Ini gambar google.com semalam sempena tahun baru
Selamat tahun Baru 2010,ha ha terlambat satu hari nak wish.Semalam sibuk,tapi tak tau sibuk pasal apa.Oh ya tahun baru ini dimulakan dengan perubahan penampilan blog saya.Header baru yang saya tempah di
Emila . Header ini ialah hadiah dari hubby sempena our aniversaries hari tu.So macamana ok tak,colour latarbelakangnya pun adalah pilihan hubby.I tempah header ini lepas tu tak reti nak masukkan percaya tak,nasib baik Emila sudi untuk masukkan untuk saya.
Actually banyak benda nak tulis and banyak gambar nak masukkan tapi gambar sangat lambat bila nak masukkan dalam blog tak sabar nak tunggu.Nantilah petang karang kalau ada masa banyak I akan masukkan.Hari ini banyak planning dari anak-anak nak pergi jalan-jalan.Tapi tak decide lagi nak pergi mana.Now dah pukul 9.30 tapi yang sulung tak bangun lagi.Lepas sembahyang subuh dia tidur balik.Semenjak dari semalam or setiap kali cuti waktu sarapan pagi I dengan hubby akan sarapan dulu berdua,maklumlah anak-anak bujang bangun lambat.Sikecik tu pun dah pandai bangun lambat.Nampaknya macam nilah kalau anak semua lelaki memang lambat bangun tidur.Kami tak kisah janji bangun sembahyang subuh lepas tu nak tidur balik tidurlah,dengan syarat mesti bangun sebelum pukul sepuluh kalau lebih dari tu dah masuk tengahari namanya.
Tidur sampai nak masuk tengahari tak murah rezeki kata orang tua-tua(cakap berlapik la tu).Sebenarnya tidur sampai masuk tengahari bila nak mula cari rezeki,malaslah sebenarnya tu.Anak-anak saya ni bangun lambat sebabnya malam tadi tidur lambat layan TV and internet.Ok lah sekarang dah pukul 9.54 nak pergi kejutkan sisulung tu.Udiiiiin!!!! banguuun he he(perlahankan sikit suara nanti orang ingat mak Flintones).:-)
Inilah family Flinstone(arwah abah dulu marah kalau dengar orang marah anak suara jerit-jerit dia kata macam Flinstones)
No comments:
Post a Comment