Monday, 19 October 2009

Happy Birthday Nurul Azaliah





Azalia dengan ibunya



Ini Atikah kakak Azaliah




Dari Open House Naza Motor kami terus menuju ke Shah Alam seksyen 9 untuk menghadiri majlis hari jadi Nurul Azaliah anak saudara kami yang ke 2 tahun. Sesampainya kami disitu kami dapati dah ramai orang yang hadir. Anak saudara kami Azaliah dan kakaknya atikah sedang di make-upkan dibilik atas. Naufal pun berlari keatas bila dengar birthday girl sedang di make-up dia pun nak menyibuk samalah tu.Banyak makanan disediakan ada sate,pizza hut,mee curry,roti jala dan kuah durian,triffle dan aneka cupcakes yang cantik. Acara bermula bila budak yang kena make up dah siap cute-cute semuanya. Azaliah sangat cute dengan gaun kembangnya tapi nak ambil gambarnya sangatlah susah bila kita nak ambil gambar dia tundukkan mukanya, kebanyakkan gambar adalah diambil secara candid. Naufal dan Haziq menumpang sama sambutan harijadi ini kerana harijadi mereka pun jatuh pada bulan Oktober.

Meriah sungguh majlis itu kami semua makan-borak,makan-borak sepanjang majlis itu.Hadiah yang kami belikan untuk Azaliah dan Haziq dah tak jadi surprise kerana bila sampai saja disitu sahaja Naufal dah canangkan pada semua orang hadiah apa yang kami beri. Naufal memang tak boleh simpan rahsia.Kami pulang dari Shah Alam dengan berbekalkan berbagai jenis makanan,boleh buat sarapan pagi untuk esok. Oh ya semua kawan dioffice cakap muka azaliah macam muka saya,mereka cakap kalau cakap naufal dan azaliah adik-beradik pun orang kan percaya ye ke?. Nantilah nak cari gambar masa kecik-kecik nak comparekan he he.Dah namapun anak saudarakan mestilah ada sikit-sikit serupa kan kan kan :-P



No comments:

Post a Comment