Friday 29 May 2009

Tag Dari Najid Family


  • Where is your cell phone?

  • Relationship?

  • Your hair?

  • Work?

  • Your sister?

  • Your favorite thing?

  • Your dream last night?

  • Your favorite drink?

  • Your dream car?

  • The room you’re in?

  • Your shoes?

  • Your fears?

  • What do you want to be in 10 years?

  • Who did you hang out with this weekend?

  • What are you not good at?

  • Muffin?

  • One of your wish list items?

  • Where you grew up?

  • Last thing you did?

  • What are you wearing?

  • What aren’t you wearing?

  • Your pet?

  • Your computer?

  • Your life?

  • Your mood?

  • Missing?

  • What are you thinking about right now?

  • Your car?

  • Your kitchen

  • Your summer?

  • Your favorite color?

  • Last time you laughed?

  • Last time you cried?

  • School?

  • Love?

  • So who wants to share their ONEs??

  • Ditujukan khas untuk ochu,wani,noi,aida,zila,lemongrass and siap-siapa yang sudi (Sila jawab jujur dan ikhlas,tiada yang tak benar,melainkan benar belaka.:-) )(Puan superwomanwannabe kalau singgah sudi-sudikan juga ya jawab tag ni)


Thursday 28 May 2009

IKON OASIS KE?

Cerita yang tengah hot dimana-mana media cerita tentang Encik Akhil Hay(tak kuasa nak panggil ustaz, Isterinya dan Waheeda). Apa dah jadi dengan dunia ni. Jadi Ikon untuk rancangan yang berunsurkan ugama di Astro Oasis tapi nampaknya nasihat-nasihat yang diberi tak dipratikkan pada diri sendiri . Mula-mula dia keluar dirancangan di Oasis tu saya dah tak berapa berkenan sebab dia suka guna gantinama dirinya "ANA" macam orang arab tu(lagi satu dia mengaku sendiri dia buat rebonding rambutnya tu). Apasalahnya guna perkataan saya macam ustaz-ustaz yang lain. Baru belajar ugama lebih sikit dan dapat peluang berdakwah dah lupa diri. Anak isteri anak diabaikan,terkena kejutan glamour lah tu. Dulu masa jadi penyanyi rock orang tak berapa nak perasan,bila dah berubah orang dah mula perasan dan fofular sikit mulalah teralpa sikit. Jangan Astro tarik balik dia jadi Ikon Oasis sudah lah sebab dah hilang kepercayaan daripada penonton-penonton Oasis. Barulah nanti nak tersedar diri bila dah hilang salah satu punca pendapatan,anak isteri lagi tu belum tentu lagi waheeda wasini nak dia balik. Itulah kita kena bersederhana dalam serba-serbi jangan berlebih-lebih walaupun tinggi dilangit sekali-sekala kena pandang ke bawah. Oops terlebih sudah. Saya memang boleh guna gantinama "ANA'" sebab nama saya suzana he he.

Saturday 23 May 2009

Buah Hati Saya

Saya selalu keluarkan gambar yang bongsu saja dekat blog ini,hari ini saya masukkan gambar ketiga-tiga sekali yang sulung Muhammad Naqiuddin,Nombor dua Muhammad Nabil dan yang bongsu Muhammad Naufal. Merekalah harapan saya diharap bila dewasa nanti menjadi manusia yang berguna didunia dan akhirat. Ketiga-tiga ini akan sepet matanya bila tersenyum mereka mewarisinya dari mata Encik Yazid abah mereka yang sepet. Di mana pula persamaan mereka dengan emaknya ya, cuba tengok betul-betul .Jawapannya disenyuman manis merekalah he he he, jangan marah ye. Nantilah suatu hari nanti saya akan ceritakan perangai mereka setiap seorang,mungkin dimasa hari jadi mereka nanti so tunggu jelah bila masanya tiba ye.










Kliwon

Semua mesti tertanya-tanya adegan apakah diatas ini kan, inilah adegan yang hanya akan berlaku disetiap malam Jumaat dirumah saya. Sebenarnya beginilah keadaannya sewaktu menonton cerita Kliwon dirumah saya. Cerita seramlah katakan,kadang-kadang saya bising juga dengan anak-anak kalau dah takut tu tak payahlah tengok. Nampak tak sepupu saya yang duduk belakang itu dia pun sama tutup muka. Lepas tengok cerita ini bila suruh anak-anak ambil barang didapur atau dalam bilik mulalah berlari-lari kelam-kabut sebab takut. Pada saya mula-mula cerita Kliwon ini memanglah menakutkan kadang-kadang saya pun join sekali tutup muka,tapi sekarang ini saya rasa dah tak seram dah kadang-kadang kelakar adalah.Sekadar untuk hiburan bolehlah,anak saya yang kecil tu kalau lepas mandi suka pakai bedak macam tepung komak lepas itu dia cakap dirinya hantu kliwon :-).

Thursday 21 May 2009

HAPPY BIRTHDAY BOSS

Semalam harijadi boss saya, kami di office telah beli sebiji kek untuk buat surprise kepada boss.Boss saya ini muda lagi orangnya tapi dia sungguh berwibawa orangnya. Ialah bukan senang ya nak memimpin anak-anak buah yang kebanyakkannya jauh lebih berusia darinya. So kena banyak -banyak bersabarlah. Happy birthday boss semoga panjang umur dan murah rezeki. Dalam gambar ini agak-agaknya mana satu gambar boss saya ye.Jawapannya orang yang paling kecil sekali dalam gambar ini saya pula yang paling besar dalam gambar ini ha ha ha.

Tinkerbell

Ini hasilnya baru belajar macamana nak masuk video dalam blog. Lagu ini lagu kesukaan anak saya. Lagu soundtrack dari cerita Tinkerbell. So apalagi layanlah lagu ini ya.

Tuesday 19 May 2009

Anak Ayah

Ini gambar anak saya yang bongsu naufal dengan hubby, gambar ini diambil malam tadi oleh cik chu. Gambar ini diambil untuk diberi pada cikgu tadikanya. Cikgunya minta gambar naufal dangan ayahnya. Naufal memang betul-betul anak ayahnya sebab dari tiga orang anak kami dia seorang yang panggil suami saya 'ayah', lagi dua lagi panggil suami saya abah. Dia juga yang tak boleh hilang ayah dia dari pandangan matanya. Kalau ayah dia balik lambat dari kerja atau pergi mana-mana alamat jenuhlah nak jawab pertanyaan dari naufal ayahnya pergi mana.Dalam ramai anak-anak saya Naufal ini kulitnya cerah sikit.Bila orang cakap Naufal ni cerah ya(putih) Jawapan suami saya ikut macam kulit dia masa kecik-kecik? ha.ha ade ke, apa-apa sajelah ya Encik Yazid.



Sunday 17 May 2009

Selamat Hari Guru


Ini adalah hadiah hari guru yang saya sediakan untuk Naufal bawa kesekolah esok. Bukan apa-apa pun sekadar tanda ingatan kepada guru-guru Naufal kerana mengajar Naufal dengan sabar.Bila tanya Naufal siapa nama guru-gurunya, alamatnya nama-nama shortform je keluar awin,min,ida dan ita. So maknya terpaksalah call sekolah tanya nama guru-gurunya yang sebenar, rupanya semua ada 6 orang semuanya iaitu norazwin,soleha,rushdah,siti aminah,zarina dan rosnita . Masalahnya sekarang dia cakap adik tak ada cikgu nama zarina lah emak. Tapi itu nama yang diberi oleh pengetuanya. Lantaklah Labu kalau takda nama zarina bagi jelah kat abang syafiq yang hantar dia balik sekolah itu he he he. Abang syafiq pun ok apa,ajar naufal macam-macam doa. Tapi Naufal cakap abang syafiq tu ustaz rock,sebab semasa menghantar naufal balik dari sekolah dalam van dia suka pasang lagu rock. Sorrylah kalau gambar tak berapa cantik sebab gambar ini diambil menggunakan handphone.

Friday 15 May 2009

Kenaikan Pangkat


Lama rasanya saya tak update blog ini kan,bukan apa server broadband kat rumah tu selalu huru hara. Booring sungguh dibuatnya kalau nak update kat office pula tak kuasalah pulak nak cakap.Ada unsur-unsur favouritisme. PC saya ada masalah sikit,tapi nak minta tolong technician betulkan macam nak minta sedekah pula susah pula nak tolong, tapi bila certain orang minta tolong bukan main lagi tolong sampai benda tak patut ada didalam PC mereka pun boleh adakan. Takpalah nak buat macamana memang dah resmi manusia macam itu kita terima sajelah. Dekat office sekarang sana-sana sibuk pasal peperiksaan PTK(Penilaian tahap Kecekapan). Saya tak ambil pun peperiksaan itu. pernah ambil dapat tahap 3, lepas itu pernah ambil lagi tiga kali bukan lebih baik malah makin teruk . Makanya saya mengambil keputusan tidak akan mengambil peperiksaan itu buat sementara waktu, tahap 3 melayakkan untuk kenaikan pangkat so rasa saya oklah tu. Semalam pula pada perhimpunan hari Pekerja kakitangan Awam Perdana Menteri ada mengumumkan kakitangan sokongan yang berkhidmat lebih dari lima belas tahun dijawatan hakiki berpeluang untuk naik pangkat. Saya nampaknya terlibat jugalah kerana saya telah berkhidmat selama 17 tahun dijawatan sekarang, syarat-syarat untuk melayakkan kenaikan pangkat itu pun semuanya saya ada. Insyaallah kalau diizinkan dapatlah saya naik pangkat. Semuanya akan berkuatkuasa mulai 1 julai 2009. Kita tengoklah nanti ya, ada rezeki tak kemana. Kalau bukan rezeki kita orang kata yang dah berada didalam mulut kita pun boleh terkeluar.

