Semalam saya telah kehilangan dua pupu dan merupakan kawan saya membesar semasa kecil dulu.Namanya Rogayah Binti Syeikh Yahya. Kematiannya disebabkan oleh dia menderita sakit Kanser Otak. Beliau merupakan single parent dan mempunyai sepasang anak.Anak sulungnya perempuan yang berumur 14 tahun dan yang kedua lelaki berumur 13 tahun. Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah pada November 2008 kalau tak silap saya lah.Itu pun dia yang tegur saya sebab masa tu memang saya tak perasankan dia.Gembira sungguh masa tu dia,kerana dapat berjumpa dengan saya setelah 15 tahun kami tak pernah berjumpa.Dia macam tu juga ,rupanya dan fizikalnya tak berubah,dalam keriangannya bercerita tiba-tiba dia berubah wajah apabila menceritakan keperitan hidupnya sebagai ibu tunggal.
Katanya selepas kahwin dia mengikuti suaminya berhijrah ke Pahang, dan menghabiskan seluruh jiwa raga kepada suaminya dan melahirkan anak-anak. Perkahwinannya yang disangkakan akan kekal ke akhir hayat rupanya tidak kesampaian. Akhirnya kecundang juga diseparuh jalan,suaminya pun telah berkahwin lain dan akhirnya beliau membawa diri bersama-sama anaknya ke Kuala Lumpur. Katanya membesarkan anak-anak sebagai single parent adalah sangat susah,memandangkan faktor umur siapalah nak mengambilnya bekerja. Ketika saya berjumpanya itu pun dia bekerja di gerai kecil-kecil didalam Apha Angle diWangsa Maju.Sedih saya mendengar keperitan hidupnya yang diceritakannya itu.Sebelum saya beredar saya menyumbang sedikit bantuan kewangan yang tak seberapa kepadanya(untuk anak-anakn pesan saya).Bergenang air matanya menerima pemberian ikhlas saya itu. Saya memberi no telefon saya,dan memintanya menghubungi saya jika dia menghadapi apa-apa masalah.
Rupanya itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya,saya sebenarnya sentiasa cuba mencarinya digerai itu setiap kali pergi ke Alpha Angle dengan niat untuk memberi sumbangan kepadanya(sekitar yang saya mampu).Tapi rupa-rupanya dia dah tak kerja disitu lagi. Saya hanya tahu dia sakit dalam masa 2 minggu kebelakangan ini,itupun setelah diberitahu oleh mak saudaranya.Tapi apa yang dikesalkan saya tak berkesempatan melawatnya di hospital.
Pada hari pengebumiannya cuaca yang panas tiba-tiba redup.Disitu juga buat pertama kalinya saya dapat berjumpa dengan anak-anaknya.Tergambar kesedihannya di muka anak sulung dan yang kecil,mungkin mengenang nasib mereka selepas ini.Saya sempat berpesan kepada anak yang sulung supaya belajar rajin-rajin dan jagalah adiknya dengan baik.Jangan lupa juga sentiasa mendoakan ibunya. Oh ya dua pupu saya ini dilahirkan kembar,kembarnya bernama Roziah. Kembarnya sangat sedih ialah mereka kembar kan.Kita adik beradik yang tak kembar pun dapat merasakan kehilangan jika salah seorang tiada,inikan pula yang dilahirkan kembar.Semoga rohnya akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah...
Spaghetti bolognese
-
sesekali tukar selera lah kita...
spaghetti bolognese dengan bahan apa yang ada kat dapo jer lah... kita yang
buat dia, so ikut lah citarasa sendiri kan...
2 days ago
Air mata cikchu gak bergenang ni... sedihnye umur 14 tahun dah takde sape...mak sedara tak sama dgn mak sendiri..semoga Allah sentiasa melindungi anak2 die..dan Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarhamah...
ReplyDeleteTu lah masa tu budak 2 orang tu nampak blank,and rasanya mereka lebih rapat dengan nenek saudara dari dengan mak saudara,mak saudara and pak saudara duduk jauh,and anak mereka pun dah sedia ramai,ayah ada lagi tapi dah lama tak ambil tahu hal anak-anak tu,masa pengebumian tu ada,tapi sikit pun tak duduk dekat dengan anak-anak,berdiri jauh hampir nak keluar dari kawasan perkuburan.Tak larat nak tengok. Kesian budak-budak tu,selama ini mak dia duduk hospital pun mereka duduk sendiri dua orang kat rumah,sesekali saudara mara datang tengok.imagine jelah arwahnya duduk hospital berbulan lah juga sebelum meninggal.
ReplyDeleteSalam Jana, takziah atas pemergian dua pupu/kawan baik you tu. Alfatihah.
ReplyDeleteWah,
ReplyDeletemadam tai tai no more singgah blog saya lah,terimakasih Puan. Sangat berbesar hati ni