Semalam seawal jam 11.00 pagi kami sekeluarga kecuali yang sulong dah keluar dari Putrajaya untuk pergi banyak rumah.Tujuan asal ialah kami harus pergi 4 buah rumah iaitu rumah nenek sekejap,Taman Setiawangsa,Puncak Setiawangsa and Ampang. Kesudahannya kami hanya dapat pergi 3 buah rumah sahaja yang di Ampang itu kami tak sempat sebab hari dah petang sangat. Ini semua adalah disebabkan jammed yang teruk disana-sini. Mungkin bila weekend dibulan Syawal ini banyak open house itu yang jammed teruk tu. First kami pergi rumah nenek saya sekejap jumpa nenek dan mak saya, sekejap sangat pun adalah dalam 45 minit je.Takpalah nenek ya nanti kami datang lagi. Sepatutnya selepas itu kami kena pergi ke Ampang memandangkan jalan yang jammed teruk kami telah tukar plan untuk pergi ke Taman Setiawangsa dulu untuk menghadiri majlis Pertunangan Penolong Pengarah dioffice saya Cik Sofia binti Shahuddin. Kami sampai disitu pun around 2.45 majlis pertunangan sedang dilangsungkan. Kami telah dijemput makan oleh kaum keluarga Cik Sofia. Sebenarnya masa itu memang perut kami dah lapar sangat jadi kami memang menikmati sungguh juadah yang disajikan. Makanannya semua sedap-sedap, selepas makan anak saya yang kecil sibuk nak masuk rumah katanya nak tengok pengantin,saya pun menerang ini bukan majlis perkahwinan ini majlis pertunangan ada yang perempuan sahaja,. yang lelaki tiada walaupun pada masa itu saya perasan tunang Cik sofia ada didalam khemah berbaju melayu berwarna PINK. Anak Saya sibuk kata cantiknya kakak itu mak bajunya warnanya pink macam princess. Anak saya itu memang meminati colour pink. Tak nampak pula saya kawan-kawan office yang lain . Selepas saya bergambar serba sedikit saya pun minta diri untuk pulang meneruskan perjalanan yang seterusnya.Oh Ya Cik Sofia tetap Cik Sofia bila bergambar sementelah majlis ini memang untuknya maka makin voguelah dia dimajlis itu.....:-)
Dari majlis bertunang kami pergi pula ke majlis rumah terbuka kawan sekolah husband saya di Puncak Setiawangsa 10 namanya Datuk Aman. Anak saya teruja melihatkan rumah kawan husband saya yang besar itu "kayanya kawan abah ini kata Nabil. Nak masuk kawasan rumah nya saja kena tempuh 2 guard house. Sebenarnya setiap tahun dia akan menjemput husband saya ke majlis rumah terbukanya tapi kami saja tak berkesempatan nak pergi sebab biasanya majlisnya sentiasa bertembung dengan majlis-majlis yang diadakan oleh family terdekat kami. Husband saya bila dah jumpa kawan-kawannya terus kenyanglah,sayalah yang kena layan anak-anak. Makanan yang disediakan memang marvelous(sate,roti canai and roti bom,putu mayam,laksa,nasi beriani,lemang,mee goreng dan macam-macam lagi semuanya masak disitu. Masalahnya anak saya yang kecil teruja tengok rumahnya yang besar macam resort tu lari kesana-sini kita yang nak makan ini tak senang dibuatnya. Ayahnya pula asyik bernostalgia dengan geng-geng sekolahnya . Kami seronok dan tak segan sebab family kawan husband saya tu very humble. Husband cerita dulu family kawan dia susah bapa kawannya itu hanya bekerja sebagai tukang gosok baju di kem tentera,bila melihatkan keadaan dia sekarang tentu ibubapanya berbangga dengan kejayaan anaknya. Oh Ya saya terlupa nak ambil gambar husband dengan owner rumah ini.Next year kalau berkesempatan dan dijemput insyaallah kami akan datang lagi dan lagi dan lagi..(tak malu he he)
Naufal pantang suruh ambil gambar,dah pandai bergaya dah
Geng bas sekolah Cik Yazid
Bilik sembahyangnya
Tempat ambil air sembahyang dia pakai censor you
thank u sgt2 sbb datang. dpt jumpe si comel naufal tu skali. hihik
ReplyDelete