Sunday 10 May 2009

Me on Mothers Day


Happy Mothers Day kepada semua kawan dan sepupu-sepupuku yang dah jadi ibu. Apa yang saya buat hari ini ha ha ha dari pagi hingga petang asyik buat kerja rumah aje. Memasak,membasuh mengosok baju macam biasa saje, macam hari-hari yang lain. Mungkin anak-anak saya semuanya lelaki, budak lelaki ini bukan peka sangat benda-benda macam ini.
So kena terima kenyataan jelah. Nasib baik naufal ada bagi anak itik Tok We jadi seronoklah sikit hari ibu tahun ini.







Friday 8 May 2009

Selamat Hari Ibu












Hari ini sampai je rumah selepas balik dari kerja saya disambut oleh Naufal yang berlari-lari ke muka pintu sebab nak bagi hadiah sempena hari ibu. Bila saya tanya ini apa,dia kata ini anak itik Tok We adik buat kat sekolah untuk hadiah hari ibu. Lepas itu dia kata besok adik suruh ayah beli kek pulak untuk emak nanti kita ambil gambar. Patutlah sebelum ini dia ada cakap dekat sekolah adik buat itik Tok We dengan cikgu sebab nanti nak bagi ibu. Terharunya saya sebab itik itu cantik dan di dalamnya ada bunga rampai yang menyebabkan itik itu berbau wangi . Bagus sungguh cikgu sekolahnya mengambil inisiatif bersama dengan murid-murid membuat kraftangan untuk dihadiahkan sempena hari ibu.Bayangkan banyaknya daun pandan yang terpaksa dihiris untuk dimasukkan kedalam itik itu. Jenuhlah juga cikgu dan pembantunya menghiris daun pandan agaknya. Walaupun begitu keletihan saya setelah seharian penat bekerja hilang bila dapat hadiah Itik Tok We yang berwarna kuning ini. Terima kasih Naufal.






Wednesday 6 May 2009

SPEEDY VS SPEEDO


Minggu lepas adalah minggu membeli dvd and vcd bagi saya. Adalah menjadi satu kemestian bagi anak saya untuk membeli sekurang-kurangnya satu dvd setiap kali pergi Alamanda. Ada je cerita yang dia nak beli dulu asyik nak beli cerita Ultraman sekarang ini dah bertukar kepada cerita yang ada magic atau yang bekepak -kepak (fairy). Bila dah beli tu alamatnya hari hari bila balik je dari sekolah mengadaplah dia depan tv tengok dvd. Hari Ahad lepas saya pergi ke South City Plaza diSeri Kembangan sebab nak beli dvd pirate, saya telah belikan dia cerita Enchanted sebab cerita itu ada magic and princess, lepas itu naufal tanya kenapa dvd yang saya beli itu tak sama packagingnya macam yang original . Jawapan saya ialah dvd ini saya beli dekat kedai yang namaya Speedo bukan dekat kedai Speedy. Dia tanya pulak speedo yang dekat kedai basikal tu ke.ha.ha.ha (dulu dia pernah tanya saya vcd Anuar Zain yang saya pasang dalam kereta mahal ke dan beli dekat mana,saya jawap mahal mak beli kat kedai basikal) encik Yazid selalu marahkan saya sebab suka buat naufal confuse dengan jawapan saya. Tapi sebenarnya Naufal ni cerdik saja je dia suka tanya banyak soalan,akhirnya jawapan yang sebenar dia tahu dan jawapannya selalunya betul. Bak kata upin dan ipin betul,betul,betul:-)

Obsesnya Si Naufal



Gambar ini diambil oleh anak kedua saya Nabil,katanya gambar ini disuruh oleh Naufal untuk disnap. Konon-kononya macam sleeping Beauty tapi ini Sleeping Prince ya, entahlah tak taulah nak buat macamana naufal ini terlalu obses dengan cerita-cerita Disney. Harap ianya tak kekal lama macam abangnya obses dengan cerita Dinosour dulu,lama-lama ia akan hilang dengan sendirinya.



