Tuesday 23 February 2010

E-Pembelajaran Sektor Awam



Hari ini naik juling-juling mata saya nak habiskan course EPSA,apa itu EPSA?
EPSA ialah E-Pembelajaran Sektor Awam.Belajar melalui online. Dioffice saya diwajibkan setiap kakitangan untuk belajar melalui EPSA.Tahun Lepas saya ambil tajuk "Nilai Dan Etika "tahun ini pula saya ambil tajuk "Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkualiti".Kali ini agar mencabar sikit coursenya sebab aktiviti dan kuiznya susah sikit.Tapi tak pa lah kan bagilah minda kita ini bergerak sikit. Ia akan dianggap sebagai kursus 3 hari jika kami dapat buat EPSA ini hingga lulus.Kakitangan Awam diwajibkan untuk berkursus sebanyak 7 hari setiap tahun.Jadi masuk je awal tahun mula lah saya bertungkus lumus mencari kursus untuk mencukupkan 7 hari itu.

Ini dah kira oklah, dulu kalau kakitangan Awam lain kena 7 hari,kami kakitangan JPA kena kursus 10 hari,lagi tension nak nak cari and attend kursus. Dah macam-macam kursus kami kena hadir,sampai dah tak larat nak dengar ceramah or taklimat.Kadang-kadang tengok office lain tak adalah diketatkan sangat arahan berkursus ini.Tapi memandangkan kami di JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam),arahan kan banyak dikeluarkan dari JPA ,sebagai contoh kepada Jabatan lain memanglah tanggungjawab kami kena jalankan juga arahan berkursus selama 7 hari ini setiap tahun.

So hari ini saya dah selesai buat course EPSA yang diwajibkan itu,lepas ini tak payah nak fikir-fikir lagi.Tunggu dia hantar sijil je .Yipeeee

Siapa-siapa yang nak join EPSA boleh Klik Sini

No comments:

Post a Comment