Wednesday 18 November 2009

Watak apakah sebenarnya?






Kami sekeluarga dah lama tahu pada 22 haribulan November ini sekolah Tadika Naufal Cendiakawan Educare akan mengadakan Majlis Konvokesyen untuk tahun 2009,dan semestinya ada persembahan pada hari itu. Sudah semestinya juga ada persembahan dari budak-budak 5 tahun dan saya pasti juga Naufal akan terlibat sama. Yang kelakarnya bila kita tanya adik masuk apa dia diam.Inilah masalah Naufal kalau kita tanya dia masuk apa dia tak akan cakap.Hari-hari bila dia balik sekolah kami suka tanya dia adik nanti masuk persembahan apa, hari-hari jugalah jawapannya bertukar jadi orang Indialah,orang jual kat pasarlah dan akhir sekali semalam dia cakap dia jadi Tarzan. Ha ha pening kepala saya dengan abang-abangnya dengan jawapannya itu. Terjawab sudah segala persoalan kami bila dapat surat dari pehak sekolah pada hari Isnin bila diminta untuk membekalkann sehelai kain pelikat budak-budak untuk pakaian sebagai orang kampung. Tak tahulah saya dia berlakon ke,menyanyi ke kita tengok jelah nanti pada hari Sabtu ini.Naufal memang seorang yang suka berangan,dia boleh berangan berjam-jam lamanya. Baru-baru ini dia suka berangan sebagai penjual sayur atau ikan dipasar.Ini menyebabkan abang-abangnya merasakan dia berlakon menjadi seorang penjual sayur dipasar.Tapi saya sebagai emaknya yang tahu sangat Naufal ni suka berangan bila dia tengok orang lain berlakon tak mustahil dia pula berangan melakonkan watak yang dia tengok dirumah pula. Sedangkan dirumah dialah upin dan ipin,dialah kak ros,opah,tok dalang,raju dan jagjit. Semua dialog dia hafal,tergelak-gelak kami dirumah dengan ragamnya itu, menghiburkan sebenarnya. Gambar-gambar yang saya masukkan ini ialah gambar kain pelikat yang ayahnya dan abang abil beli di Mydin untuk diberi pada cikgunya.Kain pelikat untuk budak-budak ini still besar bagi Naufal,biarlah pandai-pandailah cikgu Naufal nanti nak buat macamana.Saya rasa dia menyanyi ramai-ramai dan pakai baju berbilang bangsa agaknya lah kot.Apa-apa pun kita tunggulah jelah entry saya hari Isnin nanti. So tunggu ya........

2 comments:

  1. YaAllah cutenye...sian konvo pun cikshu tak bole attend.. :(

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM!

    Mana tahu kalau2 NAUFAL berjoget JOGET SI PINANG MUDA ala2 P RAMLEE dan ZAITON seperti dalam ANAKKU SAZALI. Saya tabik spring kepada semua guru yang mengendalikan persembahan anak2 5 tahun. SEMUA AKAN BERADA DI PENTAS. No joke! Perlu kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan anak2 ini. VARIASInya pulak pelbagai. MUNGKIN ADA BANGLA MASUK KAMPUNG JUAL KAIN PELIKAT? Tunggu saja. SELAMAT MENONTON.

    ReplyDelete