Suka sgt buat gaya ini tak sesuailah Encik Yazid
berpeluh-peluh makan
Nabil tengah kecek biskut dekat Naufal
Anak beranak jalan berderet
Semenjak 2 menjak ini saya makin malas nak update blog ini sebabnya hari-hari leka dengan facebook,kami sekeluarga dok demam facebook, dalam keluarga kami hanya Naufal je yang belum ada facebook yang lainnya semua ada. Hari raya pun dah masuk minggu ketiga tapi ada 2 lagi rumah abang ipar yang saya tak pergi lagi malahan rumah abang saya yang sorang je tu pun saya tak pergi lagi.Ingatkan minggu lepas nak pergi tapi abang saya takda rumah.Hubby tak berapa sehat. Cuma pada hari Sabtu yang lepas masa nak pergi Alamanda kami lalu kat padang didepan pusat Komuniti Presint 9 rupanya ada rumah terbuka ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor. Naufal yang teruja tengok banyak khemah kecoh ajak ayahnya pergi kenduri katanya. Kebetulan masa itu ada parking kami menyinggahlah juga. Mula-mula tu saya segan juga sebab tengok orang pakai baju raya(baju kurung) saya pakai baju macam nak pergi shopping je.Hubby kata takpa ok je. Makanan memang banyaklah juga,tapi beratur nak ambil makanan yang tak sanggup ditambah pula oleh cuaca yang panas. Alhamdullilah kenyanglah juga perut ini.Hasil dari kesabaran kami beratur dapatlah kami makan nasi beriani,mee goreng and Laksa Penang.Bila dah kenyang kami meneruskan tujuan asal kami untuk pergi ke Alamanda dengan gembiranya.
No comments:
Post a Comment