Sunday 3 May 2009

Adengan Yang Jarang Dapat Dilihat


Adengan-adengan seperti diatas mungkin jarang berlaku dirumah orang lain,tapi dirumah kami ia biasa saje. Memandangkan dirumah saya banyak kaum lelaki beginilah keadaan bila waktu malam. Saya memang telah melatih anak-anak lelaki melakukan kerja rumah. Maklumlah anak saya semuanya lelaki kalau tak diajar melakukan kerja-kerja rumah alamat teruklah saya. Gambar diatas tu suami dan anak-anak melipat kain sambil menonton Anugerah Industri Muzik. Anak saya yang kecil itu didalam bilik cik chunya menonton vcd cerita Peter Pan yang baru dibeli di Alamanda. Emaknya mana ya, ha.ha.ha emaknya sedang berbaring-baring didalam bilik sambil membaca majalah yang baru dibeli di MPH Alamanda. Jangan Mare ;-).

Cuti Hari Buruh




Cuti hari buruh nak tahu kami pergi mana,ha kami pergi kerumah yang tertera gambar diatas. Nak tahu rumah siapa ini, inilah rumah nenek saya Puan Fatimah Binti Rauf. Rumahnya terletak di Jalan Melati Gombak Setia. Dah lama sebenarnya kami tak balik Gombak ini, kami pergi ke Gombak sebab nak tempah baju melayu untuk hari raya nanti. On the way ke Gombak makteh kami Aziyan telefon menanyakan kami sampai di Gombak nanti pukul berapa. Waktu itu kami dah sampai pun di Danau Kota, saya beritahu makteh supaya masak nasi saja kerana saya akan beli lauk .Makteh mencadangkan kepada saya untu membeli lauk pauk di Marvelous Corner. Setelah selesai ukur-mengukur baju di kedai jahit Pg's, kami pun terus ke Marvelous Corner yang berdekatan Stesyen LRT Taman Melati. Bermacam-macam lauk pauk yang kami beli murah pulak tu. Selepas beli Lauk kami terus kerumah nenek.Nenek sangat gembira kerana kami datang kalau tidak sunyi katanya. Makjang kami yang duduk disebelah rumah nenek tiada dirumah kerana pergi ke Johor kalau tidak mesti anak-anak saya akan keluar masuk kerumah Nek Jangnya maklumlah sebelah je dengan rumah nyangnya. Tayar kereta kami pecah masa suami dan anak nak pergi sembahyang Jumaat. Terpaksalah suami pinjam kereta Amirah untuk pergi sembahyang Jumaat. Balik dari sembahyang Jumaat berpeluh-peluhlah suami dan anak-anak menukar tayar kereta. Lepas dah tukar dengan tayar spare Encik Yazid terus pergi ke kedai tayar untuk tukar semua tayar terbanglah dalam RM lapan ratus lebih untu tukar semua tayar itu. Kami pulang dari Gombak dalam pukul 6.30 petang sebelum itu kami singgah ke kubur abah saya untuk tengok kuburnya yang telah kami siap dibina dan sedekahkan alfatihah . Itulah aktiviti kami pada hari Buruh yang lepas.

Saturday 2 May 2009

TOMOK JUARA OIAM

Akhirnya Tomok telah menjuarai One In A Milion semalam,cemas juga bila dia telah iumumkan sebagai nama yang tersingkir dan tidak dapat membuat persembahan .Tetapi selepas Awal ashaari dan Marion Counter mengumumkan diatas permintaan ramai melalui sms akhirnya Tomok dapat beraksi di acara akhir semalam, barulah terasa lega .Dah lah semalam Tomok Pakai baju style Jong Pyo(Drama Korea Boy Before Flower).Tomok memberi persembahan yang begitu baik semalam. Aweera ok je persembahannya tapi mengapa ya saya merasakan kalau Aweera ini dapat jadi juara dia akan kekwat(orang kedah punya version lorat). Instince saya rasa begitu ha.ha.ha. Esther pun bagus juga tapi rasanya kalau menang tak kemana sebab style dia menyanyi lebih kepada style kabaret kat Malaysia rasanya kalau style macam ini susah sikitlah nak cari makan. Peratus undian Tomok ialah 39.13,Esther 33.29 dan Aweera 27.11 peratus. Tomok juga adalah pilihan Paul Moss Dan Syafinaz bila ditanya oleh Awal dan Marion siapa sebenarnya yang layak jadi juara. Encik Yazid cakap yang mengundi Aweera ialah Raja Perempuan Perlis(dengar cerita dia suka karoeke) ha ha pandai-pandai je kalau dia tahu pasti dia murka.Ampun tuanku!. Walaubagaimana pun saya puas hati sebab Tomok menang.

Friday 1 May 2009

HAPPY BIRTHDAY CIK CHU

2 May 2009
Happy birthday to you,Happy Birthday to You,Happy Birthday To Cik chu ,Happy Birthday to You, Selamat hari jadi ye dari kami sekeluarga.

(eh bukan cik chu takut kucing dengan ballon ke he he)