Friday, 6 November 2009

Happy Birthday Muhammad Naqiuddin






Naqiuddin dan neneknya


Disamping saya menyambut ulangtahun perkahwinan kami hari ini,hari ini juga adalah ulangtahun kelahiran anak kami yang sulung Muhammad Naqiuddin yang ke 15 tahun. Dia dilahirkan menjelang genap ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Seorang anak yang baik dan patuh kepada ibubapa dan menghormati orang tua. Kesayangan ramai kerana beliau merupakan anak yang pertama,cucu yang pertama,cicit yang pertama dan juga anak saudara yang pertama kepada cousin-cousin saya. Dibela oleh ibu-bapa saya dari umur setahun hingga 6 tahun, almaklumlah cucu sulung.Kebetulan pula masa dlam pantang bapa saya baru bersara tapi emak saya pula bekerja di tadika maka saya dan anak saya waktu siang dijaga oleh bapa saya masa dalam pantang. Naqiuddin nama yang saya beri bermaksud berpengetahuan\kebersihan agama.Insyaallah setakat ini bab-bab mengenai agama seperti sembahyang tak perlu untuk diperingatkan kepada anak saya kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Dia juga seorang yang kelakar dan sering menghiburkan kami.Muhammad Naqiuddin mak harap abang(gelaran kami kepadanya) menjadi anak yang soleh dan berhemah ya nak.belajarlah rajin-rajin untuk masa depan abang juga. Jagalah adik-adik dengan baik dan jadilah contoh yang baik kepada mereka.Selamat Ulang tahun yang ke 15 Muhammad Naqiuddin.

No comments:

Post a Comment