Monday, 1 February 2010

Saturday Yang Happening(Bowling With Cousin)




Cik chu layan naufal yang nak sangat baling Bola,tengokltu dia takut bola masuk longkang



Cik Lawyer and Cik Chu

tengok yang kat belakang tu cute and cheeky


Ini gambar wajib setiap kali perjumpaan,kebanyakkan pakai size 7 hari tu


Ini cerita mengenai hari Sabtu yang baru-baru ini berlalu.Satu perlawanan Bowling diantara cousin-cousin telah diadakan di Ampang Bowl diFlamingo Hotel.Perlawanan Bowling diadakan pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.Saya yang pada mulanya hanya nak tengok sahaja tak da niat pun nak main sebab takut nanti sakit tangan akhirnya terjebak juga bermain sama. Saya dan family jadi satu team,kami main 3 lane.Satu lane 4 orang untuk satu kumpulan.

Tak sangka team Najid family dapat bermain dengan baik sekali,walaupun tak pernah berlatih terutama my hubby dapat banyak buat strike.Orang semua ingat my hubby training sebelum datang perlawanan ini.Takdapun sebenarnya,kami memang selalu pergi Bowling kat Alamanda tapi pergi situ untuk makan sebab makanan di Cafeterianya sangat sedap and harganya berpatutan.Untuk berlatih atau bermain ke memang jauh sekali tak pernah pun.

Leka bermain tak perasan siapa yang menang,bukan ada hadiah pun,just for fun aje.Kanak-kanak yang umur 8 tahun kebawah asyik lapar je nak makan,saya rasa entah berapa set sandwich yang telah kami beli pun kami tak perasan.Main beli je tapi banyak jugalah.Saya pun asyik ulang-alik pergi beli Sandwich kat cafenya.

Gerombolan kami(betul ke ayat ni) yang paling meriah berada di situ,orang lain taklah bising sangat macam kami,makcik saya maklang and maknjang pun ada sama tapi asyik berborak pasal perkahwinan yang akan dilangsungkan pada tahun ini sambil makan sandwich.My cousin Ellyza, hubbynya sibuk ambil gambar dengan DSLRnya.Selepas habis perlawanan Bowling saya dan family pergi ke Great Estern Mall sebab nak ambil bantal yang ditempah di Cotton Picking,ingatkan nak ambil saja tetapi tertempah pulak bantal lagi untuk Naufal pula he he.

Actually malamnya pula ada jemputan makan malam sempena birthday Iqbal hubby Ellyza.Saya singgah sembahyang maghrib di rumah maklang saya(emak Cik Lawyer and Cik chu). Selepas Maghrib around pukul 8.00 kami pun pergi kerumah Ellyza di Platinum Condominium di Taman Melati.Kami ingatkan kami yang lambat tapi rupa-rupanya kami tetamu yang pertama sekali sampai.Banyak sungguh makanan yang disediakan, kami kelaparan pun apalagi makan macam tak hengat he he.Kami juga diperkenalkan buat pertama kalinya dengan Yee Sang makanan yang biasanya hanya jumpa bila Chinese New Year.Ok juga rasanya.Bila semua dah sampai maka riuh rendahlah rumah my cousin.Sambil makan sambil tonton satu rancangan di TV9 yang ada menyiarkan cerita mengenai Fahrin and Linda Onn,havoc sungguh semua nak mengulas sama,macam kami kenal je Si Fahrin and Linda Onn tu hu hu.

Suara yang paling lantang mengomen siapa lagi me and maklang lah ha ha.Cousin kami Aida bawa boyfriendnya.Ok juga boyfriendnya itu, boleh aje joint sama gossip-mengossip ni dengan kami.Kira oklah tu,macam dah biasa je dia taklah segan sangat kami yang memang tersedia kecoh ni ngeee.

Saya pulang dari rumah Ellyza pada pukul 10.00 malam,itu pun naufal tak nak balik sebab syok sangat bermain dengan Irdina Nuha tapi hello Naufal rumah kita jauh bukannya dekat kalau balik lambat nak sampai rumah pukul berapa pula nanti.Apa-apa pun kami pulang rumah dengan perut yang kenyang dan tangan and kaki yang start sakit angkara bowling tadi.Dah tuakan main sikit dah sakit,tapi takpalah janji hati "HAPPY".


Tengok kusyuk tengok rancangan Mengenai Linda Onn and Fahrin Ahmad






Yummy ni,siap minta tapau nak bawa balik


Inilah Yee Sang

No comments:

Post a Comment