Tuesday, 16 February 2010

Ang Pow Wow



Seperti tahun-tahun yang lepas setiap kali nak perayaan Chinese New Year,tiba-tiba tu lah anak-anak bujang saya akan teringatkan kawan baik abahnya yang di Kelang tu.Ialah kawan baik abahnya tu tiap-tiap tahun akan bagi Ang Pow. Saya kata tak malu lah nak minta Ang Pow tiap-tiap tahun bila raya kita mereka tak sibuk pun.Tapi akhirnya Uncle Jacky tu call sendiri sebelum makan besar and suruh my hubby datang jumpanya ambil limau,maka dapat dua kotak limau mandarin dan Ang pow untuk anak-anak.Yang menyebabkan saya katakan Ang Pow Wow ialah itulah reaksi anak-anak bujang bila buka sampul duit Ang Pow itu.Perkataan yang keluar dari mulut mereka ialah "Wow" sebabnya ialah tahun ini anak-anak bujang saya dapat lebih dari biasa yang mereka terima tahun-tahun yang terdahulu.Mungkin tahun ini bisness uncle Jacky bagus kot.

Tersenyum lebarlah anak-nak bujang saya hari itu.Sebenarnya bukan anak-anak yang tersenyum lebar mak dan abahnya pun tersenyum lebar sama kami pun dapat Ang Pow Wow juga,walaupun sebenarnya Ang pow ini sepatutnya untuk orang yang belum kahwin je kan sebenarnya.Tapi sebenarnya tradisi ini termaktub untuk yang berbangsa cina untuk bangsa lain dah kahwin atau belum kahwin boleh je terima Ang Pow ini errr he he. Nasib baiklah anak-anak bujang tak mengaum macam rimau kerana terperanjatkan jumlah Ang Pow yang diterima cuma perkataan Wow je yang keluar.So apa-apa pun "Gong Xi Fa Cai Uncle Jacky "see you next year.

2 comments:

  1. Uncle Jacky Lupe anak 'dara' Mak Jana nih... huaahuaaa uncle Jacky!!!!

    I like part yang last tu...'see u next year'
    confident sungguh!

    ReplyDelete
  2. Naufal dapat Ang Pow terus nak ajak pergi Sure Win,tapi yang best sekali petangnya Nyang bagi duit RM5,tapi pakai duit RM 1 5 keping terus dia cakap nyang lagi banyak bagi duit ada 5,boleh pergi Sure Win banyak kali ngeee

    ReplyDelete