Sunday 29 November 2009

Operasi Gerak Khas





Janganlah terperanjat dengan tajuk diatas tak da apa-apa pun cuma hari kami telah melakukan opearasi gerak khas kemas rumah je. Hari ini my hubby aka Encik Yazid telah melakukan kerja rumah dengan cemerlangnya. Almaklumlah anak bujang saya yang berdua tu takda rumah,maka mahu atau tidak kerja mengvacum,mengemop,membasuh baju jatuh keatas bahunya lah ya. Saya pula membasuh bilik air,kemas dapur dan membasuh segala bahan mentah yang telah dibeli dipasar oleh my hubby jugalah.Saya tak pernah pergi pasar,pergi pasar adalah tugas suami saya setelah dicatat dengan barang-barang yang perlu dibeli.My hubby ini kalau dia yang buat segala kerja seperti gambar diatas memang class,sebab dia memang teliti dalam buat kerja.Hari ini saya tak masak pun,saya goreng je cheese hot dog yang ada dalam freezer dan panaskan rendang untuk makan dengan roti.Saya tak masak sebab dah penat kemas rumah,di tambah dengan ironed lagi, iron baju jangan katalah tak pernah habis,ada je baju yang nak kena iron.Lepas dah siap semua kerja rumah my hubby tidur dengan sibongsu.Saya pula inilah tengah berblogging le he he.Petang ini saya nak belanja hubby makan di Alamanda atau kat mana-manalah dia nak makan.Abang-abang takda rumah,kesian pula dengan Naufal booring duduk rumah,so kenalah bawa dia jalan-jalan.Sakit kepala pun dah hilang.Malam nanti saya nak layan DVD or baca novel.Koleksi Novel dan DVD banyak lagi yang saya tak layan(baca or tengok) lagi.Besok pula saya cuti sebab abang-abangya takda nak jaga Naufal,mereka balik besok petang. Nampaknya sampai besokle saya layan DVD and Novel saya hu hu wah syooknnyaa....

No comments:

Post a Comment