Monday 23 November 2009

Terjawablah Sudah!




Puan Sri Suslita Majid merasmikan Konsert


Teater Hang Tuah Oleh kanak-kanak 5 tahun






Jual ikan tapi mata cari mak dan ayah

Gambar Di Belakang pentas




Abang Udin dengan muka booringnya






Budak -budak 3 and 4 tahun ini menari sakan,suka tengok budak chubby kat belakang tu



Cikgu suruh Naufal decorate kek


Kek yang Naufal decorate


Hari Sabtu yang lepas saya dan family telah bersiap awal pagi untuk menghadiri Konsert Cendakiawan Educare yang diadakan di Pusat Komuniti Presint 11. Ini merupakan pertama kali saya sampai di Pusat Komuniti itu,apa yang saya dapati Dewan Komuniti presint 11 ini sungguh cantik dibandingkan dengan Pusat komuniti di Presint-presint lain. Kami Disambut oleh guru-guru sekolah Cendakiawan di hadapan entrance Dewan itu,walau pun kami dijemput untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan,kami terus saja ke Dewan konsert kerana kami telah mengambil sarapan dirumah terlebih dahulu.Kami sekeluarga masuk awal kedewan untuk mencari tempat duduk yang dihadapan sekali bagi memudahkan kami melihat pentas dengan lebih jelas,masa itu banyak tempat yang masih kosong lagi kerana kami sampai awal. Teruja sungguh saya dan keluarga melihat pentasnya yang cantik.

Naufal telah diambil oleh gurunya untuk bersiap bagi persembahannya nanti. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi. Persembahan dimulakan dengan bacaan Al-quran dan terjemahan dan diikuti pula oleh perasmian oleh Puan Sri Suslita Majid isteri kepada mantan Ketua Setiausaha Negara.Naufal sebenarnya masuk persembahan Teater Hang Tuah. taeter itu dibintangi(ha ha dibintangi)oleh kanak-kanak 5 tahun.Naufal berlakon menjadi penjual ikan dipasar. Jual ikan dipasar, datang orang mengamuk,Hang tuah lima bersaudara datang dia pun lari bertempiaran selamatkan diri. He he 2 minit pun tak sampai.Abang-abangnya ketawa sampai keluar air mata. Ait dah habis, tu je watak adik kata abang Nabilnya. Rupa-rupanya adik ni pelakon extra je. Ok ape(nak menyedapkan hati maknya) sekurang-kurangnya bukan jadi Hang kebun :-D. Sebenarnya tak sempat pun nak ambil gambar dia sebab ibu-bapa ramai ambil gambar didepan pentas .Watak Naufal yang tak sampai 2 minit tu,manalah sempat nak ambil gambar. Takpalah for me ok je,sekurang-kurangnya beri pendedahan bagaimana diatas pentas kepadanya.

Banyak persembahan lain dipersembahkan antaranya Bacaan sajak,Tarian Pom-Pom(budak 3& 4 tahun),Coral Speaking(yang ini saya suka)Y"Goldie Lock And 3 Bears",Teater "Stone Soup" pelajar 6 tahun dan macam-macam lagi. Happening sungguhlah semua persembahan yang kami lihat. Disini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada guru-guru dan segala tenaga kerja yang menjayakan persembahan konsert ini memang menghiburkan sungguh.Sebelum pulang kami telah disajikan dengan nasi lemak,walaupun ringkas tapi nasi lemaknya sedap.Terimakasih sekali lagi kepada Cendakiawan Educare diatas makanan yang disajikan.Dahlah terhibur dengan persembahan konsert pulang pula kerumah dengan perut yang kenyang.And akhir sekali Naufal seperti yang saya katakan sebelum ini kuat berangan, semua perkara yang dilakonkan dirumah itu rupa-rupanya dia melakonkan watak orang lain.Ha ha abang-abang kan mak dah cakap adik tu watak orang pun watak dia juga,and how I wish adik pun masuk tarian Joget Pahang tu. Takpalah dik,adik boleh saja menari dengan abah dan mak Joget Pahang tu rumah nanti.Lepas ini kita cari lagunya ya.

No comments:

Post a Comment