Saturday, 12 December 2009

Jalan-Jalan Cari Kain






Naufal yang kepenatan balik dari shopping kain lepas tu perut kenyang pula makan di Insaf


Ini ialah aktiviti hari Sabtu kami baru-baru ini,jalan-jalan area Jalan Leboh Ampang pergi kedai kain.Oleh kerana Tailor yang selalu jahit baju saya akan bercuti selama setahun mulai bulan Februari saya terpaksa cari baju untuk stok Hari Raya lebih awal.Saya susah nak dapat Tailor yang sesuai dengan saya,saya serasi dengan tailor namanya Anna ni,jadi saya berusaha juga cari kain-kain ini untuk dibuat baju nanti.Sebenarnya biasanya saya memang akan bershopping tiap-tiap bulan 12 untuk membeli kain-kain tapi selalunya sikit sahaja tetapi untuk kali saya shopping untuk stok selama setahun termasuklah kain untuk dibuat Baju Melayu bagi Hari Raya tahun hadapan.Jika orang lain suka shopping kain di Jalan Tunku Abdul Rahman tapi saya tidak,saya suka shopping kain di kedai kain disekitar Jalan Petaling Street.Kedai yang saya selalu pergi itu namanya Isetan Textile and Fah Num.Walaupun bunyinya macam kedai cina biasa je kan,tapi layanan yang diberikan sangat berkualiti siap diberi air lagi setelah penat memilih pakaian.Kedai ini mempunyai pelanggan tetapnya sendiri,saya saja sudah bertahun-tahun menjadi pelanggannya.Disini adalah tempat penggemar kain-kain jenis goergette,memang terdapat banyak sungguh pilihan kain georgette disini.saya suka kain geogette dari Australia.Manakala di Fah Num pula kainnya kebanyakkan datang dari Jepun,memang kita boleh jumpa kain corak yang sama di tempat lain tapi kain-kain itu sebenarnya datang dari Indonesia.

Di Fah Num pula cara dia membungkus kain-kain ini sangat teliti setiap kali kita beli sepasang kain akan dibungkus 2 kali dan akan ditanda berapa meter yang kita beli dan perlu cucian biasa atau dry clean juga akan ditanda pada setiap helaian yang kita beli. Yang membezakan kedai-kedai ini dengan kedai-kedai kain di jalan Tunku Abdul Rahman ialah jurujualnya terdiri dari kaum lelaki kebanyakkannya.Anak-anak saya pun dah tahu kedai kain emaknya.Kawan-kawan di office pun banyak berkenan dengan kain georgette yang saya beli dan akan mengirim beberapa helai kain jika saya pergi ke kedai Isetan Textile and Fah Num.Untuk pergi ke kedai-kedai ini biasanya kami akan parking kereta di Central Market. Dan jika anak -anak bujang saya tak nak ikut pergi ke kedai berkenaan mereka akan tunggu mak dan abahnya diCentral Market(Pasar Seni),sambil menunggu mak dan abahnya shopping kain bolehlah mereka mencuci mata di Central Market. So sesiapa yang berminat nak pergi ke kedai kain ini googlelah mapnya ya:-D

1 comment:

  1. Sy pernah ke sana dulu tp dh lama x pergi..rega kat sana ok tak ?

    ReplyDelete