(kelebihannnya duduk di Putrajaya kami akan diingatkan melalui SMS dari klinik atau hospital tentang appointment kami )
Tak tahu nak taruh tajuk apalah kali ini so saya letak tajuk sembang-sembang je lah ya . Sebenarnya saya nak cerita dah dua hari berturut-turut saya pergi ke Klinik Kesihatan Putrajaya,satu untuk appointment ambil darah and satu hari lagi appointment dengan Doktor. Semalam dah ambil darah so today jumpa Doktorlah. Macam Biasalah Klinik Kesihatan Putrajaya patientnya memanglah teramat ramainya. Appointment saya sepatutnya 8.50 pagi tapi 7.30 dah kena ada di situ untuk ambil nombor.
Sampai je di klinik kesihatan itu, no giliran yang dikhaskan untuk temujanji yang saya dapat ialah 1070.Ini bermakna saya mendapat no yang ke 70.Saya duduk mengenangkan pukul berapalah agaknya boleh dapat jumpa doktor ini,saya mesti kena pergi office juga hari ini sebab ada jamuan untuk boss saya yang bertukar kerana kenaikkan pangkat
Cik Zuraidah.
Nasib baiklah saya terjumpa anak saudara saya yang bekerja disitu,dia yang tolong saya dapatkan nombor yang cepat sikit untuk jumpa doktor(tak boleh buat selalu macam ni kesian kat orang lain).Cepat tak cepat sangat lah dalam pukul 10.00 pagi jugalah baru dapat jumpa doktor,kalau tidak mungkin lagi lambat.Doktor yang saya jumpa itu doktor lelaki dibilik 10 dan namanya bermula dari huruf R .Dia sangat peramah.Saya bersyukur kerana hasil dari ujian darah semalam keputusan semuanya O.K(buah pinggang,kencing manis dan kolestrol).
Berdebar-debar juga saya ni,ialah ini merupakan pertama kali saya check darah semula selepas 6 tahun melahirkan Naufal.Takut juga lah kan,ialah selama ini mendengar ramai kawan-kawan yang kolestrolnya tinggi dan kena makan ubat kolestrol. Pulak tu badan-badan mereka semuanya cantik-cantik pun kolestrol mereka tinggi. Saya ini pula yang badan boleh dikategorikan termasuk dalam Biggest Loser Asia ini macamana pula lah agaknya (Hwaaa).Rupa-rupanya faktor besar dan kecilnya badan seseorang itu tidak akan mempengaruhi tinggi dan rendahnya kolestrol seseorang itu.Hypertension saya pun Ok juga kena maintain makan ubat je lah.
Doktor yang peramah itu,saya masuk-masuk je kedalam bilik no 10 tu dah cakap,nama kakak ni nama popular dulu-dulu siap buat lagu lagi masa dulu kan .Ya lah Doktor dah abah saya minat nama tu terima aje lah.Bila dia tahu saya kerja di bahagian Pencen siap tanya lagi apa kelebihan memilih skim pencen.Saya pun terangkan lah serba sedikit kelebihan memilih skim pencen kepadanya.
Setelah mengambil ubat difarmasi saya terus pergi semula ke office untuk bekerja dan menghadiri jamuan yang akan diadakan.Nasib baik lah cepat juga saya dapat jumpa doktor kalau lambat sangat mesti saya akan apply Emergency Leave,sebab selalunya kalau pergi klinik untuk jangka masa yang panjang badan akan terasa sangat penat dibuatnya.Kalau tak dapat M.C,saya akan ambil cuti rehat sendiri. Tapi hari ini saya ambil time slip saje sebab tak melebihi dari 4 jam(masa yang dihadkan untuk keluar dari office).
Disini saya ada sertaka gambar-gambar dari jamuan tengahari tadi,kalau sudi silalah layan ye.
LAYAN
No comments:
Post a Comment