Pasport anak bujang berdua saya dah siap semalam,macam biasalah terujanya mereka bila melihatkan pasport Antarabangsa mereka,anak kedua saya Nabil bertanya "mak pasport negara lain warna apa" sorry Nabil mak pun tak tahu mak tahu colour pasport negara Malaysia je. Ikut perancangan asalnya Naqiuddin je yang pergi ikut nenek saudaranya ke Singapore.Tapi pagi tadi cousin saya Ellyza telefon mengajak sekali Nabil pergi sebab cousin saya Ochu tak jadi pergi, maka adalah tempat kosong.Rupanya-rupanya malam tadi Nabil chatting dengan cousin saya ellyza mungkin saya dah tidur masa itu,menurut Ellyza cara dia bercakap macam nak ikut sangat pergi Singapore,kesian pula katanya. Kalau balik ini saya cakap dia pun boleh ikut sama ke Singapore,tak tidurlah nampaknya anak saya itu kegembiraan.Semalam yang sulung teruja sangat sibuk nak pinjam kamera saya.Saya kata ambiklah dimana-mana tempat yang ada perkataan Singapore kau ambilah gambar ha ha.Sebelum ini saya pergi Johor Bahru kan nampak Singapore dari Pantai Lido(sekarang Danga Bay betul ke orang Johor) saya kata dekat anak-anak ha itulah Singapore,ya ke mak takkan Singapore macam tu,.Ya allah anak -anakku itu dari jauhlah memanglah tak nampak cantik,sebenarnya bandarnya cantik dan moden. Terimakasih kepada mak jang dan cousin saya Erwani kerana sudi membawa anak bujang saya yang berdua itu.Kalau tunggu maknya nak bawa tak tahulah bila baru sampai.Masalah sekarang ialah masa abangnya tak da nanti,penatlah kami nak menjawab pertanyaan Naufal abangnya pergi mana dan bila abangnya nak balik.Yang pasti Isnin nanti saya kena cuti sebab tiada orang nak jaga si bongsu Naufal.
No comments:
Post a Comment