak sehat,maka lagi stressed lah jadinya.Ini jugalah menjadikan saya sangat susah nak update blog saya ini,masa sangat terbatas.Saya juga diserang batuk sekarang ini,batuk yang agak teruk jugalah,2 hari yang lepas akibat batuk yang teruk menyerang saya pada waktu malamnya, maka saya susah tidur,bila dah tak cukup tidur kepala pun mula lah pening keesokkan harinya.Pening yang amat-amat menyebabkan saya terpaksa mengambil Emergency Leaves keesokan harinya,malas nak pergi klinik ambil M.C sebab ubat dah ada.

En.Hubby pesan kepada saya sebelum dia pergi kerja, makan ubat lepas tu tidur dan berehat,yang tak bestnya saya memang makan ubat seperti yang disuruh tapi mata saya tak boleh nak tidur,dah cuba tapi tak boleh langsung ,bila saya tutup mata automatic mata saya ternampak fail berwarna biru dan putih.Seriously tau,sampai saya cakap pada diri sendiri "aku ni sebenarnya dah mabuk fail ke apa ni"ha ha,tak pernah sepanjang saya bekerja selama 17 tahun bekerja ditempat sekarang saya berkeadaan seperti ini.

Saya rasa saya sebenarnya stressed dengan bebanan kerja yang banyak, badan pula tak sehat,itu yang menyebabkan saya menjadi begini.Nasib baik bos-bos diatas saya dan anak buah dibawah saya faham dengan keadaan ini,mereka banyak membantu saya walaupun mereka juga banyak kerja.Terima kasih diatas segala kerjasama.

Oh Yes Isnin ini (30/4/2012) saya bercuti sebab nak pergi Pesta Buku Antarabangsa,acara tahunan yang memang saya tunggu-tunggu,En.hubby pun cuti juga nak layan bawa saya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa,anak bujang yang besar 2 orang tu pula telah bersetuju dan bersedia nak memikul buku-buku hasil belian saya nanti.Isya Allah hilanglah stressed saya nanti bila berebut-rebut beli buku nanti.Tak sabar rasanya.So jumpa lagi nanti,kalau saya berkesempatan saya akan uploadkan gambar saya di PBAKL nanti.


Tuesday 27 March 2012

Cuti,Tak Cuti Dan Cuti ABC



(Naufal baru dapat rekod ini pada 23/3/2012,sebelum cuti sekolah di demam,mc sampai seminggu tu yang banyak kosong dalam catatan awal bulan)

Kebelakangan ini saya sangat sibuk,En.hubby pun selalu kena outstation,boleh dikatakan cuti sekolah hari tu tak pergi mana-mana pun,anak nombor 2 pun complaint cuti sekolah tak jalan-jalan ke,Mak mertua pun telefon En.hubby cuti sekolah pun tak nampak batang hidung.Hisssh nak buat macamana En.hubby punya cuti dibekukan so redha je lah,tapi dengarnya boss dia sendiri ambil cuti sepanjang cuti sekolah,so apa kes dah namanya pun boss kan suka hati dia le.

Rumah nenek pun dah lama tak pergi,akhirnya hanya sempat pergi rumah nenek je masa cuti sekolah,itu pun ayat pertama yang keluar dari mulut nenek dan maknjang saya(dia duduk sebelah rumah nenek) masa saya sampai kat rumah nenek ialah "Jana kau dah lama tak datang sini",jawapan dari saya ialah he he (tersengih je lah).Nak jawab busy kang,dah tahu dah ayat yang keluar apa je yang korang busy tu.hmmmm

Habis dah cerita cuti sekolah,ni cerita pasal dah buka sekolah pulak, hari Jumaat lepas balik je dari sekolah Naufal bawa balik sekeping kad di atasnya ada tercatat Rekod Catatan Pelaksanaaan Solat Fardhu,tujuannya supaya ibubapa memantau solat fardhu anak-anak dirumah,bagus program ini. Budak-budak ini kadang -kadang kena cakap banyak kali masa nak suruh solat ,tapi bila dah ada rekod catatan ini senang sikit,sebab mereka takut nanti cikgu and ustaz nak tengok .Setiap kali lepas solat ibubapa tanda di rekod catatan tu.

