Dengan anak bujang yang sulung
Anak bujangku
Bergambar dengan motor yang dipamirkan
Kami dengan Bob AF
Datuk Shahrizat Jalil
Pada hari Sabtu yang lepas Najid family pergi menghadiri Jamuan hari Raya S.M Faisal iaitu Boss Husband saya. Ia diadakan di Kuala Lumpur Convention Center bersebelahan dengan KLCC. Kami begitu teruja sebenarnya sebab tak pernah masuk KL Convention Center. Sesampainya kami disitu kami harus melalui ujian suhu badan jika ok kami diberi pelekat warna pink dibadan. Majlis itu berlangsung di tingkat 3, memang sangat seronok makanan yang dihidangkan memang marvellous,lebih mennyeronokkan lagi ialah kami juga dihiburkan dengan celoteh Raja lawak kita iaitu Nabil dan dibantu oleh angah. Bukan kami saja yang ketawa sampai pecah perut malah saya lihat bangsa lain seperti kaum cina dan India pun ketawa sampai meleleh airmata. Ini bermakna lawak Nabil itu boleh diterima oleh semua kaum. Kami menghabiskan masa kira-kira 2 jam di majlis itu. Dimajlis itu kami banyak bergambar anak beranak.Kebetulan disebelah dewan yang dilangsungkan majlis rumah terbuka ini berlangsung juga majlis hari Raya Astro maka banyaklah artis-artis Astro yang kami jumpa seperti mawi dan ekin,apek senario,aznil nawawi dan Datuk Dr.Sheikh Muzaffar.Semasa kami sedang menuju ke lift untuk pulang kami terserempak dengan Bob AF 2,kami pun apalagi mengambil peluanglah untuk bergambar dengannya. Happy sungguh kami sekeluarga dengan perut yang kenyang dapat pula berjumpa dengan ramai orang yang terkenal maka kami meneruskan perjalanan kami seterusnya untuk pergi ke Shah Alam bagi menghadiri hari jadi anak saudara kami Nurul Azaliah
No comments:
Post a Comment