Friday 6 November 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 16


Hari ini genaplah 16 tahun usia perkahwinan saya dengan suami saya Mohd Yazid bin Yahya. Dalam masa 16 tahun usia perkahwinan ini alhamdullillah segala ranjau duri dalam perkahwinan kami dapat atasi bersama . Saya sangat bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami diri ini dan sangat memanjakan saya dan anak-anak. Everytime bila nak hampir anniversary kami, saya akan bertanyakan padanya tahun ini you nak bagi apa kat I. And jawapannya setiap tahun sama aje. I takda duitlah Yang kalau I banyak duit you nak apapun I bagi. Sebenarnya sepanjang 16 tahun usia perkahwinan dengannya ada juga dia hadiahkan something untuk saya. Ucapan selamat ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah lupa ucapkan di setiap pagi pada tarikh aniversary perkahwinan kami. Yang paling utama saya sebenarnya tak perlukan apa-apa dari segi material dari suami saya ini kerana sebenarnya cukuplah dengan segala kasih sayang yang dicurahkan kepada saya dan anak-anak .Semua yang baik dan yang buruk mengenai suami saya ini hanya saya yang mengetahuinya. Apa yang pasti yang baik melebihi segala-galanya.


Ada suatu hari tu saya tanya dalam kereta kalau ada satu lagi yang boleh mengingatkan kita you pilih lagu apa , Nak tau di pilih lagu apa dia pilih lagu Flybaits “Kenangan Lalu” saya kata apalah you ni. Senikata lagu ini macam I pernah buat salah dengan you je. Taklah katanya masa wedding kita, kan I nyanyi lagu ini. Memang ye pun sekarang kalau lagu ini terdengar kat mana-,mana cousin -cousin saya akan cakap ini lagu abang Yazid. Oklah Encik Yazid if you think that is our song from you for me I’ll accepted. If you want to know what is the song yang I rasakan lagu kita . I pilih “SEMPURNA ‘ by Andra and the back bone..So suamiku yang terpilih Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 16 tahun. Semoga Jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat dan di akhirat. Amin

This our song from you to me




And this my song for you


1 comment:

  1. gambar tu abg yazid macam Datuk K misai TEBAL!
    ngeeeeeeeeeee

    ReplyDelete