Tuesday, 27 October 2009

Sunday Stories


Nampak ok kan sebab ditepi bila bawa ketengah mula merengek



Bila ketengah cikgu dia yang bawa






"Lepas berenang masa ini sambil tunggu hubby mandi dan salin baju



Hari Ahad yang lepas pagi-pagi lagi saya dah masak untuk makan tengahari sebabnya pukul 11.00 nanti saya kena teman hubby hantar naufal ke kelas renang. Naufal sejak akhir-akhirnya buat perangai dikelas renang ,nak berenang di tepi je taknak pergi ke tengah kolam. Saya suruh hubby standby baju renang, hubby pakai dari rumah,kalau dia buat perangai hubby kena turun dalam pool sekali.Saya kena ikut sekali sebab naufal ini takut dengan saya kalau saya ada ditepi kolam tu dia tak berapa beranilah nak buat perangai. Sampai di kelas renang macam biasa ok je ,tapi bila cikgu ajak pergi ketengah mulalah dia menangis.Hubby pun terus joint sama masuk kedalam kolam pujuk Naufal. oklah sikit tapi kalau mak dia tak cekak pinggang kat tepi kolam tak jadi juga. Tak taulah kenapa dulu dia ok je,sekarang ni kalau tak kena gaya dia menangis bagai nak rak kat tepi kolam tu malu pula rasanya kita dibuatnya. Actually ok je saya tengok dia berenang boleh je tahan nafas .Tak taulah apa silap.Maybe kena stop dulu kelas renang ini bila dia darjah 2 saya akan masukkan kelas renang intensive yang ajar dia sorang je.Seriously cikgu yang ajar dia sekarang sabar betul layan kerenah naufal lembut je tegur naufal kenapa nak nangis.Kena fikir balik pasal kelas renang naufal ni patut teruskan atau tangguhkan dulu.Any ideas?

Balik dari kelas renang singah Mydin sekejap cari air kotak ribena dan nak tambah lagi sweets untuk godies bag birthday Naufal pada esok nanti.Akhirnya saya sakit kepala yang amat sangat hari itu hingga terpaksa telan paracetamol 2 biji(dah lama sebenarnya saya tak telan paracetamol ni).Ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas semasa saya memantau naufal dikelas renang tadi ditambah pula dengan stress tengok perangainya. Hubby pula masa itu senang hati berenang-renang didalam kolam dengan gembiranya.

No comments:

Post a Comment