Friday 8 November 2013

Penangan "Love You Mr.Arrogant"





Semalam cerita" Love You Mr.Arrogant" episod akhirkan,cerita ini menjadi cerita kegemaran anak bongsu saya Naufal. Apa yang saya perasan apa-apa cerita yang disukai dan dilayan oleh mamanya(baby sitter yang jaga dia waktu saya pergi kerja) dia akan suka juga,dulu-dulu dia suka cerita or mengulas balik pasal sinetron Indonesia,blurr saya di buatnya.tapi sekarang ok sikitlah sebab kebanyakkan  drama bersiri sekarang di adaptasikan dari novel ,saya pula suka baca novel,jadi ada juga saya faham bila dia cerita pasal drama kerana novel yang dibuat drama itu saya dah baca,ialah kebanyakkan yang dah dibuat drama itu berdasarkan dari novel popular kan.Tapi " Love You Mr Arrogant" saya memang tak baca novelnya,beli pun tidak.Mungkin dari tajuknya saya tak berapa nak minat dan penulis novel ini  penulis baru pula,tu yang lambat sikit nak terpikat.

So ceritanya semalam episod lastkan,Si Naufal ni dah tak senang duduk nak tahu kesudahannya,adalah adegan suspen-suspen sikit kan semalam.mulut dia bising: mak dah baca buku ini, nanti last jadi apa emak" .Saya jawab saya tak tahulah,novel memang dah ada kawan bagi pinjam tapi still tak sempat nak baca.Nak tahu apa dia buat,dia ambil buku tu baca bab last sambil tengok drama tu.Dalam hati saya apahal anak aku ni, apa dah jadi,obses sangat dengan cerita ini,baru darjah 3 je kot.

Lepas tu dia cakap apa kat saya."adik dah baca emak part last,akhirnya dia ok dengan Mr.Arrogant dia bahagia".OMG Naufal! tolonglah Naufal,memang tak boleh blah ha ha ha.Naufal ni kan sebenarnya suka sangat cerita seram,kalau cerita seram,dia sampai hafal cerita itu dibuat pada tahun bila(yang ni dia memang mewarisi perangai emak dia,kalau dah minat sesuatu very lah the detail you).So saya rasa baiklah Naufal teruskan sahaja minatnya menonton cerita seram ,sebabnya bila dia tengok cerita seram dia tengok dengan selambanya,mata atau muka dia tak tutup pun bila part seram,lagi dia buka matanya besar-besar  adalah takut terlepas setiap adegan seram itu,yang kita emaknya ini siaplah pegang bantal tutup muka.

Tapi masa dia tengok cerita drama " Love you Mr.Arrogant "ni,adegan cemas sikit semalam tu kan,dia pun cemas juga kehulur-hilir depan tv,gaya macam nak meyelamatkan si zara tu juga,haiiish lemas pula emaknya ni menengok nak tergelak pun ada juga ha ha ha.Bila cerita kat Encik.Hubby dia tersengih je.Alahai Ragam anak,macam -macam kan :)







Ini Gambar Naufal masa umur 5 tahun satu Mr.Charming ,yang satu lagi Mr.Arrogant


Monday 4 November 2013

Naufal's Birthday

fireman

Dentist





Dengan kakak Nabila






24 Oktober bersamaan dengan hari Khamis lepas ialah birthday anak bongsu saya Naufal,saya dan Encik hubby bercuti hari tu khas untuk dia.Dia pula dah siap-siap bagi tahu guru kelas,Ustaz dan Ustazah dia akan bercuti pada hari tersebut kerana ada hal keluarga katanya,dengan guru besar sekali pula tu dia beritahu,terperanjat saya dibuatnya,tapi menurut dia, dia terserempak dengan guru besar maka di beritahulah guru besar sekali. Itulah Naufal yang berani dan tak  takut orang,kita pula yang takut dengan keberanian dia .Beritahu dengan guru kelas pun dah cukup kan.Ini tidak semua nak diberitahunya (terlebih peramah lah sangat).Pada hari jadinya saya dan Encik Hubby bawa Naufal ke KidZania,tiket untuk masuk ke Kidzania itu kami dapat setelah memenangi Peraduan di Majalah Apartment sebanyak 2 keping.

Saya mengajak anak jiran saya Nabila (emaknya yang jaga Naufal dari 3 bulan hingga sekarang waktu saya bekerja).Ialah takut kalau dia sorang je nanti dia boring pula.Ingatkan pergi pada weekdays tak lah ramai kanak-kanak rupanya saya silap hari tu sahaja ada 18 rombongan sekolah yang turut serta nak masuk ke KidZania,Di entrance petugas di KidZania tu cakap ramai pada hari itu ada lebih kurang 1500 kanak-kanak,setiap tempat mungkin kena tunggu setengah jam baru boleh joint the aktiviti,nak teruskan juga ke masuk kedalam,tapi nak buat macamana dah planning lamakan nak pergi time birthday dia,emak dan abah dah siap cuti lagi ,so redah je lah.

Memandangkan Naufal dah pernah  pergi KidZania sebelum ini, maka kami pilih-pilih tempat yang dia tak pernah buat aktiviti je lah.Alhamdulillah nampaknya dia berpuashati dan happy sangat.kebetulan ramai budak sekolah Antarabangsa pada hari tu,semasa tunggu giliran nak joint aktiviti  nak jadi Bomba,saya berbual-bual dengan petugas di KidZania,saya beritahu hari tersebut adalah harijadi Naufal,so petugas itu terus umumkan kan kepada budak-budak sekolah Antarabangsa  itu tentang harijadi Naufal,dengan spontan budak-budak sekolah antarabangsa tu menjerit "Happy Birthday",apalagi termalu-malulah si Naufal pada ketika tu,tapi di dalam kereta sibuk dok cerita "budak-budak orang putih cakap happy bday kat adik" he he.

Dari pukul 10 pagi hinggalah ke pukul 4 petang kami menghabiskan masa didalam KidZania itu,memanglah dia happy tapi kaki emak dan abah lah macam nak tertanggal rasanya berdiri lama menunggu dia,nak buat macamana anak punya pasal kan.

Malamnya pula kami celebrate lah kecil-kecilan beli cake,permintaan dia cake ice-cream Baskin Robbin,emaknya layanlah juga permintaan tersebut.Kebetulan pula cousin saya Su hashim dan suami, Haryaty Hashim,emak mereka (maklang)  datang kerumah.so buatlah makan-makan sikit beli Chiken Tikka dan buat Nasi goreng,

Birthday boy potong cake pun pakai pyjama je,emaknya pakai baju kelawar dan ayahnya pula pakai kain pelekat sahaja,tu yang tak ada gambar emak dan abahnya sekali he he.Sebelum dia tidur hari tu,dia cakap adik happy sangat hari ini emak,terima kasih emak sambil tarik selimut.Alahai anak,bergenang air mata emak tau,dan dan tu terasa hilang segala penat kehulu-hilir seharian melayan dia siang tadi .        

Muhammad Naufal Mohd Yazid Selamat Jadi Sayang,Semoga menjadi anak yang beriman dan sentiasa berjaya dalam hidup.Terima Kasih hari-hari bagi emak dan ayah a big hug,sekali lagi Happy Birthday My Teddy Bear.


Ini gambar masa dia tujuh tahun