Friday, 19 February 2010

Hadiah Dari Wakil Rakyat Kami







Malam Rabu kelmarin tiba-tiba je lebih kurang pukul 9.00 malam terdengar door bell rumah kami berbunyi,ingatkan siapa rupanya wakil dari Umno Putrajaya yang memyampaikan cenderahati sempena hari jadi saya dan suami dari pada wakil rakyat Cawangan Putrajaya iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan isteri.Anak saya yang kedua yang teruja sangat nak buka bungkusan hadiah tersebut.

Sepanjang 7 tahun saya duduk di Putrajaya ,beginilah tiap-tiap tahun kami akan menerima cenderahati daripada wakil rakyat kami sempena harijadi.Bila Ramadan pula kami akan menerima buah kurma.Sebelum-sebelum ini ditempat lain yang kami tinggal kami tak pernah dapat seperti ini.Sepanjang tujuh tahun kami menetap diPutrajaya dan menjadi ahli Umno(actually ahli biasa je pun) kami pernah dapat bermacam-macam cenderahati sampai dah boleh nak ingat pun. Yang saya dapat ingat ialah pen,frame gambar,radio kecil,jam dan tahun ini pula lampu yang comel.Kebetulan pula harijadi saya dan suami tarikhnya berdekatan jadi selalunya kami akan dapat 2 serentak lah.Kali ini lampu yang comel itu sangat diminati Naufal,pantang kami tutup lampu je dia pun cepat-cepatlah pasang lampu comel tu.Tak tahulah berapa lama lah agaknya hayat lampu ini kalau asyik dibuka dan ditutup oleh Naufal.Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada wakil rakyat kami.:-)

2 comments:

  1. wakil rakyat tu hantar present kat area sri kembangan tak?

    ReplyDelete
  2. hang dah berpaling tadah dari jadi warga Putrajaya mana boleh bagi hadiah harijadi,kami ni ahli Umno awak tu ahli apa,rasanya mendaftar mengundi pun tidak kan,hah ni yang cik kiah nak marah ni,pergi daftar mengundi dulu nanti cik kiah bagi Torchlight cakap je nak colour apa merah,kuning,purple.ngeee......

    ReplyDelete