Weekends yang lepas saya tak keluar rumah,tak keluar rumah bagi saya maknanya duduk jelah diapartments tingkat 8 tu,tak turun-turun jejak ketanah. Walaupun dengar macam mustahil je kan,tapi itulah yang berlaku pun.Husband saya dan anak-anak puaslah jalan kemana-mana saya dan sikecik tu duduk rumah je.Hari Sabtu tu hubby ada juga ajak pergi ikut dia ada tournament Bowling untuk office dia,tapi malaslah pula nak ikut.Bukan apa duduk kat tepi je tengok dia main bowling untuk tempoh 20 minit je,naufal akan diam,selepas itu mesti dia tak boleh duduk diam dan akan cakap booring.Maka jalan yang terbaik ialah jangan ikut dan duduk rumah je.Si sulung dua hari berturut ada lawan Futsal.
Lagi satu saya ini kalau kerja gosok-menggosok baju tak selesai lagi memang payah nak berjalan,faham-faham jelah jumlah baju sekolah yang nak digosok bukannya sedikit pun jadi memandangkan keesokan harinya kami nak pergi wedding dan selepas itu kononnya nak pergi rumah mak mertua so saya mesti menyelesaikan tugas-tugas mengosok tu hari Sabtu juga.
Nak jadi cerita malam tu mak saya telefon,besok nak datang rumah sebabnya my SIL nak bawa anak-anak pergi birthday anak kawannya di Putrajaya.Maka saya pun serba salah dari cara mak saya cakap tu,dia insist nak datang juga ke rumah saya.So atas persetujuan hubby pun bila dia cakap takpalah dia akan pergi ke wedding itu dengan Nabil and after that akan kerumah mak mertua pula(saya rasa lega lah. Tapi kesudahannya keesokan hari dia pergi wedding tu and kerumah mak mertua sorang-sorang je sebab Nabil tak jadi nak ikut.Harap-harap janganlah mak mertua fikir yang bukan-bukan bila tengok anak dia datang sorang je tanpa wife and anak-anak on weekend pula tu.
Bila tak keluar mana-mana dok rumah layan TV jelah jawabnya dari segala mak nenek cerita drama(semua saya layan campur sinetron juga),Melodi dan juga Nona. Yang best sekali Melodi lah ada cerita pasal penyanyi yang popular zaman 80an dulu dah lama bujang tapi sekarang baru berkahwin bila umur mencecah 50 tahun.Mak mertua menceritakan ketidak puasan hatinya sebabnya asalnya bercinta dengan dia tapi kesudahannya kahwin dengan anak pula.Nak tergelak pula tengok mak mertuanya mentang-mentang Melodi nak interview siap make up tebal lagi blusher yang very the pink dan bibirnya yang merah red chili.Tak tahu lah perasaan dia macam mana,tapi saya pula yang terasa malu bila tengok rancangan ni. Pada saya buat apalah nak bising-bising lagi.Anak pun dah kahwinkan takkan nak suruh cerai pulak.Anggap tak ada jodoh je tak boleh ke.Tak cukup dengan keluar kat suratkhabar semalam keluar pula kat Melodi.Entah-entah malam ni keluar pula kat rancangan yang dihostkan oleh Abang rambut Ketak tu nama rancangan tu "Terjah".
Sudah-sudahlah makcik buat-buatlah bersabar,takut lepas ni,bila direnungkan balik kita yang akan malu nanti.Bak kata orang sekarang "Siapa yang Malu" "mereka dan keluarga mereka juga. So renung-renungkan lah dan selamat beramal.
Hari ini pun ada cerita pasal kes itu dalam suratkhabar sini
Di sini juga ,kat sana pun ada.Sinun pun ada juga
Spaghetti bolognese
-
sesekali tukar selera lah kita...
spaghetti bolognese dengan bahan apa yang ada kat dapo jer lah... kita yang
buat dia, so ikut lah citarasa sendiri kan...
2 days ago
Saya pun ada menonton Melodi masa channel surfing. Tapi tak sempat nak tonton cerita Shidee tu. Terpaksa masak lunch for the kids. In a way, kesian jugak pada Puan Jamilah ni ya. I hope whatever she fears about the marriage will not come true. And he will be a good husband to her daughter.
ReplyDeleteHye Puan Gina,
ReplyDeleteMemang kesian dengan Puan Jamilah ini boleh dikatakan dia ni mangsa keadaan,and orang tertentu pun mengambil kesempatan cerita panas dia ni untuk menaikkan lagi rating show rancangan tu,macamana dia nak hadapi hari-hari mendatangkan.Kalau anak dia tak ramai lagilah.Nak beri kemaafan dari mulut tu memang senang ,tapi kelukaan dilubuk hati hanya tuhan aje yang tahu.
Anak dan Menantu Yg Baik Bukan Yg TerLabik hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah orang sekeliling paham bukan buat2 tak paham...