Saya dah lama janji dengan Naufal nak pergi tengok Qaireena Khalisya semula,selepas anak saudara saya bersalinkannya kami masih tak sempat lagi nak jumpa Qaireena selepas kali pertama kami berjumpanya. Since saya ada tempah bantal untuk Qaireena and bantal tu dah lama siap,Naufal asyik bising bila lagi nak hantar bantal tu.
Hari-hari tanya sampai tak larat nak jawab,akhirnya semalam dapatlah Naufal jumpa Qaireena semula.Qaireena semalam berumur 37 hari,muka pun dah berubah tapi comel tetap comel he he. Qaireena ni baby Istimewa dia adalah Down Syndrome Baby.Tapi kami melihatnya seperti baby yang lain so chomel.Lepas Qaireena dimandikan oleh neneknya saya pegang dia sekejap.Walaupun badannya kecil(tak semangat sangat) tapi lenguh juga lah pegangnya sebab kaki dia tak reti diam he he.
Bantal yang saya tempah untuknya saya letak nama Qaireena,tapi mummynya panggil Khalisya.Takpalah biar kami panggil dia Qaireena biar bila besar nanti bila dia dengar orang panggilnya "Qaireena" tentulah dia akan tahu keluarga Neksunya yang sedang memanggilnya .
Inilah bantal untuk Qaireena
Jangan tak tahulah pula Qaireena, Neksu juga ada bantal yang serupa macam Qaireena,neksu suka tidur dengan menutup muka so buat juga bantal ini tutup muka masa tidur nanti.Bantalnya memang exactly serupa tau. Cuba tengok ni.(gambar sepenuhnya tak hendak tunjuklah sebab tiba-tiba rasa termalu lah pulak ngeeee)
eeeee Mak Jana Ade BANTAL BUSUK!!
ReplyDeleteBelum busuk lagi la,sekarang bantal wangi lagi lah ooi,paku dulang paku serpih yang lain sambung sendirilaaaa ngeee
ReplyDelete