Thursday 4 February 2010

Keranamu Kekasih




Stephen Rahman Hughes


Masa tengah nak cari You tube Aliff Aziz lagu Cinta saya terjumpa lagu ini "Keranamu Kekasih" dinyanyikan oleh Vince.Mungkin lagu ini dimuatkan dalam album terbaru Vince.Lagu ini seriously untuk sayalah tersangatlah sedapnya,ia adalah lagu dari teater Musical Puteri Gunung Ledang .Semasa dengar Stephen Rahman menyanyikan lagu ini masa teater musical dulu meremang bulu roma dibuatnya.Saya nak tengok teater musical ini dulu pasal nak dengar macamana Stephen Rahman cakap melayu,maka terpaksalah saya membelanja hubby dan anak-anak tengok teater ini. Tapi takpa sebab memang berbaloilah menonton teater ini. Lagu ini memanglah jiwang sikit bila mendengarnya,tetapi sesekali kenalah jiwang-jiwang sikitkan ( tapi macam selalu je hehe)

Tapi Vince nyanyi lagu ini pun ok ,I like it juga,cuma musykil aje kenapa tak pernah keluar kat stesyen radio kita.Saya tak paham radio kita ini sebenarnya banyak lagu-lagu sedap negara kita ini,tapi asyik-asyik keluar lagu Indon.Kalau orangramai perasanlah,sekarang kat radio asyik keluar lagu Anang dan Kris Dayanti,nanti yang kaya penyanyi dari seberang je.Penyanyi-penyanyi kita masih tak kemana. Akhirnya siapa yang rugi mereka dan keluarga mereka juga.Siapa nak jawab bila industri muzik negara kita masih ditakuk lama.Cubalah renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment