Dua tiga hari ini di rumah Naufal asyik nyanyi lagu cerita P.Ramlee iaitu cerita Hang Tuah lagu bertajuk Joget Pahang. Ingat tak lagu yang liriknya"melenggang hai melenggang hai tari linggang kalau baik hati nanti orang pun sayang" sambil menari-nari lagi. Mesti lagu ini ada kena mengena dengan konsertnya nanti. Pagi tadi sambil tunggu lift pun dia nyanyi dan menari. Saya pun bertanya menari nanti macamana, masa bila dan seperti biasa adik pula buat apa(tak puas hati lagi mak dia ni nak tahu sebenarnya anaknya masuk persembahan apa).
Jawapan dari Naufal ialah menari depan Raja lah,nanti ada Raja ada Semaisuri(Nak tergelak saya dia tak pandai sebut Permaisuri).
Oh Ye ke saya berkata .Saya tanya lagi siapa jadi Semaisuri,
Ashifa jawapnya(tak taulah betul ke ejaan nama kawannya ni)
Saya tanya pula Siapa pula jadi raja?
Adiklah (Naufal)dia jawab.
Pulak dah hari ini dia cakap dia jadi Raja pula. Bila saya pusing-pusingkan soalan saja nak duga jawapannya sama ke tidak. Nampaknya jawapan tetap kepada dia yang sebenarnya jadi Raja. Ha ha ha Haru-haru,tulah saya kata naufal ni memang kuat berangan.Tak sabarnya nak tunggu esok . Watak apakah sebenarnya Orang India ka,orang kampung kah,penjual dipasar kah,Tarzan ka yang terbaru sekali Raja kah. Jangan jadi Semaisuri je sudahlah Naufal KAH KAH KAH memang tak sesuai.
Dibawah ini membuktikan Yang Naufal Suka berangan;-
masa ini dia suka cerita tinkerbell ambil gambar macam TinkerBell
Yang ini pula dia 3 tahun,masa tu tengah hot cerita Astro Ceria geng Bas Sekolah,tengoklah ambil gambar pun macam kumpulan geng bas sekolah
Yang ini pula masa gila-gila tengok sleeping Beauty tapi ini Sleeping Handsome Ya
macamana boleh ambil gambar macam ini sila rujuk
siniP.S :Banyak perkataan yang akan jadi kenangan bila Naufal dah besar nanti antaranya:-
Permaisuri jadi Semaisuri
Secret Resepi jadi Sere Sepi
Lim Kok Wing university jadi EEE Kok Wing
Petronas jadi Peretronas
banyak lagi sebenarnya tapi tak ingatlah
No comments:
Post a Comment