Thursday, 4 February 2010

Lagu Pilihan Februari Kami




Seperti biasa saya akan masukkan lagu pilihan keluarga kami setiap bulan kan,so lagu pilihan keluarga kami bulan Februari ini ialah lagu Cinta by Aliff Aziz.Sebenarnya saya suka lagunya dan suaranya sahaja tapi saya tak suka bila tengok dia menyanyi sebab rasa cara dia nyanyi macam over sikit,dululah masa saya tengok dia nyanyi lagu yang tajuknya "Sayang-Sayang".

Lagu sayang-sayang tu saya tak suka,and bila lagu tu keluar diradio saya akan kata "ha ni lagu lemau".Tapi since yang bongsu tu suka lagu tu terpaksalah dengar juga.Tapi lagu Cinta ni ok kami satu family suka sebab musicnya best style R&B.Sekarang ni Aliff Aziz tengah masuk "National Service" di Singapore.National Service wajib untuk semua diSingapore(ke untuk lelaki je tak sure).Eh nanti orang tanya macamana pula saya tahu banyak hal mengenai Aliff Aziz ni. Sebenarnya hari tu saya kebetulan terbaca ceritanya mengenainya dalam akhbar tapi tak ingat akhbar apa.Sebelum ni saya ingat lagu cinta ni Aliff Satar yang nyanyi(peserta OIAM) rupanya Aliff Aziz yang nyanyi itupun setelah diperbetulkan oleh anak bujang saya yang dah besar dua orang tu.So nikmatilah lagu pilihan keluarga kami bulan ini "CINTA" perfomed by Aliff Aziz.

No comments:

Post a Comment