Sunday, 15 November 2009

Hari Jadi Mak Jang




Ustazah manis bersimpuh


Gambar ni mengelirukan harijadi Mak Jang ke ustazah


Semalam saya dan family balik Gombak sebab mak jang saya ada buat bacaan yassin and birthdaynya.Majlis bermula pada pukul 2.30,dan dihadiri oleh saudara mara dan kumpulan marhaban mak jang saya. Atas permintaan birthday girl(mak jang saya)semua ahli kumpulan marhabannya tidak dibenarkan memakai baju sedondon(maknanya baju kumpulan mereka). Ahli-ahli marhaban dikehendakki memakai baju yang paling glamour mereka ada. Pada siapa yang pakai baju paling glamour hadiah akan diberikan. Hadiah yang disediakan ialah untuk pemenang dari no 1 ke nombor 5. Saya telah dilantik untuk menjadi Ketua juri pada pertandingan pakaian paling glamour itu tanpa diketahui oleh mereka.

Susah juga sebenarnya nak memilih pemenang-pemenangnya. Ramai yang cantik-cantik belaka.Hasil perbincangan dengan juri-juri yang lain (maklang,mak teh,mak usu and cik Aty(the lawyer) akhirnya keputusan telah dapat dicapai walaupun tak berapa sepakat sikit. Cik Aty the lawyer tak berapa setuju kerana salah satu peserta pilihannya tidak terpilih. Tapi nak buat camnakan saya sebagai ketua juri(gila kuasa he he) tidak berapa setuju dengan pilihan cik lawyer kita,kerana peserta pilihannya itu terlalu lip lap (memancar) sehingga anak-anak teruna saya pun terperasan dengan pemancaran cahaya dari makcik itu. Keputusan kami yang muktamad itu telah dipersetujui oleh juri-juri yang lain iaitu maklang(emak cik lawyer),makteh and mak usu kecuali cik lawyer he he. Biasalah kan disetiap pertandingan sok-sek dibelakang tu mesti ada sikit kalau tidak takkan ada perumpamaan "Rumah Dah Siap Pahat Berbunyi". Tahun depan kalau buat acara macam ini lagi Cik Aty the lawyer kena bawa hadiah spare untuk peserta pilihannya kalau ada keputusan tak memuaskan hatinya, bolehlah bagi hadiah sendiri. Kami semua takkan objectnya punya kui kui kui.

Apa-apa pun majlis yang diadakan sungguh meriah sekali,semua tetamu yang hadir kekenyangan menikmati juadah yang disediakan,terutama sekali juri-juri dan ketua juri. Ditambah lagi dengan hujan rahmat yang lebat ketika itu,menambahkan lagi keghairahan tetamu-tetamu untuk menikmati makanan. Akhir kata disini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir mak jang semoga panjang umur dan murah rezeki dan panjang-panjangkanlah rezeki mak jang tu kepada kami sikit. Orang nama mak jang ni selalunya murah rezeki he he.

The Juries






Pemenang-pemenangnya ialah:-


Pemenang tempat ke 5



Pemenang Tempat ke 4


Pemenang tempat ke 3


Pemenang tempat ke 2




pemenang tempat pertama Ustazah ni sampai melatah-latah


Ini pula antara hadiah-hadiah yang birthday girl dapat.


Hadiah dari anak birthday girl


Hadiah dari Cik Lawyer


Hadiah dari Makteh


Hadiah dari salah seorang ahli kumpulan marhaban

Gambar hadiah dari saya anak saya tak ambil gambar, ia merupakan sehelai tudung colour cream fesyen baru he he

1 comment: