Tuesday, 27 October 2009

Hari Yang Di Nanti Dah Tiba




Pergi ambil kek Naufal









Semalam saya cuti sebab nak sambut birthday Naufal disekolahnya. Tiap-tiap bulan dia tanya bila nak buat birthday adik kat sekolah mak. Tiap-tiap bulan sebelumnya juga saya jawab nantilah adik bulan sepuluh ,akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nantikan. Saya keluar rumah pukul 8.15 pergi hospital dulu ambil ubat emak saya di farmasi lepas itu pergi ambil kek pula di Present 10 .Saya tempah kek di ANNA

Sampainya disekolah naufal dah kecoh “mak kita datang” “ kita nak buat birthday”. Dengan kerjasama guru-gurunya majlis itu dapat dijalankan dengan lancar.Seriously cikgu-cikgu sekolah itu memang bagus.Naufal teruja melihat kek upin-ipinnya.Tetapi dia sedih bila nak potong keknya itu kesian opah kena potong katanya. Habis tu naufal beli kek untuk makan bukan untuk tengok je ya.Kelas Naufal sebenarnya 20 orang saja since saya buat goodies lebih saya suruh cikgu ajak sekali kelas 5 tahun yang lain .Jumlah keseluruhan budak-budak yang ada hari itu ialah 43 orang. Bila 43 orang menyanyikan lagu selamat hari jadi maka bergemalah ruang tempat kami adakan majlis itu. Tapi memang happeninglah bagi saya. Saya dan hubby pun seronok tengok gelagat budak-budak itu. Cikgu-cikgu memang pandai control budak-budak ini bila suruh senyap tiba-tiba keadaan yang riuh rendah menjadi senyap dan sunyi. Majlis berlangsung dalam masa satu jam. Selepas mengucapkan terimakasih kepada cikgu yang sangat-sangat memberi kerjasama kami pun pulang dengan rasa puashati.Memang jelas tergambar kegembiraan dimuka Naufal sepanjang majlis itu diadakan.Kembalinya naufal dari sekolah pada waktu petangnya dia berkata adik hari ini seronok sangatlah mak.Lega hati saya kerana akhirnya dapat juga saya menunaikan hajat sikecik saya ini.

2 comments:

  1. PUAN,

    Kami di CENDEKIAWAN EDUCARE sentiasa menyemai budaya 'BERKONGSI'. Seberapa boleh jika majlis seperti ini diadakan, pihak kami ingin SEMUA ANAK CE menikmatinya. SAMA2 RASA. Anak2 apalah mereka tahu. Mereka tidak meminta. Tetapi dari raut wajah, kita tahu mereka nak apa yang rakan mereka ada atau dapat. Sering sebilangan anak2 CE membawa jajan ke sekolah. Adakala Nugget. Air Kotak. Oreo. Kek Cawan. Rasa sayu di hati saya tatkala melihat ada sebilangan anak merenung atau mengendeng apa yang dijamah selamba oleh kawannya. SYUKUR ALHAMDULILLAH semua anak 5 tahun SAMA2 RASA pada hari tersebut. TERIMA KASIH UNTUK ITU SEKALI LAGI.

    CENDEKIAWAN EDUCARE

    ReplyDelete
  2. http://anakbonda.blogspot.com/ just for sharing anak sy pun blajar di CE

    ReplyDelete