Naufal buat perangai tak nak ambil gambar
Hari Ahad pula saya telah bertolak dari Putrajaya pukul 9.00 pagi untuk pergi Ke Batang Berjuntai kerana hendak menghadiri kenduri.Saya dibesarkan diBatang Berjuntai selama 18 tahun,saya dilahirkan di Kelang Selangor dan berpindah ke Batang Berjuntai mengikut bapa saya yang bekerja sebagai Anggota Bomba pada umur saya 1 tahun.Walau pun saya duduk selama 18 tahun disitu tidak pernah sekali pun saya menyambut Hari Raya Aidilfitri disitu kerana setiap kali raya saya akan balik kampong nenek saya diGombak Setia kuala Lumpur. Seingat saya hanya sekali saja saya sambut Hari raya Aidil Adha disitu kerana abah tak dapat cuti,itu pun sekali tu sahajalah.Raya Aidil fitri memang tak pernah.Tetapi oleh kerana terlalu lama abah bekerja disana maka sempatlah abah saya membeli sebuah rumah disana.Namun sekarang ini rumah itu tiada orang duduk semenjak abah meninggal dunia,malah masa ayah ada lagi pun rumah itu dah lama kami tinggal sebab abah duduk dengan abang diBandar Kinrara.
Oleh kerana saya bercadang nak jumpa
Mynn(pada 13 haribulan itu saya ambil kesempatan singgah tengok rumah yang lama kena tinggal itu.Kebetulan jiran dihadapan rumah lama kami pun buat kenduri Khatan anaknya kami pergi kesitu dulu kerana awal lagi kalau nak pergi rumah Mynn.Rumah Mynn adiknya dijangka akan bersanding pada pukul 12.00 tengahari ,maka saya pun bertolak dari Batang Berjuntai kerumah Mynn dalam pukul 11.30 pagi.So bila tiba kerumah Mynn just nice saja waktunya,tak susah nak cari rumah Mynn ni.Sampai di rumah Mynn saya jumpa dulu bapanya Cikgu Maarof beliau merupakan cikgu saya juga dulu masa disekolah rendah.Lama tak jumpa dengan bapa Mynn beliau terperanjat bila diberitahu yang abah saya sudah meninggal dunia yallah kawannya di masjid suatu masa dulu.Lepas tu barulah saya jumpa Mynn yang tengah sibuk dengan Flower girlnya.
Oleh kerana saya belum makan maka saya dijemput oleh Mynn untuk makan dulu.Dikampung caranya berlainan sikit perempuan dan lelaki makan berasingan maka saya makan sorang-sorang (kebetulan saya sorang je masa tu),manakala hubby saya dan anak-anak enjoy makan berempat. Saya juga berjumpa dengan mak saudara Mynn yang kebetulan bekerja satu office dengan saya. Makanannya seriously memang sesuai dengan tekak jawa keluarga kami.Ialah masak sendiri kan rewang ramai-ramai dan bukan pakai catering.Dalam 3 kenduri yang kami hadiri hari itu masakan dikenduri Mynn yang kami ingat-ingat kesedapannya.Selepas makan pengantin pun tiba,saya pun ambillah serba sedikit gambar.Saya pulang setelah berjumpa dengan Mynn semula kerana nak bagi sedikit cenderahati dari saya untuk Mynn,ialah tak tahu bila boleh jumpa lagi. Dapatlah jumpa Alya and Zahra.Alya tak nampak macam anak mak salleh bila dalam kelompok Flower Girl tu macam anak cina je,tapi Zahra memang nampak macam anak mat salleh saya pegang-pegang tangannya yang montok itu.One thing Zahra ini memang mudah tersenyum dengan orang(mudah mesra).
Cuaca agak panas dan sikecik saya Naufal dah bising nak balik mengalahkan Alya dan Zahra pula tak tahan panas.Setelah mengambil gambar dengan Mynn dan anak-anak saya pun minta diri untuk pulang.Oh Ya saya rasa mak Mynn tu kembar sebab ada dua orang mukanya sama sampai nak bersalam dengan mak pengantin kena mak sure yang mana satu he he.Walau bagaimanpun saya seronok dapat jumpa Mynn dan anak-anak,and one more thing husband Mynn, Matthew memang nampak sangat bekerja keras menjadi penanggah pada hari itu.Dialah penanggah dan dia jugalah Jurufoto.Anak-anak bujang saya tanya siapa orang putih di rumah pengantin tadi tu mak.Saya lupa sebenarnnya nak terangkan yang suami kawan mak itu sebenarnya orang Mat salleh. Bila dah bagi tahu dalam kereta ,banyak pula soalannya disepanjang jalan nak balik ke K.L, selepas rumah Mynn itu kami kena pergi ke kenduri yang ketiga pula.Nak taknak layan jelah soalan-soalan dari anak-anak bujang saya tu.
No comments:
Post a Comment