Naufal time nak sembahyang subuh ok je,cuma waktu Isyak lah kalau hari sekolah dia cepat mengantuk (kepenatan).Jadi kami kena pastikan dia tak tertidur sementara nak tunggu sembahyang Isyak.And Naufal ni sebenarnya cengkelat juga,sebab dia suka kalau abang Udin dia yang jadi Imam sebab katanya abang Udin kalau jadi Imam cepat,kalau ayah lama sangat,ayah baca panjang-panjang he he.Anak saya yang nombor 2,Nabil pula kata di Asramanya dia juga ada rekod catatan macam adiknya ini tapi bukan catatan solat fardhu,tapi catatan mengaji,satu hari berapa surah yang boleh baca,bagus juga tu kan.Dia target nak khatam cepat,Alhamdullilah.

P/S.(kebetulan pula minggu lepas saya ABC(Allah Bagi Cuti) solat,bila tengok saya tak solat,Naufal pun tanya kenapa emak tak solat,saya jawab mak cuti,lepas tu dah hari kedua dia tanya lagi,emak ni cuti lagi ke Solat,saya jawab "Ya Naufal",dia cakap hissh apa ni mak cuti solat lama-lama,jawapan selamat emak dia ialah nanti tanya Ustaz dan Ustazah kenapa orang perempuan ada cuti Solat. :)


Ni aktiviti lepas Solat "Hantu Kom Kom"

Wednesday 29 February 2012

Gelagat Naufal







Anak saya yang bongsu Naufal suka lagu "Someone like You"by Adele. Suka miming lagu ini,saya layan dan rakam dia miming lagu ini,sampai menguap-menguap miming, He he apa apa pun saya seronok melayannya.

Friday 10 February 2012

KETAM DAN BULAN


Dua hari yang lepas saya dan suami pergi makan malam dikedai mamak yang berdekatan dengan rumah kami, waktu baliknya kami ternampak bulan penuh diawan,terus saya cakap dengan encik hubby,wah bulan penuh kalau beli ketam best ni,tak tahulah betul ke tidak ada petua yang mengatakan kalau nak beli ketam belilah masa bulan penuh sebab nanti isinya padat.Saya pun mak saya yang ajar macam tu,jadi saya pun ikutlah cakapnya.So apalagi bolehlah belum ketam untuk buat masak lemak cili api.Kalau makan kat kedai ketam masak lemak kita ambil seekor dia charge RM5,masa tu terasa ishh mahalnya,tapi sebenarnya sama je,ada sekali tu saya beli ketam di Pasar 6 ekor harganya RM30,so tak ada mahal sangatlah kalau beli yang dimasak serupa je.Sekarang ini kalau hendak masak-masak kena tunggu anak semua ada di rumah,kalau tidak asyik teringat je yang duduk kat Sekolah Menegah Teknik tu,yang sulung pulak kerja sambil menunggu result SPM,dia kerja dari puluk 6 petang sampai 2 pagi,lagilah susah nak jumpa kita pergi kerja dia baru nak start tidur,kita balik kerja dia pulak dah pergi kerja,so maknanya tunggu bulan penuh lagi sekalilah baru boleh tercapai hasrat nak beli ketam dan masak untuk dimakan anak-beranak ha ha(apa yang aku merapu ini).



Wednesday 1 February 2012

Pantasnya Masa Berlalu


umpama Badan dan Nyawa ini

Rasanya baru sibuk-sibuk sambut tahun baru,tiba-tiba dah masuk bulan Februari,macam -macam berlaku di bulan Januari sampai tak ada masa langsung nak update blog,banyak gambar save dalam draft,tapi bila nak update blog rasa macam dah tak best dan macam dah basi nak diceritakan ha ha ha.

