Saturday 31 October 2009

Folio Oh Folio







Folio ini kena tulis pakai tangan

Akhirnya folio anak kedua saya bertajuk "Salasilah keluarga saya" siap juga hari ini.Pada hari Rabu 28/10/2009 malam selepas isyak, saya telah terkejut besar bila dengar anak sulung saya bagitahu anak kedua saya sepatutnya hantar folio itu pada hari Khamis keesokan harinya tapi dia tak siap lagi. Bila saya tanya kenapa tak siap dan kenapa saya tak diberitahu dia ada folio yang perlu disiapkan, dia dah tak boleh nak jawab ,dia kata dia dah buat sikit-sikit dan dia nak buat yang simple je. Saya menanyakan mana yang dia dah buat sikit itu mak nak tengok. Tak tahulah nak cakap mana bila saya tengok folionya itu,perasaan saya masa itu ialah nak menangis folio yang dikata dah siap sikit dan nak buat simple itu lebih boleh dikatakan tak start langsung and memang sedih sungguh la. Saya cuba control marah dan mengarahkan supaya anak yang sulung,yang nombor dua(si tuan punya folio)dan saya yang kalau boleh digambarkan melalui cartoon mesti nampak asap keluar dikepala sebab nak tahan marah duduk sama-sama buat folio ini . Ialah cikgu dah bagi kerja kursus ini dua bulan yang lepas kenapa saya baru diberitahu sekarang.Saya cakap by hook or by crook mesti siapkan malam ini juga. Kami bertungkus lumus membuatnya tapi tak boleh siap juga. Kesudahannya saya lambat makan malam hari itu,sedangkan masa balik kerja hari itu saya lapar sangat . Bila dah lambat makan terus tak lalu .Malam pula saya tak boleh tidur memikirkan folio anak yang tak siap lagi. Saya kalau bab anak-anak memang macam ini. Kesudahannya keesokan hari saya diserang gastrik dan sakit kepala yang amat sangat hingga menyebabkan saya terpaksa ambil emergency leave. Walaupun saya dah siap pakai baju batik nak pergi kerja tapi bila saya dah start mual rasa nak muntah sebab gastrik terus saya tak jadi nak pergi kerja. Saya suruh anak saya cakap elok-elok dengan cikgu bahawa folio itu akan dihantar secepat mungkin bila siap nanti.Nasib baik cikgunya ok dan membenarkan folio itu dihantar pada hari Isnin memandangkan rupanya ada ramai orang lain yang tak siap juga.Saya terkilan juga kalau anak saya beritahu tugasan ini dua bulan yang dulu mungkin folio itu boleh dibuat sebaik mungkin. Dengan waktu yang singkat, folio yang tak seberapa ini sajalah yang saya dapat membantu anak saya Nabil untu lakukan. Kadang-kadang saya terfikir dulu saya sekolah,sekolah kampung lagi semua kerja sekolah saya buat sendiri tanpa nak suruh emak dan abah saya membantu.Tapi anak-anak saya ini boleh dikatakan kalau saya tak duduk mengadap sama-sama buat dengan mereka mesti tak jadi punya kerja-kerja sekolah mereka.Adakah kerana dari kecil saya terlalu menjaga serba-serbi tentang mereka dan menyebabkan mereka terlalu bergantung dengan kami ibubapa mereka.


1 comment:

  1. cikshu pun nak marah membacanye ni, nape tak cakap awal2 kalau tak bole buat cantik2..abil2...

    P/s: Abil jgn buat keje last minute, need help ckp sape2 abg ade, mak ade, cikshu kadang2 ade heheh REMEMBER ITS FOR YOUR OWN FUTURE!

    ReplyDelete