Hari ini saya nak cerita mengenai dua jenis kerusi yang terdapat dirumah saya.Dua jenis kerusi yang berlainan .kedua-duanya ada kena mengena dengan anak saya yang bongsu si Naufal.Satu kerusi yang sangat disukainya ialah stool yang berwarna biru yang kami beli di Ikea.Naufal suka kerusi ini kerana kerusi ini banyak membantunya dalam kehidupan sehariannya dirumah contohnya untuk switch on or off kipas dan lampu,dan juga digunakan bila dia nak basuh tangan sebelum or selepas makan.Kerusi ini juga digunakan bila dia nak duduk main Playstation dengan abang-abangnya.
Kerusi yang satu lagi pula Naufal sangat takut,sebabnya kerusi ini digelar Kerusi Denda setiap kali dia buat kesalahan yang sangat besar tempatnya ia akan dikenakan hukuman dikerusi denda inilah. Saya dapat idea mengenai kerusi denda ini daripada rancangan Oprah Winfrey Show. ada satu hari itu kebetulan rancagan itu menceritakan mengenai cara-cara mendisiplinkan anak-anak yang tengah nakal dan tak hendak mendengar arahan ibu-bapa. Caranya ialah memdendanya dengan duduk disatu kerusi dalam sesuatu tempoh masa. Tak sangka pula bila saya pratikkan kepada Naufal menjadi pula. Ada satu ketika Naufal suka menjerit dekat abang-abangnya sangat bingit telinga dibuatnya. Saya pun memarahinya dan menyuruh dia duduk disatu kerusi dalam jangka masa yang tertentu. Naufal takut dan boleh duduk diam-diam dikerusi denda itu. Ajaib sungguh pada saya bila melihatnya.
Sekarang ini kalau dia nakal-nakal dan tak mendengar kata bila masa bawa dia berjalan kemana-mana kami akan cakap "nakal-nakal nanti balik kena duduk kerusi denda" . Secara automaticnya dia akan berkelakuan baik dan merayu tak nak duduk dikerusi denda. Senangkan tak payah nak ugut dengan rotan.
Kadang -kadang bila tengok kerusi denda ini rasa nak buang je sebab macam dah buruk ,tetapi memandangkan masih diperlukan kerusi denda itu untuk terus berada dirumah buat masa sekarang maka hasrat untuk membuangnya akan ditangguhkan untuk sementara waktu. Mungkin bila Naufal dah besar sikit rasa takutnya kepada kerusi denda itu akan hilang juga dan pada masa itulah waktu yang paling sesuai untuk membuang kerusi denda ini . Dan bila Naufal baca blog ini pada suatu hari nanti agaknya masa dia dah pandai baca lah kan mesti dia akan kata"Apalah yang aku takut sangat dengan kerusi ini dulu-dulu" he he.
Inilah rupa kerusi dendanya
Ini masa dia kena denda sebab taknak sembahyang masa kat sekolah(tiba-tiba terjumpa dalam laptop rasanya abang dia nabil yang ambil gambar ini.
gambar dgn stoll tu sgt bergaya....suke!!
ReplyDeleteAah sekarang rajin basuh pinggan,tapi dengar air yang dibuka berbunyi menderu-deru dan masa diambil membasuh pinggan yang sangat lama memang boleh kena duduk kerusi denda lepas tu(abahnya pun boleh kena haertfeeling nak bayar bill air nanti).tapi pinggan dia yang paling wangi bila dicium baunya.
ReplyDelete