Saturday, 24 October 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang





Hari ini hari lahir anak saya yang bongsu Muhammad Naufal dilahirkan pada 24/10/2004 bersamaan dengan 10 ramadan. Saya mengandungkannya selepas anak saya yang nombor dua berumur lapan tahun. Dia satu-satunya anak saya yang dilahirkan secara pembedahan abang-abangya dilahirkan secara normal. Dilahirkan pada hari Ahad pada waktu Asar. Anak-anak saya semuanya dilahirkan pada hari Ahad Yang sulung pada waktu subuh,yang nombor dua pada waktu zuhur dan naufal waktu asar .macam disusun-susunkan.

Naufal masa umurnya belum 1 Tahun asyik keluar masuk hospital Putrajaya saja kerana menghidap asthma dan pernah demam sampai kena fit. Akibat kerap masuk hospital semua doctor dan jururawat di klinik cam muka saya dan Naufal. Bila Naufal Demam panasnya memang akan naik secara mendadak dan doctor beritahu once naufal pernah kena fit masa demam dia hanya kan bebas dari kena fit bila umurnya 6 tahun. Apa-apun kita lupakan saja cerita itu semua. Naufal bagi saya telah menceriakan lagi kehidupan keluarga kami kerana dia adalah anak yang kami yang bongsu.Dalam ketiga-tiga anak saya dia yang paling cerah kulitnya.Dia sangat cerdik dan comel,pandai buat memek muka dan seorang yang fotogenic. Kesayangan cik chu,cik wani,cik aty dan cik ya.Hari Isnin nanti kami akan celebrate birthday Naufal di tadika Cendekiawan atas permintaanya nanti saya akan masukkan entry mengenainya.

Naufal mak harap naufal akan menjadi anak yang soleh,rajin belajar dan seorang yang berhemah bila dewasa nanti. Bila naufal dah pandai baca nanti mak akan buka blog ini untuk baca apa yang mak tulis ini ya .So naufal Selamat hari jadi yang ke 5 sayang.







No comments:

Post a Comment