Friday 25 December 2009

PMR Result


Semalam keputusan Peperiksaan PMR telah keluar,ini juga bermakna keputusan peperiksaan anak sulung saya akan keluar juga.Semalam saya cakap dengannya dulu-dulu zaman mak kalau tak lulus SRP sekarang sama taraf dengan PMR tak boleh naik tingkatan 4,kena stay ditingkatan 3,mak risau dulu kalau tak lulus sebab atuk selalu takut-takutkan mak kalau tak lulus kena kahwin he he.Tapi itu dulu,sekarang ini kalau tak lulus pun boleh naik tingktan 4.Cuba bayangkan kalau tak lulus tak boleh naik tingkatan 4 tentu ramai budak-budak akan bermasalah sebab tak sekolah terutama budak-budak yang nakal.Budak sekarang dengan budak dulu-dulu tak sama.Nakal mereka lain.

Memang patut Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar yang gagal tetap naik ke tingkatan 4.Yang patut sekolah pun ramai yang curi-curi ponteng,kalau tak dapat naik tingkatan takut akan menambahkan lagi gejala seperti ini sebab dah ada perasaan malu dikalangan mereka.Berbalik kepada anak saya yang sulung,beliau merupakan seorang yang sederhana dalam pelajaran,saya pernah menceritakan kebimbangan saya disini

Alhamdullilah keputusannya walau tak berapa baik,saya masih bersyukur dengan keputusan tersebut sebab saya tahu dia telah mencuba sehabis baik.Keputusannya ialah 1A 6B Dan 1C. A ialah (kemahiran hidup) dan C ialah English.B ada kategori Cemerlang dan Kepujian.B anak saya banyak terduduk dalam kategori Cemerlang,ini bermakna hampir-hampir nak dapat A.Saya beritahu anak saya kalau dia berusaha lebih sikit mungkin dia akan dapat A.Tapi semuanya dah berlalu,masa tidak boleh diulang kembali.Saya menasihatkan anak saya ambillah perkara ini sebagai pengajaran dan pengalaman supaya bila SPM nanti buatlah bersungguh-sungguh sebab masa tidak boleh diulang kembali.Buat yang terbaik kerana menyesal kemudian tak berguna.Seperti yang saya katakan sebelum ini saya akan menyokongnya dalam apa jua keadaan,dan doa dari abah dan emak akan mengiringinya.Amin

1 comment:

  1. SPM penentu..hehehe
    anak kak ima pun dapat 1 A, A die ialah Geografi lagi pelik kan...rezeki masing2..
    Insyaallah....

    ReplyDelete