Sebenarnya saya tak nak sentuh pun pasal perlawanan bola sepak Kelantan dengan Negeri Sembilan ni sebab rasanya dah ramai dah orang tulis tentang perkara ini ,tapi bila tengok gambar di suratkhabar Kosmo semalam tercuit juga hati ini nak cerita pasal perkara ini. Sebenarnya tidaklah termasuk di akal saya masih ada sikap yang sebegini dikalangan rakyat kita.Sikap yang begini sebenarnya mencerminkan betapa rendahnya semangat kesukanan dikalangan rakyat kita.Jika semangat kesukanan rakyat kita berada ditahap yang memalukan ini ,sampai bila-bila pun mutu sukan negara kita akan berada di tahap ini.
Sedih rasanya bila melihat attitude penyokong pasukan yang kalah,bila tak boleh menerima kekalahan bakar sana-sini siap baling-baling botol,kalau nak jadi cerita botol yang dibaling berisi air itu terkena seseorang,dan nak menyedapkan cerita ia telah menyebabkan kematian siapa nak bertanggungjawab.Sebab rasanya dulu ada terjadi budak sekolah kena baling botol mineral dan mati.Dah namanya pun pertandingan mestilah ada menang dan kalah. Kalau tak mahu kalah lawan kat negeri sendiri dengan pasukan sendiri(I meant antara daerah jelah yang layak) silap-silap pun boleh bergaduh juga tu.Oppss Jangan mare.Selepas ini penonton penyokong pasukan yang kalah itu nampaknya perlu menjalani kursus agar faham etika dan semangat kesukanan. Apa yang berlaku kan dengan izinya juga kan, So kena terima je lah qada dan qadarnya.
No comments:
Post a Comment