Ilustrasi by Emila Yusof
Hari ini merupakan hari terakhir bagi boss saya yang akan bertukar ke Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri kerana kenaikkan pangkat. Kalau tanya apa yang saya rasa ketika ini,saya rasa lost.
Diam tak diam Hampir 6 tahun dia menjadi Penolong Pegawai Tadbir di Unit 02B.Mula-mula saya susah juga nak menyesuaikan diri dengan beliau,beliau adalah seorang yang tegas bak kata orang memang "ikut law"(Buku pekeliling Perkhimatan).Tapi bila difikirkan balik apa yang dilakukan itu memang betul .Sebab saya rasa walaupun saya boleh dikatakan orang lama dibahagian ini kadang-kadang perlu ditegur juga.Kerana mungkin bila seseorang itu terlalu lama disatu-satu unit itu kita akan mengambil mudah je semua perkara bak kata orang putih(take things for granted). Saya bersyukur dengan kehadirannya ke unit 02B beliau telah dapat menaikkan semangat saya untuk bekerja dengan lebih tekun,telus dan cekap.
Dia adalah seorang boss yang menjaga kebajikan anak buahnya.Saya rasa selamat dalam bidang kerja semasa dia menjadi boss saya sebab saya tahu dia adalah seorang boss yang boleh diharap dalam mempertahankan anak buahnya. saya tahu ada juga anak buah yang tak sependapat dengannya.Tapi sebenarnya kalau kita muhasabah diri kita,segala tegurannya itu ada benarnya(cuma kita saja yang boleh menerimanya atau tidak).Sepatutnya orang-orang yang baru pertama kali berkhidmat di Perkhidmatan Awam dan dapat berkerja disampingnya seharusnya bersyukur kerana saya rasa dengan didikan dan disiplin yang diterapkan semasa kita dibawah bimbingannya Insyallah akan jadi pegangan dan bekalan sehinggalah ke akhirnya kita didalam perkhidmatan Awam ini nanti.
Ya,allah bergenang pula air mata ini,bagi sayalah tak tahulah pada orang lain.Beliau walaupun muda,tapi beliau merupakan seorang yang sangat berwibawa.Walau apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepadanya ditempat baru,semoga dia happy dan bahagia ditempat baru.Sesungguhnya bertuahlah pejabat barunya nanti mendapat seorang yang dedikasi sepertinya.Cik Zuraidah "I will Always thinking of you on a rainy day". Selamat berhijrah dan berjaya My Mentor.
She's the one with yellow colour
No comments:
Post a Comment