Lamanya dah tak update blog,sebabnya sibuk sangat-sangat,dulu-dulu boleh juga curi masa lunch ke,atau masa tengah tunggu husband datang ambil kat office untuk update blog,tapi sekarang ni tak boleh langsung,sangat sibuk. Dulu-dulu masa saya belum menjadi C.C (Chief Clerk ) di pejabat saya ,saya selalu tengok c.c ditempat saya ini selalu sibuk,saya selalu terfikir apa yang dia sibuk sangat,now bila saya dah ganti tempat dia baru tahu,memang banyak kerja (maaf CC Misiah kalau sebelum ini saya selalu salah anggap dan pandang sebelah mata je kerja-kerja dia)saya tahu dia tak baca pun blog saya,tapi saya dah cakap dengan dengannya personally,betapa salahnya tanggapan saya terhadapnya selama ini.

Lagi satu perubahan berlaku dalam hidup saya ialah anak saya yang nombor dua Nabil masuk ke Sekolah Menengah Teknik Kajang,selama ini kami tak pernah berpisah so memang rasa lain sangat bila dia tak ada,yang lebih merasakan kehilangannya ialah anak bongsu saya Naufal,makan semua ingat abangnya yang satu itu.tapi untuk kebaikkan Nabil kami sokong dia,dan berdoa yang terbaik untuknya,Nabil kan seperti yang saya kata sebelum ini dia seorang anak yang patuh,kalau kat rumah tu kalau kita panggil anak yang lain pun dia yang akan datang buat apa yang kita suruh,so bila dia tak duduk dengan kita memanglah terasa sangat kehilangan dan kekosogan dihati.Rutin kami sekarang ialah every weekend pergi tengok dia kat asrama.Nasib baiklah dekat je kat Kajang, kalau jauh tak tahu lah macamana.

Macam pagi tadi kami pergi sarapan pagi di Umai Cafe teringat dia,sebab biasanya dia ada,sampai Naufal cakap mak kita bungkus makanan hantar kat abang Abil.Nabil ni suka ikut kami kemana-mana,boleh dikatakan tak pernah kata taknak lah kalau diajak keluar,anak kami yang sulung pula tak suka,lebih suka pergi mana-mana dengan kawan-kawan.En.hubby pun cakap biasanya kalau pergi mana-mana,singgah masjid sembahyang dia ada kat sebelah,sekarang ni terasa lain lepas sembahyang bila toleh sebelah dia tak ada.Saya cakap dengan En.hubby saya,nasib baik ada Naufal kalau tidak sunyi lah kita,ialah Nabil dah duduk asrama,yang sulung lepas result SPM keluar nanti tak tahulah macamana,sambung belajar kat mana-mana ke,ada sikecik Naufal ini sangat-sangat bermakna untuk kami,buat lawan berborak dan bergaduh ha ha ha.Itu semuanya bayangan keadaan untuk masa akan datang kami bila semuanya dah besar dan bekerluarga sendiri.Almaklumlah semua lelaki kan anak saya,so saya saya dan En.hubby kena ready dan redha lah,contohya mak mertua saya anaknya 5 lelaki seorang perempuan,kalau nak jumpa semua sekali memang susah,kalau tak raya atau kenduri takdalah nak jumpa serentak,nenek saya pula ramai anak perempuan semua suka berlonggok kat rumah nenek,termasuk cucu-cucunya sangat meriah dan kecoh pula,mak saya pula anak dua orang je,saya dan abang saya so lagilah,anak kami pun tak ramai abang saya dua perempuan saya pula 3 lelaki,jadi macam tu jelah kalau saya tak pergi rumah abang,abang yang datang kerumah saya begitulah nampaknya untuk selamanya.