Ni Happy ambil gambar,sedar tak kehulu-hilir sandang beg upin and ipin
Anak Gamat Pengsan
Hari Ahad semalam Anak saya Nabil and Naufal dibawa oleh sepupu-sepupu saya pergi menonton teater Gamat The Musical di istana budaya Kuala Lumpur. Saya ,suami dan anak yang sulung menghabiskan masa kami Di Jalan TAR sementara tunggu teater itu habis. Kami makan di Insaf Restoran,beli Kasut di Central Shoe(macam nak tutup je kedai tu),pergi Minerva beli Novel(heaven untuk peminat novel semua novel less 20%). Tujuan asal kami ke sebenarnya nak ke Chow Kit untuk membeli gula-gula di kedai wholesale yang ramai orang sebut-sebut disekitar situ.Ia adalah persiapan untuk hari jadi naufal yang ke 5 tahun kononya nak disambut sekolahnya nanti. Kami tak tahu kedai itu sebenarnya dimana.Setelah menelefon anak saudara kami Noi,barulah kami jumpa kedai itu dimana. Tapi malang bagi kami kedai itu tutup pada hari Ahad. Itulah akibatnya sebelum pergi tak bertanya buka ke tidak kedai itu pada hari ahad pakai redah je,tulah padahnya. Bila dah kedai itu tutup kami pun bertukar pula arah pergi ke kedai wholesale di GM Plaza di Chow kit . Kami sungguh teruja bila tempat parking disitu keretanya kena naik lift. Kecoh sungguh kami tiga beranak di dalam lift itu. Akhirnya kami menghabiskan masa membeli barang-barang yang merapu disitu cermin mata hitamlah dan lain-lain lagi. Saya juga memborong tuala mandi disitu kerana harganya memang murah.
Setelah menghabiskan masa dengan benda yang bukan-bukan disitu kami pun pergilah mengambil anak kami di Istana Budaya. Sampai saja disitu mereka tak keluar lagi dari show itu. Saya terpaksa menunggu lagi setengah jam barulah persembahan Teater itu habis.Kesudahannya gula-gula untuk goodies bag birthday Naufal nak tahu kami beli dimana he he kami beli di Maidin Supermarket Putrajaya saja.:-D
No comments:
Post a Comment