menangis sebab cik chu dan maknya nak ambil gambar
Cik chu kata handsome macam abang jamil, butang baju melayu aku mana Pah
Naufal dan terowongnya
Semalam saya cuti sebab banyak urusan bank perlu diselesaikan, kad bank asyik rosak je tak tahulah kenapa. Kebetulan pula semalam juga ada jamuan Hari raya disekolah Naufal. Student kena bawa sumbangan makanan,so saya dan husband bagi dadih je sebab kami rasa dadih mesti budak-budak suka. Saya buat dadih flavour blueberry and capucinno. Banyak jugalah kami buat.Naufal pergi sekolah pakai baju melayu tapi baju melayu tahun lepas.Baju melayu Naufal tahun ini warna biru tapi seluarnya agak senteng,jadi saya tak pakaikan,memang tahun ini baju melayu Naufal sorang je yang spoil anak-anak yang lain ok je. Naufal sebok nak pakai sampin,sebab cikgunya suruh,nasib baik sampin abang-abangnya masa kecik-kecik ada matching pula dengan baju melayu yang nak dipakainya itu. Naufal kalau cikgu yang suruh memang kecoh,cuba kalau kita yang suruh pakai sampin mesti dia taknak. Grand juga sambutan hari raya sekolah Naufal pagi untuk kanak-kanak,tengahari pula untuk ibubapa. Semalam kan hari Khamis kakitangan kerajaan kena pakai baju batik ) maka ramailah ibu-bapa yang datang pakai baju batik nampak cantiklah pula.Sekarang ini pergi mana-mana dia sibuk dengan teropongya,kami beli teropong itu sebab dia dan Nabil anak kedua saya akan pergi menonton Teater kanak-kanak Gamat The Musical Ahad ini. Lambat beli tiket jadi dapatlah tempat duduk yang belah atas takut tak nampak itu yang kami belikan teropong tu. Naufal tak panggil teropong tapi terowong. Kadang-kadang kami bergaduh sebab nak guna teropong itu. Bila dah gaduh dia akan suruh ayahnya beli lain. dia kata "ayah belikan adik terowong ayah" ayah yang suka melayan itu, menjawablah pula boleh tapi macamana ayah nak masukkan terowong dalam kereta he he......
No comments:
Post a Comment